Thursday, March 30, 2006

kasihnya ibu


CATATAN RINDU KEPADA IBU

bagai gumpalan kapas
putih dan lembut
hari tua singgah di rambutmu
dan musim remaja pun
hanyut perlahan demi perlahan
demi perlahan
ke dalam tubuhku.

susumu yang kuhirup
adalah darahmu
butiran nasi mu yang kumakan
adalah keringatmu
lengan mu yang kutidur
adalah mimpimu
lagumu yang ku dengar
adalah resahmu
segala riangmu kurebut kembali
mengisi serpihan umurku
dengan masa depan yang rahsia

ku kumpulkan sejuta wangian mawar
dari perkebunanmu
dengan sejuta fatihah
dan doa bersama malaikat
dan nanti kuburan mu
berbau mawar
dari tangan lelakimu.

moechtar awang

Wednesday, March 22, 2006

BAHASA ALAM


kehijauan adalah bahasa alam
yang minta diabadikan
Tuhan Maha Pencipta dan manusia
kecil didalamnya,

dialah Penyair yang melukiskan
mendung dan warna
kita manusia resah tertegun
dalam sinar-NYA




ingin sungguh ku berkata-kata tapi lidah ku kelu seribu bahasa. Jika kau membaca ingin kuluahkan apa yang terpendam tapi kau tak mungkin faham....cuma ingin ku pesan padamu wahai sahabat... hidup bukan semudah yang disangka ... dan kita bukan seorang pelakon yang perlu melakon kan apa yang dirancang...
kepada mu sahabat ... ingin ku segarkan ingatan lapukmu ...jika kau terlupa ... kau lah yang memungkiri segala janji yang telah dimertai ... kau manusia yang bermuka-muka hanya ingin bersahabat kerana bersebab... maka dengan itu segala janji terurai sudah .... tiada apa diantara kita lagi ... selamat tinggal kepadamu yang satu ketika dahulu ihsan yang bergelar sahabat (mungkin sebenarnya ianya hanya lakon mu saja).

Monday, March 20, 2006

warna-warna silam ...

sudah lama saya tidak ke kota sejarah ini - hampir 10 tahun, masa bergerak begitu pantas nampaknya, rasanya baru semalam saya kesini... ren dan mama pulang ke melaka untuk melawat "POPO" yang agak uzur... dan dia tahu saya sudah lama tidak ke negeri itu dan atas jemputannya saya pulang... kami berempat (power puff girl konon-kononnya)- mama, ren, cat and me (no hubby please) bertolak dari kl - jumaat malam pukul 11.00, punyalah laju si ren memandu dari keramat ke bandar melaka hanya mengambil masa satu setengah jam je (kalau suami ku mahu 3 jam). Sampai di bandar melaka ... kami pi supper dulu di kedai mamak, hebat juga melaka sekarang nie. kemudian kami menuju ke Bacang rumah nenek renee untuk menumpang tido. saya tidak dapat melelapkan mata...sehinggalah kesubuh terkebil-kebil... i have a nap dari kul 6.00 pagi hingga kul 8.00 pagi ...
kedai mamak subaidah di pekan melaka - bersih nyerrrrr tak macam kedai mamak di kl
Bangun - mandi dan bersarapan ... mereka beli laksa melaka - pagi buta dah melantak laksa, aku terkedu. Selesai sarapan kami berchat dengan popo seketika sambil menunggu tuan puteri bersiap untuk berjalan-jalan dikota melaka, ambil angin...tempat pertama dituju - hantar mama ke rumah adik nya di tengkera... kemudian kami ke tecso melaka membeli beberapa keperluan ... kemudian kami ke MASJID TENGKERA (ini yang saya tunggu tunggu sebenarnya ).... saya dan renee bersembayang disana ... satu pengalaman yang sangat indah ... sembahyang disebuah masjid yang paling tua di malaysia ... tak ramai yang dapat peluang nie kan ... didlam rumah allah ini sungguh menyamankan ... bau kasturi semerbak diruang sembayang ... bayu lembut beralun lembut memasuki pintu-pintu tinggi yang sangat gah dan selepas sembayang kami singgah sebentar dikubur sultan hussien muhamad shah...
more picture on Masjid Tengkera - Melaka
Selesai melawat Masjid Tengkera ...kami pulang mengambil mama, seperti biasa orang melayu penuh dengan adap ... mereka menjemput kami makan tengahari bersama .... dan menunya tentulah ASAM PEDAS melaka... saya makan 2 pinggan.... enaknya tak terkata ... pulang dengan perut penuh... saya bersyukur... sampai dirumah... semasa ketiadaan kami, Auntie Dah rupanya telah memanggil seorang tabib cina untuk merawat saya - terharu sungguh saya ketika itu ... makcik sendiri pun tak buat macam tu kat saya... hampir 2 jam tabib tersebut merawat dan mengurut saya ... kemudian dia memberi saya ramuan ubat cina utk saya makan ... hanya melalui nadi saya ...dia tahu yang saya makan ubat cina... melalui nadi saya dia tahu saya banyak tido ... hahahahhaha dan suka makan...urutannya teramat lah sakit ... tapi selepas itu kesakitan tulang belakang saya terasa kurang sedikit.
Malam nya pula kami ke Cheng ada open house ... makan-makan sambil tengok rumah baru ... enak dan ketika itu saya merasakan cara dan budaya masyarakat nyonya melaka...pulang dari makan-makan kami berehat seketika. Kira-kira pukul 11 malam kami meninggalkan bumi melaka menuju ke kota lumpur ... melaka ku tinggalkan seketika entah bila akan berjumpa lagi ...

Thursday, March 16, 2006

bulan mengambang penuh

hari ini, hari khamis malam jumaat, 15 Safar - hari bulan penuh ...

masa saya duduk dikampung ... nenek saya selalu buat bubur nasi bila bulan penuh... lepas tu nenek dan adik adiknya (dulu family duduk dekat dekat) makan bubur dan air kopi ditaman yang diterangi dengan cahaya bulan ... nenek bergossip bersama adik-adiknya dan kami segala pupu dan papat akan bermain sakan sehingga bulan turun ke kaki langit ... mungkin ketika itu tak de api yang menerangi taman kami apatah lagi seluruh kampung...maka kami menunggu bulan penuh sebulan sekali (itu pun kalau tak hujan...) utk keluar malam ... ya lah dulu mana ada bass nak kepekan dimalam hari atau mana ada panggung wayang ... maka nie lah masa nenek dan kaum kerabatnya nak keluar malam...
Datuk dan pakcik pakcik ... pula sibuk bermain kad dan kami berlarian ditanam..satu pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Tetapi setelah nenek meninggal tradisi itu terhapus dengan sendiri nya .. kampung sudah tidak meriah kerana ramai sudah berhijrah kebandar ... dan kampung sudah terang disimbahi cahaya lampu jalan maka cahaya bulan sudah tidak dihargai lagi...

hari ini, saya ingin membudayakan kan kembali apa yang saya lalui semasa kecil , malam ini saya bersama beberapa jiran kami buat pot luck sempena ruang baru di tingkat 13 (kami bergotong royong membersihkan ruang depan rumah kami di tingkat 13- masa tahun baru cina yang lalu .. ala-ala ada taman dan meja) ... saya masak bubur nasi, ikan bilis dan telur asin (bukan nak makan sampai kenyang pun), jiran saya akan buat teh o dan keropok goreng ... jiran yang lagi satu tu ... mungkin buah-buah - last min port luck lah kata kan ... apa pun jua ianya satu atur cara yg menarik sambil melihat terang bulan ... boleh jugak bergossip-gossip latest story ... dan tak lupa ... suami akan menjadi tok imam malam nie ... hebat bukan ... kena pada hari dan waktu ... bulan mengambang pada malam jumaat ... kalau orang dulu-dulu - malam kelelong ... mandi bunga tepat pukul 12 malam disinari cahaya bulan... berkemban di tepi sungai ...

Friday, March 03, 2006

happy birthday to me....

wah tahun nie meriah jugak sambutan hari jadi saya... yang kelakarnya tak saya tak bagi tahu sesiapa pun tentang hari jadi saya ...cuma pada suami je ... yang kelakarnya dah lapan tahun kami tak sambut hari jadi ... tahun nie mungkin seru dah sampai balik... suami buat suprise ... tepat 12 malam dia keluarkan kek depan saya ... kelakarlah jugak... macam mana saya tak boleh perasaan ada kek dalam peti ais ... ohhh masa tu saya tengah weng sebab nak exam .... study maut sampai tak de masa nak bukak peti sejuk ...

ini bukan gambar sebenar ..tiada kena mengena antara hidup dan mati .... (saya tak de digital camera nak ambil gambar cake saya)

Ahad nyer pulak ... lepas exam kami sekelas pi makan-makan kat titiwangsa golf club meraikan hari terakhir kami ...dah lah ada seorang mamat nie dok pecah tembelang ... habislah satu bilik menyanyi lagu panjangkan umur ....


pulang dari makan ... renee bawak balik rumah dia , yalah laki dia kan tak de ... so kami hari wantia sedunia , lepak lepak dan makan makan ... mama, renee and family dok nyanyi lagu yang sama...terasa dah tua gilerrrrrr...yang kelakarnya mama bagi ampau...


ingat dah habis lah segalanya ... elaira dok merengek nak jumpa-jumpa .... dia belanja makan kat nando ... tengah tengah sakit ayam nie ... masa nielah dia nak belanja makan ayam ... so kita makan ikan je lah dengan nasi pulut ....