kopi seakan sudah sebati dengan jiwa melayu ku ... ketika kecil dikampung, aroma kopi panas hitam tetapi manis sering menyusuk dimalam yang dingin apabila tetamu datang berkunjung diwaktu malam ... dicicap bersama biskut kering ... enak sekali ...
Ibu lebih kebaratan .. secawan nesface tanpa gula mahupun susu menjadi kemestian bagi beliau ... dan begitu juga dengan tradisi abg ipar saya perlu ada secakir nasfeca sebelum memulakan hari hari beliau
mungkin kerana melihat ketagihan ibu dan abang membuat saya menjadi takut dengan minuman ini ...
saya juga begitu alah dng nyer .. jika meminum secawan kopi pasti saya tidak boleh tidur selama 2 hari .. dan membuat saya begitu fobia dengan nya ...
kalau meminum kopi seakan tidak mempunyai klas sehingga terdapat perpatah mengatakan ...
"duduk bertunggu tangga di kedai kopi" , "hilang tanah kerana kopi" seakan mengatakan hanya orang pemalas saja yang akan meminum kopi dan sesiapa yang meminum kopi bagaikan bangsa yang tidak arah tuju...
kini peminum kopi sudah chick dan moden ... kopi sudah di jual dengan harga yang sangat mahal... secawan kopi sudah mencecah berbelas ringgit dan peminum kopi di gelar orang kaya kerana duduk santai di cafe cafe yang mahal dan terkemuka...