Tuesday, March 27, 2012

HUJUNG MINGGU

Hujung minggu saya penuh dengan bermain dng mizan, duduk santai di rumah dan memasak... ya kami merasakan mizan tidak cukup masa dengan kami .. maka hujung minggu adalah utk mizan sepenuhnya.

di hari hari kerja .. mizan cuma ada dengan kami ketika waktu malam .. dan waktu tidurnya sudah mengurangkan waktu bersanggang bersama sikecil...

apabila sabtu dan ahad datang .. saya bagaikan patah pinggang utk mengikut rentak sikecil ini .. manja nyer berlebih lebihan membuat kadang kala saya kehilangan sedikit kesabaran .. akan tetapi keletah dan kemanjaanya telah membuat kami gembira...

MEMASAK ...



Memasak adalah satu terapi jiwa bagi saya.


Di Rawang saya jarang memasak ... mungkin kerana kesibukan dan kesukaran untuk ke pasar membantutkan lagi saya utk memasak.

Semasa berpantang... kita perlu memakan lauk yang dimasak sendiri .. tidak digalakan memakan makanan dari kedai .. maka saya mula memasak .... dan akhirnya ia telah menjadi semacam satu terapi jiwa utk saya.

jika dikota lumpur amat mudah utk mencari hiburan .. di sini ianya amat terhad .. maka antara hobi saya dirawang adalah memasak... membeli barang barang segar dari pasar tani .. dan memasak ala kadar membuat hati kegembiraan .. dan memasak adalah cara saya untuk mengubat rindu pada nenek, ibu dan ayah...


Monday, March 19, 2012

Novel : Negara 5 Menara

Baru saja mengkatam novel ini... ia membuat saya ingin menghantar mizan ke sekolah beraliran ugama di masa hadapan ....

Sunday, March 11, 2012

saya punya banyak impian yang tidak pernah tercapai .... lahirnya mizan impian itu subur semula ...

moga moga mizan akan menjadi anak yang baik ... akan lebih berjaya dari apa yang saya kecapi ketika ini .. yang pasti saya akan membantu mizan selagi darah dan nyawa saya mengalir ... saya akan pasti kan anak saya akan lebih berjaya dikemudian hari kelak .. diakan menjadikan semuanya menjadi kenyataan .. dengan izin allah yang maha pengasih lagi penyayang...