Saturday, October 02, 2010

my little farm valley


dirumah baru, ada sedikit tanah untuk dijadikan taman. memang dari dulu saya mengimpikan taman yang indah .. ingin saya menanam pokok pokok kegemaran saya. Nenek seorang petani semasa hidupnya .. mempunyai sawah padi dan kebun kelapa begitu juga dengan ibu .. semasa kecil mempunyai sawah padi dan kebun getah

untuk mengingati ibu dan nenek maka saya taman tumbuh tumbuhan yang pernah ibu nenek tanam ketika hayat mereka. Saya tanam cili padi, daun pandan , serai, cekor dan sirih ... ya taman kecil saya telah menjadi taman herba melayu.

dan ketika ingin menyemai apa saja tumbuhan , saya sering ingat pesan tok kepada saya : tanamlah pokok pokok yang boleh memberi manafaat kepada kamu .. bukan cuma untuk cantik tetapi tidak berguna ...

No comments: