Tuesday, May 22, 2007

sakit lagi lah ...

Kita baru kebah demam. Teruk betul sakit yang menyerang bagaikan setengah mati. Dengan panasnya, dengan batuknya, dengan gatalnya, dengan bisa-bisa setiap sendi, sampai dok usap rambut pun terasa bisa. Begitulah penangan kalau Tuhan dah nak bagi sakit... tapi yang geramnya pi doctor, check punya check dia boleh kata "u just had a SLIGHT fever" boleh?? rasa macam nak makan je tuan doctor tu, orang dah nak setengah mati dia kata slight dan inilah kali pertama sakit sampai tak lalu makan. Tak seleranya berlarutan hingga seminggu, kalau lapar sangat, cuma boleh telan oats dan buah sampai susut badanku yang gebu ini. kalau lah selama-lama nya selera makan tak de kan bagusssss huhuhuuuhhuuu

kerja seperti biasa. Tak de yang menarik... nothing much happening cuma seperti biasa cukup bulan bila dapat gaji pi shopping sikit sikit buat investment, beli kasut sepasang dua, beli handbag (dah 6 month tak beli hand bag baru) dan beli sepasang dua baju. Kita ada baca satu artical yang dipublished dari Journal of Labour Economis said that "attractive people earn more 5 percent the avarage looking people" So guys where all the brains goes? itulah dunia.

Lela pun dulu tak percaya bahawa pakai cantik cantik boleh menjamin sesebuah kerjaya. dulu lela selekeh giler, pi keje .. plain giler kerana bagi lela, majikan tengok kerja kita bukan rupa kita, maybe sebab kita tak respect diri kita sendiri so orang pun tak lah respect kita kan. Mereka buat macam macam tong sampahlah, semua keje dok bagi kat kita tapi gaji ke apa ke tarak so ditempat keje baru nie lela tanam satu sikap. Ala-ala cun cun sikitlah, pakai bedak sikit, sikat rambut sikit. pi gunting rambut sikit, pakai yang molek molek sikit baru lah mereka dok ok sikit, tak lah buli gila babai. Bila ada function yang patut lela attend lela gi buat pr sikit sikit. kenal orang orang besar, duduk seminit dua chat sana chat sini, senyum sikit sikit lama lama oklah jugak. walaupun dlm office ada 500 pekerja mereka boleh kenal lela yang pangkat rendah nie...oklah kan? gitu gitu lah kalau nak keje company dengan foregin company .. pr kena baikkkkk

Sunday, May 13, 2007

WALK TO END HUNGER!!!

Hari ini, sebahagian warga yang perihatin berjalan kaki disegenap pelusuk dunia untuk anak-anak yang sedang kelaparan diserata dunia. DiMalaysia, kempen ini dijalankan di Taman Tasik Titiwangsa dan perjalanannya kira-kira 3.8km yang dianjurkan oleh United Nations.

Lela sampai diTaman Tasik Titiwangsa kira-kira pukul 8.oo pagi dan kami mula berjalan kira-kira pukul 9.30pagi. Yang kelakar .. lela tak tahu apa apa, bila sport club hantar e-mail memberitahu bahawa ada walkton di Tasik Titiswangsa, I just join in. Lela ingatkan ianya just for fun... jalan jalan di tepi tasik ... ya lah lela pun dah lama tak berjogging, nak keluarkan peluh yang dah jadi lemak and it will be fun to walk early in the morning with my hubby.. ala ala romantik gitulah... tak sangka pulak ini adalah aturcara dari United Nations untuk warga dunia, ala-ala berjalan sambil menderma lah nie ... Sebenarnya dari segi kewangan memang lela tak dapat membantu warga miskin tetapi diakhir aturcara ini ia telah menyedarkan lela bagaimana kesusahan/ perasaan kanak-kanak yang menjadi pelarian terpaksa berjalan berbatu-batu hanya untuk mendapat kan air, makanan ataupun perlindungan.

Apa-apa pun i have fun this morning, meeting with new friend dan mengeluarkan peluh... balik rumah tidur sampai kepetang. Bayangkan kanak-kanak yang susah diserata dunia tu ya ... jalan berpuluh batu tanpa kasut dan makanan. Sampai dapat makan pun ala-ala kadar je ... kita kat sini makan sampai dapat penyakit... kita berjalan kerana terpaksa mengeluarkan peluh tapi mereka berjalan untuk mencari sesuap nasi. Betapa beruntungnya kita hidup dibumi yang bertuah ini.


bersarapan pagi




renggankan urat sebelum berjalan


digarisan permulaan

perjalanan 3.8km bermula

3.8km tamat - berjaya !!!

Nota: lela bukan bekerja di TnT tau !!!! mereka jadi penaja utama di malaysia ..hehehheeh

website : Fight Hunger

Friday, May 11, 2007

SYUKUR

Hujan lebat pagi ini, Angin bertiup kencang, jari-jari ghaibnya menggegar pintu tingkap kaca kamar tidurku, lantas menghasilkan siulan nyaring persis menyanyi alunan lagu sedih. aku yang masih dikatil hangat tidak ingin bangun. Tidak mahu berganjak, tetapi disini. Tetapi detikan jam didinding membuat aku memaksa aku untuk bagun untuk ke pejabat.

Syukur ketika keluar dari rumah hujan sudah mulai berhenti, membonceng motosikal dikala hujan renai bukan lah satu perkara yang indah. Aaku tidak ingin ke tempat kerja dengan cuaca yang begini rupa. Ingin saja aku mengambil cuti agar dapat aku berlingkar ditilam empuk di bilik hangat. Nampaknya hari nie sialan tidak kehabisan. Pesta lampu merah sudah bermula dari aku keluar dari rumah... berlanjuntan hingga ke keramat... dan disitu tiba tiba saja tayar motosikalku pecah tetapi nasib masih dipihakku... kedai motor hanya beberapa meter dihadapan ... Kerana tayar dipagi hari sudah terbang puluhan ringgit tetapi syukur kami terselamat dari sebarang bencana.

Selesai segalanya kami meneruskan perjalanan ... nampaknya langit masih tidak mahu berhenti mencurahkan air kebumi.... ya mungkin bumi terlalu panas dan ianya rahmat allah untuk mendinginkan mahkluk yang melata ini. Baju ku basah kuyup dek hujan. Aku sampai lewat ke pejabat hari nie ... bajuku yang kuyup, rambut ku yang kusut membuat aku tidak ada mood untuk meneruskan tugas dipejabat ... dahi sudah terasa panas dan dada sudah terasa dingin. itu tanda demam sudah datang.

aku masuk ke tandas, mengunakan pengering untuk mengeringkan baju dan rambut ku. Mengemaskan diri dng merias wajah, mencalit sedikit pemerah bibir agar tidak dapat aku keletihan dipagi hari... ya aku masih ada 8 jam untuk bertugas. Setelah selesai segalanya ... aku membuat secawan kopi panas dan duduk ditempatku. Membuka e-mail untuk membaca apa yang perlu dibuat hari ini.

percaya atau tidak hari ini ketua jabatan ingin berjumpa untuk mengesahkan perkhidamatanku yang sudah mencacah 8 bulan - begitu pantas masa bergerak. Nasib aku tidak mengambil cuti hari nie, nasib aku tidak mengikut hati yang panas. betul kata orang "No pain, No gain". Rupanya hujan, tayar pancit dan kuyup badanku dek air hujan ada hikmahnya ... rezeki dari langit rupanya ...

Kini aku sudah disahkan perkhidmatan ku disini. Syukur tangga gaji pun sudah dinaikkan. syukur kepada allah kerana kemurahaannya. Segala puji bagi Allah semesta alam.

Friday, May 04, 2007

CUTI CUTI MALAYSIA

Saya bercuti 5 hari - bestnya sabtu hingga ke rabu. Rasa macam tak nak pi keje dah lagi . Tulah bahananya jika cuti terlalu lama. Tapi bila ingatkan nanti hujung bulan poket kering ... gagah kan jua lah pi keje.

Saya dan beberapa orang rakan mengambil keputusan untuk bercuti - yang murah dan menjimatkan. mana lagi kalau tak ke port dickson ... hotel dah tak yah difikirkan ... rumah saya sudah tersedia ... menanti kepulangan saya ... hehehehehheeh
aturcara cuti kali ini mudah light & easy ...
a) jalan jalan cari makan (dikedai mamak & di R n R pantai seri bayu & ikan bakar & kuih udang)
b) mandi manda & fishing ditepi laut
c) ronda-ronda seluruh pd & melaka (night zoo & alor gajah & kg alai)
d) shopping di nilai 3



kutip batu diruntuhan tembok




dimana saya dibesarkan