Friday, June 25, 2010

saigon disini aku berdiri ..

aku di kota saigon dimana tanah ini menyakisikan darah tertumpah demi perjuangaan ..

beribu tahun mereka berperang untuk kemerdekaan .

Tuesday, June 22, 2010

Seperti biasa pulang ke kampung, emak membekalkan kami hasil hasil kampung. mak bekalkan telur kampung yang segar dan juga buah buah betik yang masak ranum ... makan berdua buat kan kami kekeyangan ..

hati seorang ibu, apa yang ada pada diri nya mesti ingat kepada anak menantu .. sedikit sama di cecah , banyak sama dilapah ...

Sunday, June 20, 2010

Bila di kampung , hidup kami seringkas mungkin aktiviti adalah bertafakur, berkahlwat dan membaca sambil mendenga sang murai bercerita tentang dunia dari kayangan .. seperti masa terhenti seketika disini.

pagi dikampung udara nya dingin, kabus menutupi alam , ayam berkokok tanda hari dah datang, murai dah berkicau bercerita tentang kayangan... kumbang sudah mencari madu, ahmad jais dicorong radio ...ohhhhh waktu bagaikan berhenti seketika ...

malam dikampung sunyi sepi, ayam di pokok mencari teduh, kami tidur seawal 9 malam ... ular mula mencari rezeki, rimau sudah menampakkan belang ...

Friday, June 18, 2010

langit tak selalu cerah

Siapa sangka begini nasib isteri raja .. cuma 5tahun hidup didalam sangkar emas ...

Sebaik baik bina kekayaan dari titik peluh sendiri dan kita cuba menjadi hamba kepada yang mencipta ...

# Azrina Mazhar Diceraikan oleh Sultan Brunei

Saturday, June 12, 2010


Minggu ini hampir setiap petang Tuhan menurunkan hujan ... Dan dalam perjalanan pulang pelangi petang menampakkan diri ... pintu gerbang dikayangan pun terbuka luas di balik balik banjaran titiwangsa dan ia nya amat cantik sekali .. apabila datang kurnia dari tuhan yang mencipta segalanya segalanya indah tanpa perlu diubah ubah ..

Sunday, June 06, 2010

telur kenduri kawin





Burung cenderawasih burung kayangan
Bekus telur untuk para tetamu

Bukan kenduri kawin namanya jika tetamu tidak dibekalkan telur ... Telur ayam rebus adalah tradisi .. telur adalah sumber protien .. telur membawa maksud agar pengatin diberi kan zuriat yang banyak dan sihat .. telur tak boleh diganti dng gula gula ataupun cokelat ... bukan melayu namanya kawin tak bertelur

melayu perlu mengekalkan identity kemelayuaan mereka jika tidak bangsa melayu akan menjadi seperti spices dinosaur hanya untuk pamerkan di muzim ..

Kalau di arab mereka akan memberi tetapi buah kurma dan kalau orang putih pasti lah cokelat .. melayu pula pasti telur ... dan melayu sungguh pandai ... membuat bunga telur dan bekas telur menjadikan ianya sangat cantik untuk diberikan kepada para tetamu ..

entah mengapa setiap kali ke kenduri kawin saya akan menunggu telur ayam rebus dari tuan rumah .. dan jika saya sungguh sungguh terharu jika tuan rumah menghulurkan sebatang dua bunga pahar dari pelamin untuk saya .. rasa begitu dihargai dan dikasihi ...