Monday, November 07, 2005

::HARI RAYA …

Akhirnya tuhan mengabulkan segala permintaan saya …segalanya yang saya pinta tertunai akhirnya … Tahun ini tahun yang paling bahagia bagi saya… Tok bersama kami beraya bersama dikuala lumpur, kawan baik saya bagi pinjam kereta maka dapat lah saya pulang mengziarahi pusara kedua ibu bapa saya di Port Dickson…singgah sebentar menyedekahkan doa diPusara Raja Melewar dan Raja Jumaat amat membahagiakan saya.

Tahun ini Tok inginkan redang kerbau … nasib baik di pasar chow kit ada menjual daging kerbau, tak lah saya terpaksa naik hingga ke Raub agar dapat dibuat rendang (kerbau dan minang terlalu sebati) … inilah kali pertama saya masak rendang kerbau, baru lah saya tahu betapa enaknya dagingnya berbanding dengan daging lembu …mungkin selepas ini saya akan gantikan daging lembu kepada daging kerabu untuk dijadikan menu setiap tahun …

Tahun nie saya menjadi chef … rendang minang , rendang kerbau, kuah kacang dan ketupat menjadi taruhan dipagi raya ..nasib semua nya ok tak termasin tak terpahit…malamnya pula saya membuat nasi brani (baru cuba-cuba), udang masak merah, dalca, ayam goreng mamak dan acra buah … hebat bukan…hehehehehehe

Selepas sembahyang hari raya kami pergi menzirahi pusara Pak Ali, ayah angkat Tok dibatu 16 Selayang … raya betul orang dikuburan seperti pesta lagaknya dan bauan rampai harum semerbak memenuhi disetiap sudut kawasaan itu …sungguh mendamaikan ..bacaan yassin tidak berhenti-henti kerana terlalu ramai orang yang membaca…. Saya begitu sayu …

Kemudian kami singgah di rumah arwah Pak Ali melihat anak-anaknya untuk seketika ..kemudian Tok ajak saya ke rumah beberapa orang anak angkat nyer disekitar Kota.. seronok juga rupanya beraya disini … jalan agak lengang memudahkan perjalanan kami . Selepas itu makan malam bermenukan brani, hampir jam 10 malam, kami meneruskan perjalanan kami ke nun disebuah kampung di tengah banjaran titiwangsa … tok ingin pulang kesana untuk beraya dipuncak banjaran buat seketika dan itulah janjinya berkongsi kasih maka saya terpaksa pandai membawa diri dan tidak boleh tamak untukl tidak membolot kasih tok seorang diri …

Keesokannya pagi kami pulang ke Jelebu …singgah sebentar di pusara wan sebelum kami pulang kerumah. Entah mengapa saya ingin ke Kubur Moyang Salleh utk seketika…kuburnya terlalu semak dan semakin dilupai …membuatkan saya menjadi hiba … jasanya tidak boleh dipertikaikan tetapi ianya tidak diendahkan oleh kaumnya sendiri… kalau Moyang Salleh yang begitu agung tidak diendahkan …bagaimana lah saya kelak nantinya…

Dikampung sudah ramai menunggu… sepupu sepapat semuanya menanti … bercerita sambil menjamu selera membuat kan saya terlupa seketika kesedihaan dikuburan. Seperti biasa saya dan suami berjalan satu kampung melawat sedara mara yang tua. Di petangnya pula kami membawa ibu dan ayah pergi melawat beberapa orang family di berlainan kampung … ayah terlalu gembira berjumpa dengan darah dagingnya … seharian dia tersenyum ..entah apa yang dikepalanya ..terlalu bahagia nampaknya dia.

Sabtu malam kami pulang ke Kota. Ahad saya turun ke Port Dickson kerana semua ahli keluarga berkumpul … seronok dikelilingi kakak, abang dan adik. Seronok melihat kerenah anak anak buah yang sudah membesar … kami makan makan sampai kemalam… jika arwah ibu ada ketika ini … dialah manusia yang paling bahagia …

No comments: