Cara-cara berjimat di zaman infansi ini
Kurang kan pengunaan petrol, cuba cari alternertive lain untuk ketempat kerja mungkin anda boleh guna perkhidmatan lrt (suami saya mengunakan pass bulan – RM70 sebulan dan dihari ahad & kelepasan am saya juga tidak perlu membayar ketika menaiki lrt ) atau bas awam. Anda perlu membuat pengiraan mana yang lebih menjimatkan … kalau bawa kereta … anda perlu fikir parking, minyak, tol dan masa…
LRT : setiawangsa – pj RM70 + bas RM30 = RM100
Kereta : minyak RM200 + parking RM70 + penat jam = RM270
Jimat : RM170
Kurang kan jalan raya bertol
Cuba kurang kan jalan raya bertol … terutama jika anda sering kali balik kampung (cari jalan alternetive baru ). Untuk pulang ke jelebu saya tidak menggunakan Lebuhraya tetapi menggunakan jalan kampung .. no toll dan tidak bersesak.
KL – Jelebu = Highway–Petrol RM15+Tol RM10=RM25 x 2 pergi balik=RM50 x 2 sebulan=RM100
= Jalan lama – Petrol RM10 + Tol free = RM10= RM10 x 2 sebulan = RM20
Jimat = RM80
Kurang kan penggunanan ultilities seperti bill telephone, bill air, bill eletrik
Bill telephone perlu dikurangkan, jika anda mempunyai dua talian seperti 013 dan 012 cuba guna kan satu talian saja , dan lebih bagus anda guna talian pre-paid … kerana anda boleh rancang bill anda. Kalau dahulu saya membuang hampir 300 hinggit setiap bulan hanya untuk bill telephone kini saya hanya menggunakan kurang RM30 sebulan … lihat 100% kurang nyer kan dan anda tidak perlu membayar sewa talian.
Kurang kan penggunan air dan eletrik .. jangan membazir .. itu yang penting. Jangan guna metol merah kerana watt nyer lebih tinggi cuba guna lampu kalimantan kerana ia lebih menjimatkan dan terang dimalam hari. Walau pun air dan api anda boleh kurang kan RM10 ringgit itu sudah memadai
Phone line - RM300
Pre-paid phone - RM 30
Jimat - RM270
Kurangkan makan diluar
Jika anda masak di rumah ianya dapat membantu kerana ia boleh menjimatkan wang anda hampir 30%. Kalau dulu ada yg berkata bahawa makan diluar lebih menjimatkan … ia sudah tidak relevan lagi .. makan di kedai terlalu mahal… tak percaya… setakat nasi goreng sudah mencecah RM3.50…dan apa yang anda dapat ? ikan bilis dan telur ? … baik masak dirumah .. dan kebersihan lebih terjamin. Wang dapur saya hanya RM250 saja dan kami boleh makan semewah dikedai ..Cuma penat sedikit (tapi tak pe dari hidup dengan hutang..)
Bawa bekal
Cuba bawa bekal dari rumah ke pejabat atau anak anak ke sekolah… makan tengah hari boleh mencecah sehingga ke RM5.00 hanya ikan dan sayur. Nasi lemak pun sudah RM1.50 . Sebulan sudah berapa – RM150 hanya utk makan tengah hari . itu pasal bapak mertua saya hanya bergaji RM400 boleh membeli berekar tanah dikampung .. kita bergaji ribu raban hutang masih keliling pinggang.
Hentikan perkhidmatan yang tidak perlu seperti ASTRO, internat, line telephone tetap
Jika kewangaan anda sudah ditahap merbahaya cuba hentikan perkhimataan diatas utk seketika .. ini semua tidak perlu … yang penting simpanan hari tua kita …
Kurang kan penggunanan barang pakai dan buang – tissu, pampers, plastik - peyimpan makanan, grafu , sudu.
Ini satu lagi pembaziran .. terutamanya pampers bayi … cuba gunakan lampin kerana ia lebih menjimatkan ..memang penat sedikit tetapi mahal harganya … saya masih ingat kak saya memakai pampers utk anak nya tetapi ada waktu … waktu hendak tidur (supaya tidur tidak terganggu) atau ingin jalan-jalan … jika dirumah anak nya masih memakai lampin .
RM0.50 sehelai = 1 hari 6 keping (min) = RM3.00x30 hari = RM90 ringgit x 5 tahun (sampai bayi pandai kencing sendiri) = RM5400 ..nampak betapa mahalnya .. masukkan duit itu utk insurance pendidikan lagi bagus.
Tanam sendiri
Saya tinggal di rumah burung merpati .. tapi saya masih menanam kunyit, cili padi, pokok limau purut, daun kari …kalau boleh tanam pisang pun saya tanam … heheheeheh
Tumbuhan ini nama murah tapi sebenarnya mahal .. lagi pun kita bukan pakai banyak .. dan lebih segar kalau kita petik dari kebun kita sendiri kan dan apabila pulang ke kampung (nasib lah kampung saya dekat ) ibu mertua saya akan bungkus kan saya limau nipis, limau kasturi, serai, pisang, labu, kelapa , daun pisang dan beberapa lagi sayuran seperti terung & kobis (tengok musim lah) .. ianya memang menjimatkan wang dapur saya kerana saya cuma perlu beli barang mentah saja. Hooo ibu mertua saya juga menternak ayam kampung .. so telur dan ayam tidak payah beli … jimat bukan (tu pasal saya selalu balik kampung … ambil bahan mentah).
Kurang kan bershopping, berout ting, bercuti
Memang saya kurang kan aktiviti membuang duit seperti menonton wayang, bershopping, berout ting or bercuti cuti malaysia … kerana sekarang bukan masa berlibur …sekarang masa mencari duit. Saya Cuma pergi bercuti jika itu FREE… kekadang saya menang pertandingan … dapat lah saya melancung sekali atau menonton sekali sekala atau orang kaya belanja saya …
Cuba guna benda secara free
Sebenarnya banyak benda utk diri kita boleh didapati secara percuma sebagai contoh gunalah internat di office(Percuma), melancung (percuma) , bershopping dari kupon diskaun , apa lagi hek … kalau gian sangat nak pergi berlibur … cari tempat yang dekat dengan rumah sedara or kawan kawan .. boleh tumpang rumah mereka hahahhahaha… kurangkan pembelian majalah ataupun surat khbar .. baca dari internat… pijam dari rakan. Jika ingin membaca buku … cari di internat atau pergi ke perpusatakan (anda tidak percaya , melihat betapa ramai org cina yang membaca majalah secara percuma di perpusatakan negara). Apa lagi hek … apa yang penting .. gunakan krativiti anda.
Membeli apabila jualan murah
Saya bukan menyuruh anda menjadi kedekut, anda boleh membeli belah … tunggu sales atau bila barang itu betul-betul diperlukan …barang yang mahal bukan pada harganya tetapi pada reka-bentuk dan citarasa. Oleh itu belajarlah mempunyai cita rasa yang tinggi pada harga yang murah.
Lakukan Sendiri
Jika anda seorang yang suka ke salon … apa kata anda buat sendiri … belajar cara utk buat facial sendiri, mandi lulur sendiri dan berbagai lagi … ia akan memgembukkan poket anda … percaya lah ..
Belajar memasak akan menjadi kan anda mempunyai kemahiran dan meng add-value anda … anda bukan saja menjimatkan duit anda tetapi akan menjadi kesayangan suami dan ibu mertua.
Belajar menjahit jua boleh membuat mengembukkan poket anda … bayang kan jika anda boleh menjahit langsir &baju kurung dan cadar… at least utk diri kita sendiri … bagus bukan …
No comments:
Post a Comment