Sunday, January 27, 2008

CORET CORET DI TERLALU ISTEMEWA ROAD TOUR - PERLIS





25/01/08 - Jumaat

Bas ditempah khas dijadualkan bergerak pada pukul 8.30 mlm akan tetapi biasalah what we can said on hari Jumaat petang yang kini hampir setiap hari hujan menyirami bumi membuatkan ramai yang kelewatan. Kesesakan dan hujan membuat kami cuma dapat bergerak pada jam 9.30 malam dari Kuala Lumpur. Perjalanan yang diiringi dengan bacaan doa dari tok imam Deebers memohon agar kami selamat pergi dan selamat pulang - macam nak pi perang lah pulak. Dan ketika dalam perjalanan kami mendapat berita dari Plusliner bahawa ada kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan dan kesesakan telah melarat ke Bukit Beruntung. Jurumudi kami yang sungguh professionl telah menukar haluan perjalanan dengan mengambil jalan alternative melalui jalan lama di Rawang dan keluar kembali di Tanjung Malim.

Didalam bas sesi ice-breaking pun bermula... Pengacaranya adalah cik nizam dan cik haris yang membuat kami para penumpang tak kering gusi dan mata terbuka terus sehingga ke kuala perlis ... bukan senang nak jadi pengacara untuk 8 jam tanpa henti, dan yang pasti Jurumudi kami sentiasa segar dan bugar.

Kami sampai di Kuala Pperlis jam 5 pagi. Disebabkan tidak cukup tido di dalam bas, masuk bilik terus kejang!!... saya berkongsi bilik bersama Adik Mimi yang berasal dari Sarawak. Orangnya comel dan manja sekali. Mungkin kerana berpindah dikatil yang baru membuat saya tidak selena seperti dirumah ... sekejap sekejap terjaga dan terganggu kerana beberapa deringan telephon dari rakan rakan deebers yang lain untuk mendapat kan beberapa informasi !!! Tolong saya bukan Customers Services Dept ... ada ke mereka tanya dimana nak makan ikan baqak??? pagi pagi buta ...heheheheheh dan saya bukan org Perlis!!! Tapi saya rasa dihargai, ya mereka mengingati saya... kerana kepenatan mungkin ( i'm too old for this late night thing) maka saya pun mencabut gegangan telephone !!! hahahahhaha!!

I feels that Deebers are always fit ... kami bangun jam 7.30 pagi untuk bersarapan di hotel kemudian disusuli dengan sesi berfoto di tepi pantai Kuala Perlis pun bermula !!! Saya yang masih mamai tidak dapat mengjoinkan diri kerana selepas bersarapan terus ke bilik untuk mengqadak tido semalam!!! (next trip i should sleep in the bas - so i have time to discovery places)

26/01/08 - Sabtu


Berkumpul pada jam 11.30 pagi di lobi hotel menuju ke rumah anak yatim di negeri Perlis Indra kayangan dan seperti biasa bila berkumpul Deebers suka bergambar ... sambil menunggu yang lain adegan adegan berfoto pun bermula... kami bergerak ke rumah anak yatim :-

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM PERLIS
Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah
Jejawi, 01000, Kangar, Perlis
Tel: 04-9761957


Pada mulanya aturcara yang dirancang adalah bersantai bersama kanak kanak ini akan tetapi berita kedatangan kami sudah sampai ke telinga isteri menteri besar perlis ... maka mak datin pun nak turun padang sekali (maybe dah nak election nie kan, dan ingat maybe deebers bawak wartawan sekali ) maka dari aktivti bersantai terus pertukar menjadi offical. Mungkin rezeki Adibah Noor yang ikhlas menderma, secara kebetulan para pelajar dari Univerisiti Islam Antarabangsa - Petaling Jaya Kampus sedang menjalankan program adik angkat bersama anak-anak dirumah ini... Ya as the said "The More The Marrier" maka kami pun menjemput adik adik dari UIA bersama-sama meraikan upacara yang tidak seberapa ini.

It so sweet anak-anak ini make an affort to sing and read poet to us as tetamu di rumah mereka. Kemudian sessi makan makan dan borak borak diselang seli sesi bergambar... lepas tu adibah menyanyikan beberapa buah lagu untuk adik adik yang menanti setia mendengar diselang selikan dengan beberapa nasihat agar dapat dijadikan pedoman di hari muka. Walaupun sessi bersama adik adik ini hanya seketika tetapi banyak yang dapat kami pelajari. It's like a searching soul for us. Antara sebab saya mengikuti program bersama Deebers ini adalah kerana saya ingin menyumbangkan sesuatu kepada komuniti. Yalah nak bergerak sendirian pasti tidak boleh maka dengan bergerak secara berkumpulan ianya impak nyer lebih besar dan banyak yang kita dapat pelajari.

Upacara selesai kira kira pukul 2 petang dan kami menuju ke Padang Besar untuk bershopping!!!! I have make my self clear ... i came for a mission of giving heart and helping so i wont shop till die ... saya cuma membeli sehelai baju untuk suami dan 3 kilo beras siam yang memang saya idamkan. Rasanya barang barang disana sama mahal seperti di Kuala Lumpur atau mungkin kerana mereka tahu kami dari KL maka disebelihnya kami !!!! Kami bertolak dari Padang Besar ke Kuala Lumpur pada jam 5 petang. Mungkin kerana agak penat dengan berbagai aktiviti dan air con bas yang sungguh menyamankan maka kami pun terlena. Sedar sedar dah sampai di Bukit Merah. Kami berhenti sebenar untuk makan dan membuang apa yang patut. Selepas makan semuanya dah naik semangat kembali ... bercerita dan mengusik membuat suasana begitu cepat terasa... sedar tak sedar we reach Kuala Lumpur pada jam 12.30 malam. Kami pulang dengan memori yang sungguh indah sekali dan destinasi selanjutnya pada bulan Febuary di Negeri Kedah Darul Iman.

TERLALU ISTIMEWA ROAD TOUR 2008-2009


Adibah Noor bersama Deebers akan mengadakan Road Tour - TERLALU ISTIMEWA di isepanjang tahun 2008 dan akan berakhir di pertengahan 2009. Adibah Noor akan memilih sebuah rumah pusat disetiap negeri diseluruh negara termasuk singapura dan brunei setiap bulan untuk diraikan disepanjang tahun 2008 dan akan berakhir pada pertengahan bulan 2009.

Idea untuk membuat Road Tour - "TERLALU ISTIMEWA" ini telah diilhamkan oleh seorang Deebers kepada Adibah dan rakan-rakan Debbers agar berganding bahu melawat sambil menderma kerumah anak anak yatim, OKU kerana ianya lebih bernilai dari membuat konsert bergerak di shopping complex dimana kita sama sama dapat menghiburkan kanak kanak yang kurang bernasib baik diseluruh negara termasuk Singapura dan Brunei. Ianya menepati hasrat Adibah Noor itu sendiri yang percaya bahawa kanak-kanak adalah insan yang sungguh istimewa dan pewaris dan pelapis yang perlu dijaga dan dihargai.

Antara jadual yang telah diatur sepanjang tahun

Januari 08- Perlis
Februari 08- Kedah
March 08- Pulau Pinang
April 08- Perak
May 08- Selangor
Jun 08- Kuala Lumpur
Julai 08- Negeri Sembilan
August 08- Melaka
September 08- Johor
October 08- Pahang
November 08- Terengganu
Disember 08- Kelantan
January 08- Sarawak
Febuary 08- Sabah
Mac 08- Brunei
April 08- Singapura
May 08- Christmas Island, Australia

Disebabkan saya juga meminati kerja-kerja amal seperti ini, maka saya pun meng-joinkan diri untuk bersama-sama Kak Dib dan sahabat didalam Deebers kerana bagi saya untuk membuat kerja kerja amal ini kita perlu lakukan secara berkumpulan ... nak buat seorang diri memang tak mampu lagi ... dan saya sungguh berbangga dengan usaha yang telah dilakukan oleh beliau kerana segala kos dan aktiviti ditanggung oleh Adib tanpa ada pihak penaja . Pihak Deebers hanya membantu dari segi kos derma kilat dan meramaikan rombongan yang akan kerumah-rumah terbabit.

Thursday, January 24, 2008

HOW I SPENT MY HOLIDAY

Rakyat malaysia memang gila cuti ... kerajaan pun dok bagi cuti ... mentang mentang lah nak pilihanraya ... ekonomi tak setabil tetap umum kan cuti!!!!

So sebab dah umum cuti aku pun ambil kesempatan ... menguruskan apa yang patut sebab sudah hampir 4 minggu aktiviti sabtu dan ahad ku di office ... melangsaikan kerja yang tertangguh hampir 2 tahun yang lalu!!!

aku bangun agak lewat !!! mengqadak tidur ku ... hehehehehe.. kemudian kami bersarapan di UKay perdana !!! tosei dan roti telur - sempena Thaipussam ...hahahahhahah selepas sarapan suami pi ke office - ya dia tidak bercuti .. dan aku ke KLCC... membeli buku untuk membuat rujukan... jalan punya jalan tengok tengok dah kul empat petang ... sebelum pulang beli sushi sepinggan ...

Balik rumah belasah sushi sambil menonton cerita Hero session 2 yang didownload oleh suami ... layan Hero sampai kepukul 11 malam ... aku balun dari eposiod satu sampai ke akhir ... hahahahahhah satu hari satu session boleh????? suami pulang bawak nasi brani !! mungkin kerana makan kambing membuat darah ku turun dan naik ... urut tengkok pun tegang semacam!!!.

Itulah caranya aku menghabiskan cuti Thaipussam ku

ANGIN!!!

Mungkin kerana aku telah berada didalam kumpulan dimana kami di ajar akan menjadi yang terbaik dari segala segi ... membuat kan aku kadang kala tidak dapat menerima budaya rakyat malaysia.

Antara budaya rakyat malaysia terutama orang kita adalah sikap "careless"... sikap lantak saja lahhhhh... tidak cuba untuk membuat yang terbaik ...

Sudah hampir dua bulan rambut ku tidak bergunting... sudah agak panjang dan ianya merimaskan. Maka aku pergi ke kedai gunting yang sering aku kunjungi... aku mempunyai satu sikap iaitu setia kepada yang satu ... tidak kira ... tukang jahit ku kalau boleh hingga ke akhir hayat ... begitu juga tukang rambut, begitu juga kedai buku, kedai makan dan lain lain ... jika aku sudah menyukai nya aku akan setia... mungkin kerana aku jenis yang tidak suka pergi try & errea kerana aku takut nanti rosak baju ku ... rosak rambut ku.

Tetapi nampaknya aku perlu menukar cara hidup ku .. tidak lagi setia kepada yang satu kerana di zaman sekarang ... apabila kita menunjukkan kesetiaan ... mereka merasakan bahawasanya kita sudah tidak punya tempat lain untuk di tuju...

tadi aku kekedai rambut yang sering aku kunjungi... mula mula aku mengenali hair dresser ku ianya cukup bagus ... rakan rakan sering memuji rambut ku ... tetapi setelah hampir 6 bulan aku setia kepada nya dia mula membuat hal ... dia merasakan keputusannya adalah yang terbaik ... hari ini aku naik angin ... aku sanggup menunggu beliau hampir 1 1/2 jam untuk memboleh kan rambut ku di potong tetapi ... tak sampai sepuluh minit dia mengunting rambutku .. dan katanya aku sudah cukup anggun ... aku bukan ingin angun tetapi ingin selesa .. dan akhirnya sampai dirumah aku sendiri yang mengolah kembali rambut ku agar tipis dan selesa bagi aku yang sudah kesibukannya.... mmmm..nampaknya aku perlu mencari tukang rambut yang baru!!!!!

Itu kisah tukang rambut ... kini kisah tukang jahit ku pula ... cerita pasal kisah tukang jahit jantungku boleh gugur dan darah ku boleh mencecah 120bph .... aku pesan aku nak pakai raya puasa ... dah 2 hari raya baju ku belum siap lagi ... begitu juga aku pesan nak pakai raya haji .. semalam baru baju ku didepan mata... a

belum lagi kisah rakan rakan ... belum lagi kisah adik beradik ... semuanya membuat kan darah ku naik hingga ke langit ke tujuh !!!! tapi aku merasakan tahap service rakyat malaysia memang hancus ... janji dan professiolsima sangat teruk!!! kerja sambil lewa ... tengok saja services dikauter tak kira di pejabat kerajaan, bank dan swasta semuanya macam s!@L. kita cuma tahu nak cuti cuti cuti ... gaji nak besar ... setiap tahun mesti nak bonus tetapi mutu kerja macam taik!!!.

Wednesday, January 23, 2008

MENCARI SAHABAT HAKIKI

Maaf kerana terlalu lama tidak menulis. Tahun ini hari-hari begitu cepat berlalu. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Beban kerja agak berat membuat waktu terlalu suntuk sentiasa. Tidak lagi seperti 2 tahun yang lalu dimana masa dan waktu boleh di catur dengan begitu teliti sekali. Kini dengan beban yang mencabar waktu makan dan tidur juga menjadi percaturan.

Sebulan ini setiap hujung minggu di office. Waktu pejabat juga semakin panjang... kadang kala waktu bekerja mencecah 12 hingga ke 17 jam sehari. Yang pasti kenikmatan dan kepuasaan bekerja dicari. Banyak perkara baru yang dipelajari.

Syukur kepada Tuhan yang Esa kerana mengkabulkan permintaan untuk menjadi warga dunia - "world citizin"... bergerak pantas mengejar kerjaya.

2 minggu lepas ketika waktu rehat saya be kejaran ke bank untuk membuat beberapa urusan peribadi dan alangkah bertuahnya saya kerana dapat berjumpa dengan A.Samad Said. Orang nya begitu peramah dan baik sekali. Sayangnya saya tidak ada kamera untuk mengabdikan saat yang begitu berharga ... ya ketika pulang ke pejabat menaiki lrt, saya tersenyum sepanjang masa...berjumpa dan berkata-kata dengan seorang yang begitu ternama ... membuat saya berasa sangat kerdil tetapi membahagiakan.

Sejak akhir-akhir nie saya mula memikirkan tentang nilai persahabatan ... ketika ini saya merasakan semakin sukar untuk mencari sahabat yang begitu memahami ... atau mungkin saya yang tidak memahami mereka!!!!!!...

Tuesday, January 01, 2008

Selamat Datang 2008

Saya sudah tidak ghairah untuk menyambut New Year. Memang dulu dulu pun memang tak pernah menyambutnyer. Cuma dulu seronok lah ada resoulation. Tapi yang kelakarnya tahun nie terjerat jugak menyambut New Year Eve. Pada mula nya kami tidak mempunyai apa apa perancangan tiba-tiba si-Ren call

" Dear,u teman kan i pi tengok wayang ya!!"

"HA!!! dah pukul berapa nie dah kul 6.30 kenapa tak cakap awal awal"

"Please, i need a break"

"Ok ok kita tahu u miss your hubby.... " last last pi jugak lah teman kan dia pi tengok wayang.

Dia jemput kita lebih kurang pukul 8.10mlm. Masuk dalam kereta dengan muka kegembiraan dia mengumumkan " I tempah cerita Alvin and the Chipmunks kat Pavalion di bukit bintang"

"What bukit bintang!!!

We arey in the heart of the celebration ... habis movie kul 11.30.. we were at the road in bukit bintang - lautan manusia bergerak entah kemana!!! hu i'm to old for the celebration beb!!! last last tepat kul 12.00 both of us (pretty and sweet lady) in front of Lot 10 ... stuck in the jam sambil melihat bunga api. We reach home 3.00 am sebab jemmmmmmm!! nasib dapat suami yang understanding and hope this will be the last ... rasa seriau tengok budak muda muda tanpa orang tua bergembira di tengah tengah lautan manusia. yang menari menari, yang bernet net tanpa segan silu, yang tanpa baju jangan cerita lah semua dah kepanasan kot .. yang mak arab yang dah tak berjubah jangan ceritalah lagi... macam macam .. mana lah bumi nak tahan... tu yang dok meletup je ... manusia sudah lupa pada asas kehidupan!!

Sudah 2 minggu saya bercuti... membereskan segalanya - tapi ada jugak yang tak settle... seperti nak pi buat account tabung haji , kasut pun tak pi betulkan ... adakah 2 minggu tidak cukup untuk menyelesaikan segala urusan peribadi!!! Tapi ok lah jugak ... 2 weeks on holiday ada beberapa benda yang telah berjaya dilangsaikan etc, i went down to the southern, hampir 20 tahun tidak keselatan ... membuat kita merasa jakun sekejap ...

Kita tukar cat pintu rumah kita yang berwarna merah seperti rumah bomba kepada warna putih!!!. Sebabnya kita baca fung shui - 2008 warna merah pantang besar terutama pintu yang mengadap ke barat .. jangan tak tahu itulah rumah kita berpintu merah mengadap barat !!! Terus kita pi beli cat yang jadi mangsa nya siapa lagi kalau tak abang kesayangan. Dia kena mengcat seluruh pintu ... we had 5 doors in the house... heheheheh and re-paint my room... yalah bilik tidur kita sejak pindah 6 year ago tak pernah dicat ... maka proses mengcantikannya harus dilakukan!!! dan ada lah a few things lagi seperti menjahit butang baju dan yang koyak sikit sikit..

I bought a few cd which i had miss kerana kesibukaan... so sambil sambil dok jahit dan mengosok i watch the movie - bercuti pun kena buat benda 2 in 1. Tak lupa lah jugak beli 2 new books for reading - Ranjau Sepanjang Jalan dan Memoir Shamsiah Fakeh .


So 2008 have arrived, besok kita akan masuk office dan memulakan tugas yang baru di jabatan yang baru. Hope i will cope with the system and people!!! Tahun ini kita nak sambung belajar dah dua tahun cuti eloklah sambung semula. Ohh ya kerana dunia semakin kecil dan tanpa batasan .. my next target is to be World Citizen!!! Lagi apa ya .. I have to take care of my kesihatan.. kena diet dan banyak bersenam !!! ... and kena menyimpan .. tak boleh boros boros !!!! To all out there .. happy new year !!!