Friday, October 14, 2005

TAKE A BREAK III

Semalam saya gi memancing ikan di sekitar kl (pi interview lah nie), rasa-rasanya macam boleh dapat tapi tengok lah semuanya dengan ketentuaan Allah jua. Kadang kala saya rasa antara keje dan duduk rumah lagi penat duduk rumah. Mengemas, masak, membaca, gi interview amat memenatkan, terkejar sana dan sini belum lagi nak buat amal ibadat yang tak seberapa nie. Ramai yang telah mula menengor bahawa saya dah kurussssssss …yezaaaa!!! … Mahu tahu rahsia kurus saya ?? ianya bukan kerana terletak pada puasa tapi mungkin dok risau tak de keje dan terlalu penat menelah dan berbagai lagi …. Semalam saya teringin nak makan nasi lemak buah bidara maka saya menanaknya sendiri, lawannya telur rebus dan sambal kepah dan lebihan rendang daging tempoh hari dan hari ini pula saya kepingin untuk menjamah keh tiew goreng kerang dan pengat pisang (saya memang gila kan buah pisang – tak tahu mengapa)- terasa macam mengandung pulak mengidam tak tentu pasal. Esok, saya akan berbuka bersama-sama keluarga saya di Cheras rumah Kak Wie, Kak Long dari Bangsar, Intan (adik bongsu saya) & Bang Din dari Port Dickson dan Hanim (anak buah pertama) dari UKM akan menuju kesatu arah …. Seronak ya !!! Sebenarnya dah lama family saya tak berkumpul and I really looking forward on this event, berkumpul, makan bersama bergurau dengan anak buah yang dah besar-besar (takut mereka tak kenai lagi makcik ela yang cun melecun nie) akan mengubati kerinduan saya pada arwah ayah dan ibu. Mungkin jika ada masa minggu depan saya dan suami akan pulang ke jelebu pula untuk berbuka bersama-sama dengan keluarga suami. Sebenarnya saya telah mempunyai aturcara berbuka bersama rakan-rakan pengajian di Sheraton Subang tetapi apabila Kak Long menelephon menyatakan hasrat ingin berbuka seluruh keluarga, saya tanpa berfikir panjang telah membatalkan aturjanji saya untuk berbuka bersama rakan-rakan – maaf ya. Entah mengapa hati menjadi sayu dan lembut pabila kak long kepingin benar untuk bersama keluarga …saya tahu selama ini saya bukanlah adik yang baik kepadanya dan mungkin permintaan beliau yang tidak seberapa ini saya perlu penuhi…bak kata orang tua … secair mana darah kita mereka tetap darah kita…kawan beribu boleh dicari tapi sedara sebau bacang tak kan dapat dicari ganti.

Saya telah mula memikirkan apa menu untuk hari raya kali ini … tahun ini saya akan beraya sendirian bersama suami di Kuala Lumpur. Mungkin saya akan memasak rendang, nasi impit, kuah kacang dan nasi brani. Kuih dah di oder (saya tak pandai buat kuih …. Tak reti dan malas pada keje yg remeh temeh ini.. J) Barangan untuk membuat arca buah telah dibeli mungkin ahad ini akan saya menumis acra buah resepi keluarga… kata orang arca lama diperap lagi sedap… huhuu kerisik mungkin malam sabtu akan saya goreng dan tumbuk … bukan apa takut nanti tak sempat nak buat, takut jadi macam tahun lepas, sampai kepagi pagi tak tido … yalah saya niekan seorang diri tak de anak tak de sedara nak membantu …

Sepuluh yang lalu saya terpaksa menerima hakikat yang ayah tidak akan memasak brani setiap kali puasa menjelang tiba…3 tahun yang lepas saya terpaksa menerima hakikat bahawa ibu tidak akan bersama setiap kali takbir menjelang dan kini saya kehilangan seorang lagi yang begitu dekat dengan saya. Sudah 2 tahun Tok menemani saya setiap kali berpuasa ..ianya semacam mengubati kerinduan saya terhadap ibu dan ayah tapi kini saya terpaksa menerima hakikat bahawa setiap yang datang pasti pergi … Mungkin kini saya terpaksa belajar untuk tidak menyanyangi Tok sepenuh jiwa dan raga . Sudah hampir 3 bulan saya tidak mendengar khabar berita tentang Tok dan setiap kali angin timur dari banjaran datang menyapa di kamar , saya menjadi sayu, merindui tok amat menyakitkan, tidak sama perasaan ketiadaan ayah dan ibu kerana saya boleh menerima hakikat yang mereka telah pergi kesatu tempat yang lebih mendamaikan tapi tok entah hidup atau mati…bertapakah dia atau dikurung oleh jin-jin yang terlupa dipasong oleh sangkala?? Cuma kini saya berdoa agar Tok segera terlepas dari kurungan kerana anak gadisnya terlalu merindunya… “Duhai bayu, sampaikan pesan buatku..nyatakan betapa pilu, perpisahan yang telah ku redahi ini …..”

No comments: