Sunday, January 02, 2011

makan malam diawal tahun baru


tahun baru tiba ... masih banyak perkara yang tertunggak yang perlu diselesaikan ... azam kali ini untuk melunaskan segala yang tertunggak ...

seperti tahun tahun yang lalu ... diawal tahun baru kami pergi makan bersama sama untuk meraikan hari jadi kak sulong kami lahir diawal january ... maka kami mengambil kesempatan cuti tahunan baru kami berkumpul beramai-ramai ...

dan seperti biasa makan bersama keluarga amat amat mengembirakan ... melihat yang keletah si-kecil mayya dng aksi mencuba makanan yang tidak pernah dia gambarkan .. melihat rekasi si-bunga ea mencuba menahan kepedasaan membuat kami tertawa .. bagaimana anak anak orang melaka sudah tidak betah untuk mengigit cili padi dan gelagat si -macho hanif duduk kekeyangan membuat saya dikeliling dengan kasih sayang.
ya jarang benar saya bersama keluarga .. terlalu sibuk dengan aktiviti dipejabat membuat saya sering ketinggalan dng aktiviti keluarga dan apabila bersama ianya amat amat mengembirakan ... ketika ini wang tidak penting ... gelak tawa anak anak buah dan senyuman manis kak dan adik tidak ada harga yang boleh dibayar dng wang ringgit mahupun masa...


No comments: