Saturday, February 19, 2011

tarian singa

tarian naga sering dikaitkan dengan kemurahaan rezeki ...




selalu tengok tarian singa tapi kali nie boss suruh tolong arrange pertunjukan tarian singa di kilang tempat kami bekerja ...

sibuk lah rakan rakan ke pasar membeli makanan untuk sang singa ... perlu ada nenas, limau dan beberapa perkakas .. menghias makanan pun perlu kretif .. dan ini hasilnyer ... demi one malaysia kononnya kami yang melayu melayu kena turut menghias .. tak pe lah anggap saja ia sebagai satu pengalaman berharga .. besok kalau mereka nak tipu gua .. mesti gua senafas je boleh hetam balik .. kih kih kih

Tuesday, February 15, 2011

14 Febuary ...

Dihari kasih sayang - 14 February yang disambut oleh warga dunia kita terlupa bahawa telah gugur seorang pejuang bangsa .. Al Fatihah Buat Allhyarham Leftenan Adnan Saidi. Semoga roh nya dikalangan para suhada ..

dia pejuang yang tidak bernama, bunga bangsa yang mewangi di langit ketujuh tetapi tidak pernah mendapat perhatian pihak kerajaan malaysia .. didlm buku teks sejarah di sekolah pun tidak ada biografi beliau apatah lagi tugu mahu pun datoship tidak diberikan langsung .. ohhhhh pemimpin ku yang mata ya terus dibutakan ...

entah lah dimana silapnyer .. kementerian pertahanan patut bekerja sama dng org org rais yatim & juga kementerian pendidikan utk menyemarakan lagi sejarah sejarah pejuang bangsa ... di muzium tentera di Port Dickson pun tidak tercatat nama beliau .. sedang kan artis dan kapatilis boleh mendapat datoship, tanah dan nama dijalan jalan raya apatahlagi pejuang yang menyerahkan darah dan air mata kepada ibu pertiwi .. sungguh ironik sekali...

Friday, February 04, 2011

CUTI DITAHUN ARNAB


Cuti tahun arnab kali ini amat panjang sekali .. ramai yang mengambil kesempatan cuti panjang ini untuk pulang kekampung atau pergi bercuti cuti ...

Saya menikmati cuti hanya dengan bersantai dirumah.. mengemas rumah sungguh sungguh memerlukan mood yang sesuai ... berkebun dipagi hari membuat rumput rumput dan membaja sungguh sungguh mendamaikan .. dan melihat sirama rama berterbangan, cicipan burung tiung menyanyi begitu mempersonakan..

tahun arnab saya sambut dengan buah limau, bersantai dan mengait... dan yang pasti bangun lewat bergolek diatas katil empuk...

selamat bercuti semua.. kepada yang memandu , pandu dengan cermat ..

Thursday, February 03, 2011

GONG XI FA CHAI


Tahun baru cina disambut dengan kedatangan musim bunga ... datang dengan rezeki dan kegembiraan ... tidak seperti tahun tahun yang lalu, musim bunga kali ini menjadi musim luruh yang sangat dingin ... hampir setengah tanah melayu banjir dan bah .. bukan itu saja hampir seluruh dunia mengalami banjir besar ... luruh dimana mana ...
hari ini .. mentari muncul seketika menampakkan diri untuk menghangatkan bumi yang basah ... moga moga semua mangsa banjir di selatan tanah air sentiasa tabah menghadapi musibah ini ... semoga tahun ini tahun yang lebih baik dari tahun yang lalu ...
Bak kata Si Tukar Tiub: Wishing all malaysia a happie rabbit year , this year we shall fucking like a rabbit ...