Tuesday, January 31, 2012

setiap kali melihat mizan tidur dimalam hari ... saya bertanya kepada diri sendiri ... sudah cukupkan kasih sayang yang aku curahkan kepada mu wahai anakku ...




sering takut yang saya tidak memberi cukup kasih sayang kepada anak saya .. bila melihat mizan sangat mesra dengan sesiapa saja .. saya menjadi sedikit cemburu.. saya takut anak saya akan lebih sayang kan orang lain dari saya ... sering kali saya merasakan apa yang saya lakukan utk mizan tidak mencukupi seperti kadang kala saya tidak dapat mendukungnya setiap kali dia mahu didukung, kadang kala saya suruh dia tidur walaupun dia tidak mahu tidur dan ingin bermain dengan saya...




saya takut anak saya bila besar nanti tidak punya cukup memori bersama saya ... kerana saya sering sibuk mencari duit utk menyara kehidupannya kelak.. ada pepatah yang mengatakan anak akan menyayangi orang yang mengembirakannya ... dan tidak akan mengingati siapa yang memayungkan mereka ...




tetapi setiap kali mizan melihat saya dan mengangkat kedua tangan kerdil nya utk minta didukung , saya jadi begitu gembira tahu yang anak saya mengenali ibunya...




dan setiap kali setelah mizan didukung lama oleh sahabat handai dia , akan menjerit utk pergi ke ibunya minta didodoi dan ditidurkan di dalam pelukan saya .. saya merasakan hati saya berbunga riang mengetahui saya adalah tempat selamat utk dia bernaung hidup ...




moga kelak bila besar mizan merasakan betapa hangatnya kasih sayang ini walaupun satu hari nanti saya tahu mizan akan berpisah dng saya.

working mummy




Ya itulah eroninya .. semua orang perlu berkerja untuk mencari sesuap nasi ...

Mana wanita yang tidak suka utk duduk dirumah , masak untuk suami , menjaga anak ... boleh punya waktu sanggang yang enak sekali ...

sejak ada bayi kecil .. terasa penat nya amat sangat ... jadual begitu ketat .. tetapi saya ingin berjaya dikedua dua bidang ... menjadi ibu yang sempurana utk anak saya, menjadi isteri yang membahagiakan hati suami dan menjadi seorang wanita yang berkerjaya. Tamak kah saya ?

ketika ini saya tidak mampu utk tidak bekerja walaupun gaji nyer tidak sebesar mana ... pernah terfikir untuk tidak bekerja tetapi siapa pula yang akan menyara hidup saya jika terjadi sesuatu kepada suami ... dengan umur yang sudah meningkat tak mungkin ada yang sanggup utk menjadi penjaga seperti suami saya ketika ini ... dan saya tidak punya banyak modal untuk memulakan sebarang perniagan .. cara terbaik adalah bekerja ...

megapa tidak berhenti duduk dirumah .. jika sesuatu terjadi kepada suami kelak boleh bekerja kembali? tanya seorang rakan ... jika saya berhenti bermakna nilai kerjaya saya akan menurun .. dan amat suka nanti bila saya bekerja dlm keadaan yang terdesak nanti.

Bak kata orang tua tua .. pertahanan kan apa yang ada , gali seberapa banyak kekayaaan yang ada ...

Tuesday, January 24, 2012

sarapan pagi



Pagi tadi suami kata tidak mahu ke kedai untuk bersarapan.... sudah jemu katanya ...










Racit ayam ditumis bersama hirisan dadu bawang kemudian digaul mesra bersama sedikit lada hitam, mayo dan garam ... Saya panaskan beberapa keping roti pita dan hangat kan secawan susu ... maka jadilah satu sarapan yang mengeyangkan dan berkahsiat ... moga moga sang suami gembira dengan menu saya kali ini.










dan ya dia sungguh sungguh berselera pagi tadi... suami sungguh berselera ... mmm nampaknya skill memasak saya masih ada.. tapi utk memasak perlu ada syarat ... ayah kena jaga mizan k kalau tak mummy patah tangan ... kih kih kih

Monday, January 23, 2012

masa yang singkat...



setelah ada nyer si kecil mizan , masa berjalan terlalu cepat ... fokus kepada mizan akan menjadi agenda pertama kami ... ya mizan sangat kecil dan masih tidak boleh berdikari dng sendiri nyer ... perlu diberi perhatian sehinggalah dia boleh bercakap dan bergerak dng sendiri ...










cuti ini suami bekerja maka saya tidak kemana mana ... duduk dirumah bersama mizan ... having a quality time .. ya 5 hari bekerja mizan sudah dirumah pengasuh maka kalau boleh saya tidak mahu berenggang dngnya walaupun seminit ketika hujung minggu atau pun di kala cuti am.










menu singkat saya dikala ini adalah apa yang boleh dimakan ... sedap kemudian cerita .. yang penting ianya berkhasiat dan mudah utk di makan ... maka hari nie saya cuma rampaikan tomato, timun dan zaitun dengan sedikit perahan limau dan minyak... Lebihan ayam semalam saya racit halus dan gaulkan bersama kentang lenyek (lebihan makanan mizan) dan dihangatkan dengan bawang besar dan ditabur sedikit daun sup... nasi semalam masih berlebih saya hangat kan saja ... saya mulai dengan bismillah dengan nama tuhan yang maha pemurah atas rezeki petang ini .... ya sekali lagi hidup perlu kretif ...










Friday, January 13, 2012

bila musim buah tiba



# terima kasih teman yang ingat pada saya
(buah manggis didatangkan khas dari kuala lipis, pahang)

hitam hitam sitampuk manis
semakin hitam semakin manis

saya sangat sangat suka kan buah manggis ... ketika mengandungkan sikecil mizan teringin benar memakan mangis tetapi apakan daya .. tiada stok ketika itu ... entah bagaimana rezeki atau pun mungkin dugaan mangis datang sendiri selepas bersalin kan si mizan .. akan tetapi saya tidak boleh makan banyak kerna org bersalin pantang memakan manggis selama setahun - sejuk kata orang tua tua ..

mungkin sebab sudah hampir 12 tahun tidak menjamah manggis saya makan 10 biji dan keesokan hari nyer saya demam ... tapi tak mengapa ianya sangat sangat ber baloi .. huhuhuuh...

terima kasih sahabat yang sering mengingati diri saya..

Thursday, January 12, 2012

MAJLIS KENDURI KESYUKURAN BB MIZAN ...

Alhamduillah, kenduri kesyukuran diatas kelahiran permata hati kami (Muhammad Mizan Bin Mahadir) DAN dengan rasa syukur diatas selamat dan sihat ibunya yang melahirkan...

yang penting semuanya berjalan lancar dan saudara mara , rakan rakan dan jiran tetangga datang untuk menceria dan mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga ..

Kepada yang sudi hadir dan dapat bersama memeriahkan majlis kesyukuran ni, Saya dan keluarga mengucapkan berbanyak terima kasih yang tak terhingga kerana bersama2 dapat menjayakan dan juga mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga, hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budi dan pengorbanan anda semua. Tak lupa juga kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan kami semasa mengendalikan majlis ini, maklumkan kadang2 tu tak sempat nak berbual dengan lebih lama kerana terpaksa melayan tetamu yang lain. Semoga ikatan silatulrahim ini dapat di kekalkan sehingga ke akhir hayat, Insyallah