Duniaku semakin menyesakkan, dari segala segi..kewangan, pekerjaan, kehidupan, persahabatan, kasih-sayang dan kekeluargaan. semuanya menuntut kesabaran ditahap maksimum maka kadang kala aku merasakan aku ibarat lilin yang terbakar...
Malam tadi aku bermimpikan arwah ibu dan keluarga dikampung ..aneh bukan, mimpi tentang air (mungkin rezeki dah nak sampai) ya sekarang kerana bulan syabaan sudah menjelma,itu tandanya kenduri arwah perlu dilakukan (aku tidak cukup fulus, tenaga dan masa).
Pekerjaan baruku memang ditahap kesialan...tidak usah diperkatakan merimaskan dan memualkan. Masih ada lagi manusia yang tahap pemikiran zaman tok kaduk.."master" & "servent". Padanlah orang melayu susah nak kaya dan senang nak jatuh terlingkup.
Persahabatan ...sumpah aku tidak akan percaya pada makhluk bernama manusia yang berbinkan melayu dari utara disebelah timur yang ingin menjalinkan persahabatan. biarlah aku berkawan dengan beruk dan ungka ianya lebih mengembirakan. Sudah ku kenal hati budi mereka kini. Kawan makan kawan hidupnya tidak akan lama..
Kuliah ku saja yang mengembirakan buat ketika ini..dan tok... bercerita tentang tok terlalu awal untuk merinduinya..baru 2 minggu tidak bertentang mata dan agak tidak molek untuk menjenguknya ketika ini. ayah ku juga kini membakar diri seperti aku.
Kadang kala aku merasakan Tuhan semacam tidak adil kepada ku ... nende, ibu dan ayah telah dipanggil. Cuma yang tinggal suami dan tok ... kini dia tidak cukup waktu untuk puterinya. perhatian suamiku juga tidak seratus peratus kepada ku... beliau juga punya tanggung jawab ..ibu ayah dan kak termasuk abang nya...semuanya menuntut perhatian dari nya. tinggallah aku terkapai-kapai dahagakan perhatian ..tamak kah aku?
::AKU INGIN BERTANYA::
tuhan
ingin aku bertanya
bilakah aku akan menikmati
kasih itu
kerna
aku tidak pernah mendapat
menghirup puas
nikmat itu
tuhan
ingin aku bertanya
mengapa mentari dan purnama
seakan kelam ketika ini
sinarnya muram berbalam
tuhan
ingin aku bertanya
mengapa burung dan unggas
telah berhenti menyanyi
tida sudah muzik alam
kelam membisu
tuhan
ingin aku bertanya
mengapa ombak dan angin
sudah berhenti berbuai
kaku dan bisu
akhirnya
tuhan
aku ingin bertanya
kepada mu tuhanku
sampai bilakah ianya akan
berakhir
kerana ini semua begitu
menyesakan rongga hempeduku
No comments:
Post a Comment