Lela sudah disahkan sebagai penghidap kencing manis tahap 2. Kalau dulu lela cuba tidak memperdulikan nyer walaupun lela tahu lela adalah pengidap tegar kerana keturunan lela sudah sebati dengan penyakit tersebut. Cuma lela tak boleh terima lela mengidap penyakit ini terlalu awal. Emak lela mengidap kencing manis ketika 40an, nenek lela masuk 60an dan lela pulak diawal 30an...
Bila tabib (doktor) bagi tahu tahap kesihatan lela ... lela rasa macam hidup lela akan berakhir... yalah lela terkenang bagai mana seksanya ibu merana dek penyakit tersebut. Lela tak dapat bayang kan kalau kaki lela kena potong. Penyakit Kencing manis boleh lah kita ibaratkan sebagai ibu kepada segala penyakit. Bila kita kena serang kencing manis ianya datang dengan full package darah tinggi, jantung, obesiti dan kegagalan buah pinggang untuk berfungsi. Belum lagi kesan kesan yang lain seperti lemah tidak bermaya, kulit menjadi sensitip seperti gatal gatal di kaki dan kemaluan, keluar bisul disana sini dan jerawat yang jenis teruk (bernanah) di muka.
Bila tabib professional menyuruh lela start on medication, air mata meleleh dengan sendirinya... yalah kalau boleh lela tak nak makan ubat sebab lela rasa bila dah makan ubat nanti lela akan bergantung terus sampai tua ... lela tak nak jadi macam mak lela, lela tak nak merana macam makcik makcik lela... hampir sebulan lela duduk termenung ... mengenangkan nasib .
Sebulan yang lepas lela menghadiri sessi kauselling bersama puan tabib yang didatangkan khas dari benua kelinga untuk bercerita tentang perasaan dan tekanan yang lela hadapi dan nasiblah puan tabib yang bersesi dengan lela agak memahami keadaan yang lela alami (berpijak dibumi yang nyata).
Katanya "penyakit ini sudah seperti sakit kepala- semua orang sudah menghidapinya cuma lambat dan cepat" membuat lela ketawa sendirian.
Katanya lagi " penyakit ini sedang merebak seperti barah.. so bukan lela saja yang ada ... semua orang akan ada terutama dimalaysia kerana gaya hidup dan cara pemakanan" membuat lela bertambah pening.
Tapi hati lela lega sedikit apabila tabib muda itu mengaku bahawa dia juga penghidap kencing manis tahap 2. So atleast penyakit ini tak mengenal sesiapa walaupun sang tabib yang bijaksana. hhahahahahhahahahahahhahaha
Jangan macam tabib dari Malaysia, dia punya nasihat cukup best ... "penyakit u memang tak boleh pulih salah salah cepat kojol kalau makan ubat doktor so i saran kan beli product mlm ini tapi i tak leh jual kat kelinik nanti i call u jumpa kat rumah. " Boleh??? naik pening kepala lela yang menang sudah keneneng ini. Betullah orang malaysia memang fikir RM RM RM
Puan tabib cakap simple je ... "makan ubat, jaga pemakanan, buat senaman dan live a fully life" katanya lagi "Life have to goes on ... kencing manis bukan satu tanda kita perlu berhenti dari menikmati kehidupan" .
Dan setelah 3 bulan mengambil ubat secara konsistan ... kesihatan lela semakin baik... dan hidup semakin ceria. Kalau dulu susah betul nak pergi kerja sebab kesukaran nak bangun tidur ... dimalam hari lela akan mengalami hot flush ... kipas dan air con kena bukak full force kalau tak tubuh lela akan basah kuyup dan kadang kala lela akan bangun malam mandi 2 hingga ke 3 kali kerana terlalu panas belum lagi setiap 2 jam bangun terkencing ... bila dah kencing susah nak tidur. Bolehlah anda bayangkan kalau dah setiap dua tiga jam bangun macam mana nak bangun awal... dah pukul empat pagi baru boleh lelap lepas tu pukul 7 dah kena bangun untuk ke pejabat. Maka lela mengalami berbagai masalah di tempat kerja seperti datang lambat, tidak aktif dan mudah marah dan cepat mengantuk. Ini belum cerita problem obisiti, kalau bab makan mesti nak yang manis manis mungkin sebab gula tak dapat di proses dan cepat merasa lapar ... kalau lapar mesti nak cari Nasi Nasi Nasi ... satu hari boleh makan 5 kali menu nasi.
Problem yang paling merana sekali, kulit menjadi sangat sensitip (keluar bisul dan ruam ruam merah ) tak boleh salah sikit dan muka ditumbuhi jerawat yang bernanah. Kena gigit nyamuk dah boleh bernanah. Kalau luka berhari hari baru nak baik ...kulit menjadi cepat kering terutama di bahagian kuku ... cepat kena kulat air . Tumit kaki pecah pecah sampai rekaannya akan mengeluarkan darah dan nanah. begitu juga dengan gigi yang cepat rapuh, rambut yang mudah gugur - sikat je segemggam gugur - sampai hampir botak satu ketika dulu. Itu lah antara tanda tanda / kesan yang lela alami selama hampir 10 tahun. Tapi kini syukur ... tanda tanda tersebut semua nyer hilang dengan sendirinya apabila lela sudah mula mengambil ubat secara teratur. kalau boleh lela tak nak bergantung selama-lama dengan ubat ... kalau boleh lela nak bebas dari ubat ... tapi nampak nyer hidup lela lebih bermakna dengan mengambil ubat ubatan ini...
Dan inilah adalah list ubat-ubatan yang lela ambil : - Glucophage 850mg, Glenix Glimepiride 2mg, Renitec 20mg, Lipitor 10mg, Kos bulan = RM400
Nasib lah ubat-ubatan ini ditaja oleh syarikat kalau tak entah macam mana saya nak mengcekau duit sebanyak tu... sama harga bayaran ansuran sebiji kancil!!!!
READ : WORLD DIABETES DAY
No comments:
Post a Comment