Adakah Pas kalah di Sarawak?
Memang mereka kalah dan tidak mendapat apa apa kerusi di Dewan Negeri Sarawak untuk 4 tahun yang akan datang ...
Tetapi sebenarnya ... jika melihat kepada statisitik kamu pasti akan kagum .. PAS sudah mendapat tempat dihati pengundi Sarawak (UMNO nama pun tak leh masuk diSarawak tau!!!) dan peningkatan pengundi mengundi PAS juga begitu ketara sekali .. PAS telah akan menjadi alternative kepada pengundi di Sarawak...
Dengan kata lain PAS sudah boleh diterima di Sarawak ... dan perlu kita ingat ... dlm perjuangaan tidak ada tempoh yang singkat .. bak kata pepatah lama "ROM WAS NOT BUILT IN A DAY"
Moga Pas akan menjadi salah satu parti politik yang kuat dimasa akan datang ... go you boys go .. amin ..
Monday, April 25, 2011
Rakyat Sarawak ...
Tahniah rakyat bumi kenyalang... kerana pandai memilih.
Piliharaya Sarawak telah memberi signal yang sangat nyata kepada semua parti politik .. tidak kira dari sayap kiri mahupun kanan. Mereka telah membuat swing untuk survival entik mereka .. dan ianya sangat sangat memeranjatkan semua politikus.
ya rakyat sarawak nampaknya sangat pandai memilih... mereka tahu apa yang mereka mahukan ... melanau tahu apa yang baik utk mereka, begitu cina dan kampung kampung pendalaman tahu mereka masih memerlukan pemerintah yang baik hubungan dengan kerajaan pusat utk membangunakan pendalaman sarawak.
Dan jika mahu membuat piliharaya umum kelak... semua parti politik mesti bersedia kerana rakyat sudah pandai memilih .. rakyat boleh membuat swing / turn over disaat saat akhir ... seperti yang berlaku di Sarawak.
Tahniah sekali lagi kepada rakyat Sarawak kerana telah membukitkan anda sangat sangat bijak berpolitik!!!
Piliharaya Sarawak telah memberi signal yang sangat nyata kepada semua parti politik .. tidak kira dari sayap kiri mahupun kanan. Mereka telah membuat swing untuk survival entik mereka .. dan ianya sangat sangat memeranjatkan semua politikus.
ya rakyat sarawak nampaknya sangat pandai memilih... mereka tahu apa yang mereka mahukan ... melanau tahu apa yang baik utk mereka, begitu cina dan kampung kampung pendalaman tahu mereka masih memerlukan pemerintah yang baik hubungan dengan kerajaan pusat utk membangunakan pendalaman sarawak.
Dan jika mahu membuat piliharaya umum kelak... semua parti politik mesti bersedia kerana rakyat sudah pandai memilih .. rakyat boleh membuat swing / turn over disaat saat akhir ... seperti yang berlaku di Sarawak.
Tahniah sekali lagi kepada rakyat Sarawak kerana telah membukitkan anda sangat sangat bijak berpolitik!!!
Wednesday, April 20, 2011
DI TAMAN KERDIL KU
- kemboja cina -
pokok ini hadiah dari tok muda untuk tuan puteri .. hampir 5 tahun kami menanamnya tidak pernah berbunga .. kini saban hari bunganya mekar mewangi menyerikan tanam kami .. dan kini tok muda hilang entah kemana ..
paku pakis
ibu suka benar menanam dedaun pepakis dirumah kami di port dickson .. setiap pagi sebelum ketempat kerja saya melihat rimbunya kasih sayang ibu .... moga moga ibu bahagia di sana ...
bunga melur
nenek suka benar dengan putihnya melur .. tunas tunas melur sudah mula bercambah dan moga moga ianya menjadi pewangi ditaman kerdil kami .. sewangi rambut nenek setiap hari jumaat ...
##
##
Boleh dikatakan saya tidak mempunyai bakat didalam penanaman bunga ... selalunya jika saya menanam pasti tidak menjadi .. emak selalu kata tangan saya panas .. mana tidaknya .. jika disuruh mengambil daun pandan ataupun memetik cili padi di kebun ibu.. pasti pepohon itu layu dan akhirnya mati ...
Entah mengapa sejak akhir akhir nie.. semua yang saya tanam menjadi pula .. mungkin faktor umur atau pun tanah di rawang ini sangat subur sekali ... dan saya amat bahagia bila melihat bunga bunga kemboja saya kembang mekar setiap hari berbunga harum tanpa henti berbunga sejak october yang lalu .. begitu juga melihat pucuk pucuk melur mengeluarkan tunas tunas baru menghijau merimbun ... dan paku pakis yang kami beli di kedai bunga sungguh sungguh hijau merimbun...
saya menanam pepohon ini untuk mengingatkan saya kepada orang orang yang saya sayangi .. seperti melur - ingat kasih kepada nenek yang telah pergi .. nenek akan memetik putih melur setiap pagi jumaat untuk diletakkan disanggulnya ... setiap kali saya menciumi wangi melur mengingatkan tentang wanginya kasih nenek kepada kami..
begitu juga dengan pepakis liar merimbun mengingatkan saya kepada ibu yg suka benar menanam berbagai jenis pakis dirumah kami di port dickson ... setiap kami daun daun pakis menghijau saya tersenyum riang berdoa yang ibu sedang berbahagia di langit ke 7
Tok Muda menghadiahkan saya sepohon anak kemboja dan pada mulanya saya agak keberatan utuk menerima nya .. keluarga kami tidak pernah menanam kemboja dan bagi saya ianya pokok yang sukar ditanam ... kini ... dirumah kami ada dua pohon kemboja yang sentiasa berbunga tidak terhenti ... pesan tok kepada saya - " bila tok tiada disisi kamu dan kamu rindu pada tok- lihat lah mekar dan wanginya pepohon kemboja ini" - dan ketika ini saya tahu tok sedang bergembira dan berbahagia walaupun entah dimana jejaknya kini..
Anak kucing kami yang kami jagai hampir 10 tahun juga kami kuburkan di bawah pepohon kemboja dihadapan rumah kini sedang berbunga mekar .. kata orang tua tua pepohon kemboja yang sudah berakar di bumi menjadi tempat persinggahan sipari pari bila turun kebumi .. moga moga baby akan bermain main dengan pari pari yang jelita pabila bulan mengambang tiba ..
Tuesday, April 05, 2011
menu org sakit...
sudah seminggu saya tidak menjamah nasi ... dan ianya betul betul menguji keimanan saya .. ya perut melayu perlukan nasi .. berapa banyak lah makanan yang disumbat .. perut tetap menginginkan nasi....
pagi tadi suami membeli beras perang or brown rice utk sang isteri ... dan saya melalui kepakaran mencuba resepi memasak nasi ayam .. utk org sakit ... tumbuk halia, bawang putih & lada sula digaul mesra bersama ayam dan saya perap semalam.
Pulang dari pejabat terus saya steam ayam yang diperap selama sejam kemudian saya tanak bersama nasi ... sikit sayur dan kicap .. aduiiiiiiii enak sekali .. yang penting ianya sihat dan berkashiat ...
Monday, April 04, 2011
sejak akhir-akhir ini kandungan gula dalam tubuh saya agak tinggi dan saya diarah kan untuk membuat ujian saringan gula... saya perlu mengambil darah dari hujung hujung jari sebanyak 8 kali selama 3 hari... untuk melihat paras kandungan gula... proses ini sungguh sungguh memerlukan ketabahan .. mencucuk sendiri jari anda dan memicit darah antara cabaran yang memerluka kekuatan dari dalam diri kita sendiri... berpuasa, mengambil makanan seminumum mungkin dan hujung hujung jari jari membengkak .. membuat saya terkulai keletihan dan bersama bebola rantaian tasbih kasih adalah pengubat agar saya kuat dan tabah meniti hari hari hadapan... gambar diambil oleh suami ketika saya sudah terkulai layu...
Subscribe to:
Posts (Atom)