entah mengapa pulang saja ke kampung halaman (tidak kira disebelah ayah mahupun ibu ) hati saya akan terguris dan berbulan-bulan mood saya tidak baik. Saya cuba tidak mahu pulang tapi ianya seakan meronta-ronta untuk menjengah dan menghirup bau udara dimana saya dibesarkan.
Hari ini saya mengambil cuti .. pulang ke Melaka kerana ingin menguruskan hal ehwal keluarga . Pulang ke kampung halaman dimana saya dan keturunan saya dilahirkan membuat saya rindu dibumi melaka. tetapi kerinduaan saya tidak berbalas... mungkin saya rindu kepada yang telah tiada... maka saya perlu belajar untuk menjadi jiwa yang kental tidak goyah dengan apa juga keadaan.
Tetapi tuhan itu maha penyayang, maha kasih dan maha pemurah. Dia memberi saya suami yang sangat baik dan memahami diri saya, tempat saya bermanja dan tempat berteduh. Walaupun saya tidak punya ayah dan ibu untuk bermanja ... saya mempunyai suami, sahabat dan jiran yang sangat memahami. Saya cuba melihat hijau di padang yang saya berlari ... cuba dan cuba dan cuba...
ah kita lupakan kisah sedih... suami bawa saya ke IKEA .. ya pi shopping shopping menghiburkan hati yang lara. Minggu lalu sebuk betul pasal buku Harry Potter - Book 7. entah apa yang sedapnya sehingga berjuta-juta sudah terlanggan. Maka saya pun tak nak ketinggalan lah kononnya ... oleh kerana si penulis sudah kaya raya saya pun baca buku buku nya melalui e-book... free . tapi jangan tak percaya saya bukan baca buku yang ke-7 tapi buku yang PERTAMA ... hahahahhaha betul betul saya sudah ketinggalan keretapi... so this weekends saya cuba habiskan book 1 & 2 .. Boleh? hahahhahahahaha
Niat hati nak jadi penulis yang terkenal ... tapi setakat berangan je ... mana boleh kan ... action a must to makes our dream become reality ... setakat berangan tanpa usaha itu angan angan si-jenin. last week saya ke MPH membeli kamus ... ha ha ha ya jangan tak percaya selama nie dari tadika hingga ke tingkatan lima - lela tak ada kamus (padan lah tak pandai) umur dah mencecah 30 dekad baru ada kamus peribadi ... salah satu sebabnya mahal....nampaknya bulan depan kena beli kamus lagi ... bm - bi lah pulak ... huhuuuhuuhuuuu nasib badan lah
No comments:
Post a Comment