Hina betul menjadi mat rempit. Sebenarnya saya kesihan dengan mat mat rempit nie. mereka cuma ingin bersuka ria .. ya cara budak budak kampung bersuka ria ... mengapa disalahkan hanya mat rempit.
kadang kala saya terfikir mengapa polis dan polituks dok sibuk dengan mat rempit? kenapa anak anak datuk, atau anak anak tengku yang berlumba haram dengan kereta bmw tidak di tangkap. Kenapa polis tak buat rush di pub, disko dan hotel bertaraf lima bintang? mengapa mesti mat rempit menjadi mangsa?
menghina mat rempit sama lah seperti meludah kelangit dan kena kemuka kita sendiri. Problem mat rempit sebenarnya dicipta untuk menutup cerita cerita yang lebih sensasi yang takut dan tidak ingin dilapurkan oleh media. seperti apa sebenarnya terjadi di perak... apa sebenarnya terjadi pada ekonomi dunia apa sebenarnya terjadi kepada bermacam macam benda yang lebih besar dan kalut.
kerana mat mat rempit tidak tahu untuk bersuara mereka adalah warga muda yang tidak punya ilmu dan senang untuk di perkotak katikkan ... mereka tidak wang untuk lepak di disko atau pun seperti anak anak datuk dan anak anak tengku. mereka cuma ingin mencari udara malam pada malam minggu dengan cara yang murah tetapi telah dipergunakan oleh kerajaan untuk kepentingan politikus dan sesiapa yang pandai mencari peluang..... itulah nasib jika manusia tidak berilmu... dijadikan seperti anjing dan kucing kurap ... digari tanpa rasa belas. dikurung tanpa ada rasa belas.
dunia tidak pernah adil untuk bangsa yang tidak berilmu....
2 comments:
memang tak salah merempit tapi yg banyak masalah diorang ni ada yg jadi peragut sampai menyebabkan kematian orang yg tak bersalah. itu aje so lebih baik dibendung dari dibiarkan permasalahan ini...
fikir2kan kesan jangkamasa panjang sekiranya perkara ini dibiarkan berleluasa.
salam.
Mek Nab
mek nab
kita kena betul kan akarnya bukan salah kan merempit...
kenapa ragut terjadi? kerana ekonomi diberi kepada satu golongan saja.
kenapa ramai yang merempit? kerana anak muda tidak tahu arah tuju salah siapa anak muda menjadi begini .. kembali kepada akar .. ibu bapa tidak memainkan peranan mereka..persatuaan ngo, belia 4b tidak memainkan peranan untuk mengunakan tenaga anak muda
kenapa mereka suka merempit? tidak ada kawasan riadah yang percuma ... litar lumba sangat mahal...
utk membendung masalah yang mek katakan ini ... kita kena perbetulkan akar bukan menyalahkan anak anak muda..
saya selalu pegangan pada pepatah
yang tua sayang yang muda
baru lah yang muda kasihkan yang tua...
Post a Comment