Wednesday, September 27, 2006

sirih pulang ke ganggang



saya pulang ke negeri dimana ayah, bonda dan saya dilahirkan ... pulang demi tugas ... ini lah kali pertama saya diarahkan bertugas di Melaka. Punya lah bangga konon-kononnya dapat menabur hikmat dan bakti disana... rupa-rupa nya hampeh ...
tak sangka betul mutu kerja mereka ... ya allah lembab nak mampus... 5 hari disana .. hanya tuhan je yang tahu betapa terseksanya saya .. saya ingin pulang ke kuala lumpur...segalanya lembab dan pelik dibumi melaka ... tak kira cina, keling mahupun melayu semua nya lembab dan kalut ...yang mereka tahu cuma DUIT DUIT DUIT DUIT , membodek, bercakap membangga diri (mungkin masih didlm mimpi yang mereka memimpin dunia)...dan berbagai ...
berbagai peristiwa disana .. telephone bimbit tahap zaman tok kaduk pun hilang (yang besar boleh baling anjing tu ...) services hotel yang lembab - bayang kan tak de org lain check in cuma kami berenam mereka mengambil masa hampir 2 jam ... tahap service di shooping complex yang lembab ... makanan di food court yg tak sedap langsung (nasib lauk asam pedas sedap di Jaya Jusco food court nya sedap....) Penghantaran bunga dilokasi yang lembab ... (bayangkan mereka datang 3 kali dlm masa sehari ... tapi tak jumpa dewan yang mana ... tolonggggggggggg ... nak tunggu saya turun ke melaka baru mereka tahu yang mana dewan nyer .... walaupun saya sudah memberi contact number kepada semua pihak ... tandas yang busuk ... harga barang yang sangat mahal ... makan yang tak sedap langsung ...

kini saya sedar bahawa saya bukan lagi anak melaka, saya malu dengan dengan bumi melaka, telah banyak tempat saya jelajahi, kelantan, terengganu, sarawak, pahang, selangor dan johor dan saya rasa melaka adalah negeri yang terakhir dlm list negeri maju... dan saya tidak dapat bayang kan bagai mana melaka mahu menjadi negeri maju pada 2010... cuma tinggal 4 tahun ... setakat bangunan yang canggih ... tak payahlah nak impikan negeri maju ... negeri maju bukan terletak kepada rumah, bangunan dan wang ... akan tetapi pada mutu kerja rakyatnya, keiklasan dan ketulusan pemerintahannya, pekerja dan rakyat yang punya nilai-nilai ihsan kelas pertama ... melaka perlu meniru nilai nilai masyarakat melayu kelantan ... ketahanan hidup dan cara mereka yang first class world mind ... kepada rakyat melaka ...bangun lah jika tidak anda akan ketinggalan ... anda tidak boleh bertatih dan bertongkat ... jika tidak ... bumi melaka tidak akan bangun lagi seperti 600 tahun yang lalu ...

Friday, September 22, 2006

sinar harapan...

Diharap dengan rampasan kuasa tentera di Thailand dapat membantu menyelesaikan sengketa di Patani. Taksin yang kita semua ketahui telah menggunakan dasar kekerasan, telah cuba menghapuskan gerakan Islam diselatan Thailand dengan cara yang amat kejam dan zalim dan yang Patani begitu arkab dng bangsa melayu dan ramai yang berpendapat konflik berdarah tidak akan dapat diselesaikan jika Taksin masih di tampuk kekuasaan.
Beberapa pemimpin dari kumpulan Islam di Thailand telah menyambut baik tindakan Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang juga seorang muslim pertama yg menjawati jawatan tertinggi dlm pasukan tentera di Thailand berharap dengan kepimpinan beliau, selatan thailand dapat mendirikan sebuah negara Islam yang merdeka.
Lukman B.Lima, yang hidup dalam buangan di Sweden ialah Naib Presiden Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani berkata bahawa Sonthi sebagai satu-satunya pemimpin yang memahami masalah sebenar di wilayah majoriti Islam di selatan Thai.
Dengan ini cahaya dan sinar keislaman akan terus tegak dibumi Thailand ... berita gembira untuk semua pejuang islam dan bangsa melayu... Hizubulllah telah menang dan kini di Thailand ... semoga banyak lagi negara sekular akan tumbang rebah ketangan islam sebenar.... Setahun lalu kita bersedih dengan kematian para pejuang kita di patani dibunuh bagaikan ayam dan ikan... setahun lalu kita bersedih dengan terjatuhnya bumi iraq ditangan barat ... wanita islam dirogol tanpa rasa takut dan malu...pejuang kita rebah dan islam dimalukan ... tapi akhirnya darah yang mengalir kebumi dan kesensaraan mereka berbalas ... islam semakin segar... umat nya bangun atas nama kemanusian, atas nama keadilanan.... dan inilah buah kemanisannya ...
Sebenarnya teknik ketenteraan umat islam lebih advance dari yahudi ... kami tidak bermengah-mengah dan menjatuhkan sesebuah kerajaan yang dajal dengan begitu aman dan damai ... tidak ada peperangan ... kami bangsa melayu islam tidak pernah dan tidak mahu berperang ... jika kami dikuit dan dicabul barulah kami bangun memborontak ... dan ini lah hasilnya ...
Kepada pemimpin di yang masih dibuai mimpi mengikut telunjuk barat dan yahudi berhati-hati kerana kami bangsa islam akan bergabung dan memperjuangan kan apa yang kami pegang ... dan impian kami untuk melihat bendera hitam di timur sudah nampak bayangan dan impian kami untuk melihat tertegaknya melayu raya sudah dalam bayangan ... bangun lah bangsa ku ... kita diri kan MELAYU RAYA yang pernah satu dulu memerintah dunia ini...

selamat hari jadi sayangku

.
Hari ini suami saya tua setahun lagi ... sudah 8 tahun bersama dengan beliau, susah senang bersama.... tahun ini tidak ada sambutan dengan tiupan lilin (memang tak pernah buat pun...) cuma mungkin malam ini kami akan pergi makan-makan ala-ala candle light dinner digerai mamak :))... suami ku suka pada kesederhanan ... Tahun ini ada hadiah untuk nya kerana budget ada lebih sikit (tanda terima kasih atas segala pengorbanannya terhadap aku ) mula pening jugak tak tahu nak belikan apa kerana aku bukan jenis yang romanitka ... pusing punya pusing, cari punya cari dapat lah idea .... kerana dompet nya dah koyak rabak ... maka ku belikan yang baru agar nanti lebih banyak duit boleh disimpan ... dan boleh lah belanja kat kita yang serba kekurangan ini... :))
Sebenarnya jarang benar kami menyambuat hari jadi, suami dan aku bukan datang dari keluarga yang menjadikan hari jadi sebagai hari kebesaran ... cuma dua tiga tahun nie je aku meraikannya, saja saja utk pengikat kasih - 3 tahun yang lepas aku buat superise party untuk nyer, jemput semua rakan-rakan lama beliau di rumah ... makan-makan sambil potong buah. Suka betul dia ... Tahun lepas aku beli kek cokelat kesukaannya ... kami makan berdua ... dan sehingga kini kalau lalu atau ternampak iklan kek cokelat di kaca tv mesti dia akan teringat kek yang lazat itu ...
Hari ini, aku belanja ... a) makan di kedai b) kek cokelat kesukaannya c) hadiah ... tanda kasih dan sayang ku terhadapnya ... cukuplah tu ...
..
Suami ku yang aku kenal adalah seorang yang peyabar, peyantun, bersuara lembut dan sangat setia. Tidak seperti aku, kasar dan agrasif sifatku, walaupun dia lembut tapi barang peribadinya cepat ranap seperti hand setsnya perlu ditukar setiap tahun, jam tangannya mudah putus dan berbagai lagi tak seperti aku ... kadang kala aku sering bergurau mengatakan kami sebenarnya ditubuh yang salah ... dia sepatutnya didalam tubuh ku dan aku sebaliknya ... Suami ku tidak merokok tetapi suka makan jajan. Makanan kesuakaan nya adalah cokelat tak kira apa asalkan letak cokelat dia suka , roti dan daging salai masak lomak... Dia tak makan pedas, tak suka pada buah dan sayur (tipikal budak lelaki...). Suami ku seorang yang home type people ... dia tak suka keluar merewang atau lepak lepak di kedai kopi, tepi-tepi jalan mahupun di lounge hotel, bar-bar...cuma dia suka berkaroke bersama rakan-rakannya. Dia boleh memerap didalam rumah selama 48jam bersama makanan, komputer, games, cd, majalah kartun dan tv ...
Masa baru kawin dulu terkejut jugak ... aku jenis yang suka membaca buku buku berat, nonton cerita berat dan suka bergaul dng berbagai bangsa dan budaya, menonton drama dan berita jam 8 adalah makanan harian ku dan tiba-tiba kena tengok kartun doremon atau membaca komik ujang ... membuat aku lemas ... apatah lagi setiap hujung minggu terpaksa terperap didalam rumah kerana beliau ingin bersendirian ... tapi lama kelamaan ... kami cuba mengambil jalan tengah ... syukur sekarang ini aku juga terikut utk bersendirian dirumah ... dan dia sudah mula berbincang perkara yg serius .... dia mula bergaul dng budaya yang berlainan.. makan makanan yang baru dan boleh menerima konsep kehidupanan ku ...

Thursday, September 21, 2006

hari yg indah

::Lela::
dua dari kanan
-I-
ayah...
jika kau ada ketika ini tentu kau akan bahagia
bonda...
jika kau disisi ku ketika ini tentu kau akan gembira
melihat aku ketika ini
Ini janji yang telah ku tunaikan 20 tahun yang lalu kepada kamu berdua ...
kanda...
terima kasih atas segala pengorbananmu
mas & renee...
jasa mu tak terbalas ... cuma allah saja yang akan membalasnya ...

::pre-convo get to gether gether ::
terima kasih mas atas kek yang comei dah sedap ....


ini saat yang ditunggu tunggu ... mungkin bagi sesetengah pihak ada yang mencebik... dah tua tua baru dapat diploma ... dah nak menunjuk nunjuk ... berjuta warga sudah mendapatkan nya ... apa lah sangat ... tapi bagi saya ini adalah impian semenjak saya menjejakkan kaki di sekolah lagi ... ini impian ayah dan ibu ... tapi malang saya terlewat kerana keadaan.. dengan kewangaan yang cukup-cukup dan masa yang tidak menentu akhirnya saya gagah kan jua ... dan kalau bukan kerana sokongan suami, mas dan renee mungkin saya belum lagi merasa memakai jubah sebegini...ini bukan akhir perjalanan saya ... ini cuma permulaan... saya perlu berlari mengejar masa ... yalah org lain umur seperti saya sudah ada sekurang-kurang nyer master ... tapi tak pelah mungkin rezeki saya ... saya akan cuba dan cuba dan cuba ... sehingga kehujung nyawa ... moga apa yang saya lakukan ini akan diberkati yang ESA ...


Saturday, September 02, 2006

BELASUNGKAWA

Al-Fatihah
Pergi mu tiada gantinya...
seribu pejuang tidak dapat mengantikan perjuanganmu
Wangimu jasamu semerbak seluruh nusantara
putih perjuanganmu seputih kemboja.

dikala kita meraikan kemerdekan 49th, seorang lagi pejuang yang tidak bernama pergi meninggalkan kita... beliau seorang yang terlalu banyak jasa kepada bangsa tetapi sedihnya negara dan pemimpin tidak pernah menghargai perjuangan beliau. Jika tidak kerana beliau, shamsiah fekah dan rejim 10 PKM... kita tidak akan merasai bau udara kemerdekaan ketika ini... dan mungkin kita masih dibawah takluk Britih...
Dia tidak pernah mengharap pangkat dan nama, beliau tidak pernah mengharap harta dan jasa... yang pernah beliau inginkan cuma ... ingin menghirup udara merdeka diMalaya...