Monday, August 31, 2009

Sebungkus Bubur Lambuk

sebungkus bubur dari orang tua yang tidak ku kenali ..

Sejak 1 Ramadan teringin benar untuk menjamah bubur lambuk dari kampung baru tapi suami sibuk sehingga tiada masa untuk ke kampung baru .. Mengapa bubur lambuk Kampung Baru? Ada kisah disebalik bubur ini yang akan menjadi memori tersemat sehingga mati.

Ketika kami baru memulakan kehidupan, ekonomi kami agak perit, maka di bulan ramadaan - 11 tahun yang lalu bubur lambuk kampung baru makan yang paling enak kami jamah ketika berbuka. Setiap hari ketika pulang dari pejabat suami akan beratur untuk mendapat kan sebungkus bubur lambuk kampung baru untuk dijadikan juadah berbuka untuk kami berdua. Ya itu kisah silam kami dan kini setiap kali Ramadaan menjelang tiba, semewah mana ekonomi kami, bubur lambuk tetap akan di jamah untuk mengambil iktibar dari kisah 11 tahun yang lalu agar kami tidak membazir dan cuba memberi kepada yang lebih memerlukan.

Hari ini kami berbuka dengan nasi beryani di kedai syed di keramat ( Ya saya sukakan brani - ianya makan tradisi keluarga saya dari kecil ) dan ketika hendak pulang , seorang pakcik tua datang menyapa, memberi salam dan terus tanpa bertanya menghulurkan kepada saya sebungkus bubur lambuk. Saya agak terkejut dan tanpa sempat saya bertanya , beliau menerangkan ... "Bubur ini saya ambil dari Kampung Baru dan saya ingin sedekahkan kepada anak berdua." Kami tergaman...

Tidak tahu apakah maksud yang tersirat disebalik kejadiaan ini ... sama ada Tuhan mendengar perminataan saya untuk menjamah bubur lambuk dari kampung baru atau Tuhan memberi isyarat bahawa saya bermewahan ketika berbuka - ya brani kambing setiap minggu adalah satu pembaziran ... masih ada anak anak diluar sana yang hanya menjamah pisang rebus dan ikan kering ketika berbuka.... " Ya Allah Ya Tuhan Kami, ampun kan dosa dosa kami orang yang membazir ini....

Sunday, August 30, 2009

JALAN JALAN DI TANJUNG KARANG

masjid tanjung karang , kubah berwarna emas

Saya dapat jemputan ke tanjung karang bersama teman teman ... tumpang tidur di rumah nyang galoh di kg melaka.. kami jalan jalan di sekitar tanjung karang, sungai besar dan kuala selangor .. menarik sekali ..... yang menarik ke pasar ramadan di tanjung karang .. ada beberapa makanan yang tidak pernah saya temui di tempat saya ... antaranya nasi ambeng dan masak lemak ikan keli...

nasi ambeng - sebungkus RM5
burung puyuh goreng

para petani menjual terus hasil tuaian .. segar dari kebun ... sg burung, tanjung karang

Gambar - dirakam oleh melor si adik manis

Sunday, August 23, 2009

Pasar Ramandan - Kuala Kelawang, Jelebu

wahh orang jelebu sudah pandai berniaga ... saya suka orang melayu pandai berniaga ... terutama anak anak muda ... saya sudah tua tidak semasa kanak kanak pantang nampak semua nak .. hehehehe (tapi suami kata saya masih seperti kanak kanak semua nak di beli ....)


air soya ... arwah ayah pandai buat air soya ... bulan puasa beliau akan memasak air soya untuk kami sekeluarga ... kini jarang benar saya membeli air soya... sebab suami tak suka ... ohhhh jadi perempuan akan ikut selera sang suami ... bulan puasa ... air yang paling dijual ... hahahah bak kata seorang rakan ... ketika bulan puasa air hujan pun terasa nikmat ... tengok adik berbaju merah tu ... nak sangat air air yang dijual ... hahahah nafsu kanak kanak ..

"kuih bom - kuala kelawang "

saya rasa kalau anda ke kuala kelawang jelebu ... inilah kuih rasmi mereka ... tak pernah saya jumpa peniaga menjual kuih bom secantik dan selaris di kuala kelawang... ia cuma tepung dan ragi ... di goreng sehingga garing ... garing diluar lembut didalam .. enak dimakan begitu saja atau pun makan bersama sambal ... huhuuuu ... lagi istemewa kuih ini di perap didalam tempayan ... saya sempat mengambil gambar tempanyan ... atau mungkin boleh digelar kuih bom tempayan ...

Saturday, August 22, 2009

Puasa sudah tiba

Puasa kali ini sempat pulang ke kampung suami... bersahyur dan berbuka di kampung adalah pengalaman yang indah sekali...

dingin malam , suara nyanyian alam bertasbih ...sungguh sungguh mendamaikan...

entah mengapa tahun ini tahun penuh rahmat ... jelebu tidak sehanggat seperti biasa ... langit mendung, angin menderu menyanyikan lagu alam ... getaran helaian dedaun palma dan ranting ranting durian mengeluarkan bagaikan berkata kata ....

ohhhh bila agaknya aku boleh terus duduk di kampung tanpa pulang kembali ke kota lumpur yang menyesakan ..

tidak seperti 10 tahun yang lalu ...kini orang jelebu sudah pandai berniaga ketika musim puasa... gerai gerai kuih bagaikan cendawan selepas hujan. Ketika membeli di pasar ramadan, memori ketika kecil kembali segar diingatan... ketika kecil di port dickson ayah akan membawa lela ke gerai ramadan bersama adik adik untuk pergi memilih kuih muih ... ya telah menjadi tradisi ayah ke pasar ramadan untuk membeli kuih dan air ... kini tradisi itu masih lela dan suami teruskan ...
ya ayah ibu dan nenek akan pergi tetapi roh dan jiwa mereka tetap hidup didalam diri anak dan cucu mereka....

puasa mengingatkan aku tentang memori bersama ayah dan ibu , nenda dan datuk ... kalau ada ayah ... pasti kami sedang berbuka dengan nasi bryani dan ayam masak merah.... kalau pulang berbuka di melaka ... pasti kuih buah melaka dan koci menjadi hidangan untuk sekeluarga... oooohhh aku rindukan memori kisah silam....





Monday, August 17, 2009

Dunia Aceh

Secara peribadi saya mengenali Aceh cuma dari pembacaan, terutama kisah Merah Silu didalam Hikayat Raja Raja Melayu. Apabila tsunami melanda negara Aceh baru lah saya kenali lanskapnyer dan orang orang nyer itupun melalui kaca tv ... itu saja... dari Tsunami lah saya tahu bahawa ramainyer orang Aceh di Malaysia ... kebanyakkan mereka adalah pedangang disini...

Sabtu lepas mendapat undangan untuk ke majlis anak anak Acheh ... pintu terbuka luas untuk mengenali masyarakat Acheh dengan lebih dekat .. sayang sekali camera saya kaput tidak dapat mengambil gambar untuk tatapan semua. Tapi saya dapat berkenalan dan bercerita dan makan masakan tradisional mereka...

Gadis nyer berkulit gebu keputihan ... tarian mereka banyak tarian perang kerana anak anak aceh berdarah pahlawan sejak dari dulu lagi... melihat hasil seni mereka yang asli, tarian mereka yang melambang kan melayu sejati membuat hati semakin hiba ... bila agaknya nusantara akan bersatu menjadi melayu raya ...

Di majlis itu saya melihat beberapa barang yang menjadi idaman saya ,

Ya Rancung dan Pinto Aceh...

Bukan Anak Acheh jika tidak reti bermain Rancung ... Rancung adalah senjata tradisi orang acheh dana senjata yang paling di geruni oleh orang Belanda dan Portugis ... mmmmm satu hari saya akan jadikan rancung sebagai salah satu koleksi saya ...




entah mengapa hati saya agak sayu pabila melihat tarian tarian dan nyanyian anak anak acheh... semuanya mengambarkan semangat perang ... ya mereka mencari kekuatan untuk memerdekan negara yang mereka cintai ... demi agama dan bangsa

akhirnya semoga satu hari nanti saya akan dapat menjejak bumi aceh secara nyata.,..

Sunday, August 16, 2009

hidup ini perlu tabah

hidup ini perlu tabah dan perlu diteruskan ... wahhhh dizaman kini tak semua yang ikhlas ...

tetapi yang pasti tiada siapa yang dapat menolong kita kecuali diri kita sendiri ..

Saturday, August 08, 2009

Bunyian silam

Sudah agak jemu untuk ke acara acara seni yang sungguh sungguh penuh lakonan ... penuh dengan data dan ucapan ucapan, penuh dengan kertas kerja tetapi hasilnyer tidak sampai ke akar, ada orang seni yang gemar membaca puisi berteriak di bilik bilik beku yang tanpa ada gerak kerja untuk melakukan sesuatu ...

saya secara peribadi lebih menyukai seni di jalan, seni yang tidak di buat buat, seni yang datang secara semula jadi yang terbit kerana rasa cinta dan bangga untuk bangsa dan agama.

ketika menyidai kain di jendela saya terdengar bunyi gegendang dan tiupan serunai ... hati kecil tergarit garit untuk pergi melihat kerana terlalu sukar untuk mendengar bunyi bunyi silam kecuali dimajlis majlis rasmi yang tidak mungkin warga seperti saya betah untuk menhayatinya...

setelah menyidai kain ... ku turun ke padang untuk berkenalan dengan anak anak muda berhati melayu... ingin ku tanya kenapa dan mengapa ... duduk di taman dipagi hari bersama anak anak muda, dibawah teduhan pokok pokok dan burung berkicauan .. membuat hati yang resah dengan tekanan kerja menjadi damai dan tenteram .. rupa rupanya bunyian tersebut datang dari sekumpulan anak muda sedang berlatih bermain gendang dan serunai untuk persatuaan silat mereka. Mereka berlatih silat setiap pagi sabtu ditaman maka bulan puasa sudah tiba aktiviti silat mereka akan diganti berlatih bermain gendang dan bunyi-bunyian perang ... hebat bukan...

Hati berbunga riang .. masih ada lagi anak anak muda yang berminat untuk mengetuk gendang dari drum .. meniup serunai dari trumpet ... wahhhh masih mekar seni melayu di dunianya sendiri ...

ini antara gambar yang telah kurakam kan

sekumpluan remaja sedang berlatih gendang ...

melihat masih ada lagi anak muda dan belia yang pandai bergendang ... ku pasti tradisi melayu tak akan hilang dibumi ini .. cuma kita perlu mekar dan sebarkan ia agar ia menjadi nadi dan gerak budaya seni warisan bangsa.

kadang kala rasa kagum melihat kegigihan mereka ini ... tanpa ada dana dari pihak kerajaan atau pun sesiapa, tanpa ada asas muzik ... mereka masih boleh lakukan ... ya seni hanya boleh mekar dengan minat dan niat...syabas anak muda!!


Thursday, August 06, 2009

nifsu syaban


malam ini sungguh sungguh malam indah...

malam jumaat, malam nifsu shaban, malam bulan penuh.... malam yang dirahmati allah untuk umat yang ingin meminta belas dan rahmat ... kuala lumpur sedang dilimpahi cahaya bulan penuh ... sungguh mengasikkan...

Sunday, August 02, 2009

KEMAHIRAN HIDUP

Percaya atau tidak ... dizaman ini pelajaran tidak menjamin untuk hidup mewah ... jangan salah sangka ... pelajaran itu penting untuk jadi manusia berilmu tetapi ianya tidak lagi menjamin untuk hidup mewah ....

terutama orang perempuan ... kalau pandai menjahit dan memasak ... masa nie lah boleh buat duit ... atau boleh buat kraft tangan ... tulah dari dulu mak dok suruh belajar menjahit ke, memasak ke ... tapi malas ... belajar pun tak pandai sangat ... kalau tak boleh gak duduk rumah menjahit .. tak yah pening pening kepala jumpa bos... hahahahha

ohhhhh bila lah agaknya boleh duduk rumah tak yah gi keje ...