Tuesday, August 24, 2004

MERDEKA

 


Tanggal Tiga Puluh Satu
Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh
Hari Yang Mulia
Hari Bahagia
Sambut Dengan Jiwa Yang
MERDEKA


l Erti 31 Ogas

MAT REMPIT : Terima kasih MALAYSIA kerana membina jalan-jalan yg lurus senang kami nak berlumba sakan…

BOJAN : Terima kasih MALAYSIA sebab membuat konserto percuma diseluruh negara dan yg pasti bohsia akan berlambakan diseluruh negara.

PEKERJA : Terima kasih kepada MALAYSIA sebab bagi CUTI…

TAUKE DISKO : Terima kasih Malaysia sebab DISKOku full house ….org melayu baru GAJI ….


ll Minda Merdeka?


Cara kita menyambut merdeka sebenarnya ibarat “menang sorak kampung tergadai”…Sudah 47 tahun kita merdeka tetapi amat meyedihkan kita masih lagi belum merdeka secara minda. Cuba lihat cara hidup kita masih berkiblatkan kepada barat, sudah cukup kah hanya dng mengkibarkan bendera & memakai baju jalur gemilang kita sudah bangga sebagai bangsa MERDEKA??..


lll Pejuang Bangsa….

Satu soalan utk bangsa yg Merdeka… Siapa kah lebih besar berjasa kepada Negara?
a. CT, Sharipah Ani , SM Salim
b. Samsiah Fekah, Rashid Maiden, Mat Kilau

golongan a ….mereka telah diberi pingat & ratusan wang, akan tetapi besar sangat ke jasa mereka kepada kita?

golongan b …. Walaupun segunung emas diberikan kepada mereka yg pasti jasa mereka kepada nusa & bangsa tidak terbalas kerana darah mereka kepada kita yg bergelar anak merdeka tetapi sungguh meyedihkan entah kenapa pemerinatah negara seakan membuta kan mata dan memekakan telinga kepada pejuang bangsa. Tanpa mereka jangan harap kita dapat meyedut udara merdeka dan walaupun mereka tidak meminta sekumit balasan tetapi kita sebagai anak bangsa yg patut memberi penghargaan kepada mereka…

Monday, August 23, 2004

kecantikan adalah hak setiap insan

Setiap wanita pasti inginkan badan yg segar & wangi akan tetapi bukan semua diantara kita yg berkemampuan untuk pergi ke salon kecantikan setiap minggu…

Saya juga tidak berkemampuan utk kesana setiap bulan dan disebabkan itulah dikala saya tertekan menghadapi ketegangan dipejabat, terapi yg paling mujarab bagi saya hanya dng membeli 3 biji limau purut utk di buat mandi, anda patut mencubanya krn ianya sungguh menyegarkan dan jika saya melihat kulit saya kusam dan tidak bermaya, saya pasti berlulur dng mengunakan bahan semulajadi seperti kunyit, garam kasar & tepung pulut. Dan jika terlebih rajin saya pasti berendam dng beberapa jenis herba (serai wangi, dukung anak, daun sirih & bunga melur) yg saya petik segar dikebun ibu saya. Dan kadang kala saya terpaksa membelai kedua belah kaki saya kerana jasanya yg menapung berat badan yg dipam-pam ini dng cara merendamkan kaki saya dng air suam bercampur air garam selama ½ jam kemudian akan saya sapu kan kaki saya dng minyak zaitun .

Ini adalah antara cara murah bagi saya utk kelihatan cantik & segar, ANDA bagaimana pula???

Wednesday, August 18, 2004

MACAM-MACAM ADAAAAA


AF2 dah berakhir dan memang macam macam ada kat AF2..sesiapa yg melihat dari mata hati, akan melihat AF2 dari sudut yg berbeza , AF2 mencerminkan gambaran kehidupan masyarakat Malaysia kini terutamanya bangsa Melayu.

Pungutan SMS

Astro mendapat sebanyak 7.5 juta dari AF2…melayu oh melayu …. Memang gemar kan hiburan …dari pi bagi kat ASTRO banyak lagi insan yg memerlukan duit anda itu …fikir-fikirkan lah

Pelajar Lelaki

Apa yg aku perhatikan dewasa nie terlampau ramai lelaki melayu sotong dan kalau fizikal mereka tak lembut suara pun dah tak jantan….rasanya tinggal Zahid seorang je yg masih kekalkan kejantannya …kalau perang meletus aku tak tahulah macam mana si Fitri & Bob & Kear nak pegang senapang ye ? Dan budak lelaki sekarang terlalu manja mungkin salah mak bapak juga sampai main bola kat padang pun boleh kena gatal-gatal heheheeeh….anak –anak kita, melayu oh melayu …

Melayu Moden?

Oh baru aku sedar org melayu memang dah berubah, kononnya Moden … Budak melayu dah tak makan nasi dan dah tak reti makan pakai tangan dan tak fasih berbahasa Melayu ( KEAR? ). Dalam perlembangan Malaysia…Org melayu mestilah berugama Islam dan mengamalkan adat istiadat melayu… jika tidak anda bukan lagi melayu….fikir-fikirkan lah..


Kaya VS Miskin

Anak org kaya sebenarnya lembek, tidak tahan kepada tekanan dan tidak boleh berdikari sebab mereka ini duduk dibawah ketiak mak bapak …tengok saja Ediln yg sentiasa benyak/cembeng, tengok Nurul yg sentiasa sakit kerna berjauhan dng family, tengok saja Kear yg tidak tahan pressure , tidak tahan kritikan, tengok saja Linda menagis dan merajuk kerana di Booooooo, tengok kepada Adam yg menangis macam kanak kanak kecil kerana Pegetua tak ikut cita rasanya….salah sapa mereka jadi begini … salah ibu & bapa yg terlalu memanjakan mereka sehingga mereka tidak boleh berdikari….

Tetapi berlainan sikap anak org susah …lihat saja Mas ..lihat betapa kuatnya semangat beliau yg mahu mengubah kehidupan anak-anak nya…beliau tidak menagis di Boooooo oleh penonton tetapi mudah mengalirkan air mata jika maruahnya dicabar…lihat Zahid apa bila maruahnya dicabar (bila Hajar & RMS lebih kan Linda) beliau bangkit utk menujukkan kepada mereka yg dia juga ada kelebihan tersendiri….Lihat pada Zarina walaupun beliau sengau & tidak tahu berbahasa org putih tetapi digagahi cabaran yg diberi kerna ingin mengubah kehidupan nya dari seorang kerani ke artis ….heheheeh dan lihat betapa tabahnya Farah walaupun gagal tetapi masih bersemagat kerana anak org susah telah lali dng kekalahan….tidak seperti Adam & Linda….


Perjudian Elit ?

Apabila ada tangan tangan sakti yg menguasai AF2 beginilah jadi nya….AF2 telah tercalar gara-gara AFMASUK , ada suara suara halus yg mengatakan bahawa AF2 telah menjadi medan pertandingan bokie-bokie dan kerana itulah org politik dan pihak istana sanggup turun padang utk memenangkan gadis pilihan mereka…..yg bodoh nyerrrr RAJA Melayu jugak …..melayu oh melayu ….jangan besok industri muzik kita jadi macam sukan bola sepak…ranap terus ..

Politik?

Para Penyokong Linda tidak malu mengatakan bahawa mereka menggunakan duit UMNO utk membeli kad pra bayar utk mengSMS Linda….kenapa sampai jadi begini …bukan lebih bagus duit UMNO itu di salurkan ke tempat yg betul..dan wakil rakyat bahagian RANAU telah berjanji jikalau Linda mendapat tempat pertama di AF2..jalan raya akan di bina sehingga ke kampung LINDA …uhh uhhhh uhh …politik politk …UMNO UMNO ….

Linda

Mungkin tidak ramai yg tahu Linda atau nama betulnya NurLinda berugama Kristin berbangsa Dusun, beliau Naib Ketua Puteri UMNO? Ohhhh betullah kata PAS bahawa UMNO dah kafir….sebab dlm UMNO rupanya ramai org Krisitin ya….itu baru bangsa Dusun , org asli kat Semanjung pun ramai yg dah Kristin kan ? mereka dlm Umno jugak ke? ….melayu islam fikir-fikirkan lah ye….

Biar Bulan Berbicara [
dengar] [lirik]


Apa-apa pun saya suka lagu Zahid ini …shaydu gilerrrrrr…..dan terima kasih ASTRO kerana AF2 aku telah nampak gambaran sebenar keadaan Tanahair ku ini…..lagu nie memang kena apa kita semua yg bergelar melayu

Wednesday, August 04, 2004

ADAT

"Maafkan daku kerana menyebut perkara ini Artakus, tetapi kukira kau haru mengerti kepentingan adat yg telah menjadi pegangan kami. Orang Aurora sanggup mati demi adat kami, tanpa adat, hidup kami, tamadun kami, kewujudan kami tidak mempunyai nilai..."

"Adat adalah segala-galanya bagi kami, tradisi yg membudayakan kewujudan kami serta menjadi pedoman buat seluruh bangsa Aurora. Kalau kami melanggar adat biar pun sekali ini, maruah kami....akan menjadi sesuatu yg murah dan org Aurora akan hilang kepercayaan terhadap janji kami...."

Legenda Numerius
Bab 3
Mukasurat 36


Terus terang ku katakan, aku cuma membeli buku ini atas naluri ingin tahu bukan atas dasar minat. Ingin tahu lebih dekat apa yg ditulis oleh pengarangnya Ahmad Patria yg boleh melekakan peminatnya sehingga kini dan setelah membaca tulisannya baru aku sedar apa yg ingin beliau luahkan di LN...bagiku LN lebih kepada luahan rasa dan falsafah hidup sebuah bangsa yg ingin berjaya. Semoga Ahmad Patria terus menulis demi sebuah bangsa yg gemilang dan terima kasih elaira kerana memperkenalkan aku kepada [DUNIA AURORA]