.
Hari ini suami saya tua setahun lagi ... sudah 8 tahun bersama dengan beliau, susah senang bersama.... tahun ini tidak ada sambutan dengan tiupan lilin (memang tak pernah buat pun...) cuma mungkin malam ini kami akan pergi makan-makan ala-ala candle light dinner digerai mamak :))... suami ku suka pada kesederhanan ... Tahun ini ada hadiah untuk nya kerana budget ada lebih sikit (tanda terima kasih atas segala pengorbanannya terhadap aku ) mula pening jugak tak tahu nak belikan apa kerana aku bukan jenis yang romanitka ... pusing punya pusing, cari punya cari dapat lah idea .... kerana dompet nya dah koyak rabak ... maka ku belikan yang baru agar nanti lebih banyak duit boleh disimpan ... dan boleh lah belanja kat kita yang serba kekurangan ini... :))
Sebenarnya jarang benar kami menyambuat hari jadi, suami dan aku bukan datang dari keluarga yang menjadikan hari jadi sebagai hari kebesaran ... cuma dua tiga tahun nie je aku meraikannya, saja saja utk pengikat kasih - 3 tahun yang lepas aku buat superise party untuk nyer, jemput semua rakan-rakan lama beliau di rumah ... makan-makan sambil potong buah. Suka betul dia ... Tahun lepas aku beli kek cokelat kesukaannya ... kami makan berdua ... dan sehingga kini kalau lalu atau ternampak iklan kek cokelat di kaca tv mesti dia akan teringat kek yang lazat itu ...
Hari ini, aku belanja ... a) makan di kedai b) kek cokelat kesukaannya c) hadiah ... tanda kasih dan sayang ku terhadapnya ... cukuplah tu ...
..
Suami ku yang aku kenal adalah seorang yang peyabar, peyantun, bersuara lembut dan sangat setia. Tidak seperti aku, kasar dan agrasif sifatku, walaupun dia lembut tapi barang peribadinya cepat ranap seperti hand setsnya perlu ditukar setiap tahun, jam tangannya mudah putus dan berbagai lagi tak seperti aku ... kadang kala aku sering bergurau mengatakan kami sebenarnya ditubuh yang salah ... dia sepatutnya didalam tubuh ku dan aku sebaliknya ... Suami ku tidak merokok tetapi suka makan jajan. Makanan kesuakaan nya adalah cokelat tak kira apa asalkan letak cokelat dia suka , roti dan daging salai masak lomak... Dia tak makan pedas, tak suka pada buah dan sayur (tipikal budak lelaki...). Suami ku seorang yang home type people ... dia tak suka keluar merewang atau lepak lepak di kedai kopi, tepi-tepi jalan mahupun di lounge hotel, bar-bar...cuma dia suka berkaroke bersama rakan-rakannya. Dia boleh memerap didalam rumah selama 48jam bersama makanan, komputer, games, cd, majalah kartun dan tv ...
Masa baru kawin dulu terkejut jugak ... aku jenis yang suka membaca buku buku berat, nonton cerita berat dan suka bergaul dng berbagai bangsa dan budaya, menonton drama dan berita jam 8 adalah makanan harian ku dan tiba-tiba kena tengok kartun doremon atau membaca komik ujang ... membuat aku lemas ... apatah lagi setiap hujung minggu terpaksa terperap didalam rumah kerana beliau ingin bersendirian ... tapi lama kelamaan ... kami cuba mengambil jalan tengah ... syukur sekarang ini aku juga terikut utk bersendirian dirumah ... dan dia sudah mula berbincang perkara yg serius .... dia mula bergaul dng budaya yang berlainan.. makan makanan yang baru dan boleh menerima konsep kehidupanan ku ...
No comments:
Post a Comment