Friday, December 04, 2009

LANTAI KU RETAK SERIBU

lantai dapur yang diperbuat dari batu gunung.. diatur rapi dan dirapatkan dengan tanah.


:: Tak pandai menari salah kan lantai tak rata

:: Lantai ku retak seribu ...

Inilah Lantai Tradisional.. tidak bersimen atau bertar apatah lagi mengunakan batu marmar diimport dari luar negara.

Bertahun Tok kutip bata batu dari gunung untuk dijadikan lantai dapur dan ruang makan (ya dapur dan ruang makan Tok mesra alam terbuka dengan nyanyian deruan air sungai Cemperoh mengalir deras)

Ha dulu tak ku hayati mengapa Tok begitu beriya menganggkut bebatu sungai.. mengapa tidak disimen saja tanah dapur.. mudah cepat dan murah .. leter ku .. kesian aku melihat Tok terbongkok bongkok menganggut batu batu gunung nuang ...

kemarin ku ke surau membawa rendang dan lemang untuk kami jamah bersama .. dam ku amati kembali lantayang Tok bina ... retak seribu, tanah batu dan di saluti hijau lumut .. oh aku menjadi kagum dengan ilmunya. dia memang seorang juru bina yang hebat ..

Semasa berjumpa dng bonda siti ku amati lantai ruang lengarnya ... sama bentuknya cuma bonda siti mengunakan batu bata merah .. nampak lebih moden dan bonda ada mencerita kan sejarah lantai bengini rupa, lantai lantai ini benaan orang purba yang dibina di karton jaya dan istana istana melayu dahulu kala ... biara alam dan manuisa sentiasa bersatu . Biar kaki ku terpijak tanah dan batu batu sungai akan menghangatkan tapak tapak mu ..

Ohhhh Tok ilmu mu tak tersampai dek akal ku ... bukan saja berilmu tapi pemikir dan pembina .. subahanaallah ..

No comments: