Friday, December 05, 2014

Tadika

Tiba tiba hari ini saya menjadi kalut, baru saya sedari bahawa mizan perlu dihantar ke tadika di January 2015... pada mulanya saya ingin memasukkan mizan pada bulan 6 apabila dia mencecah umur 4 tahun .. akan tetapi pengasuh memberitahu bahawa tadika hanya menerima kemasukan ke pada awal tahun bukan di pertengahan tahun....


Ada yang bertanya mengapa tidak di masukan ke tadika kelas gred A+++, anak seorang pasti mampu. Saya termenung sendirian sehari dua ini maka saya telah... membuat keputusan

1 : menghantar mizan ke tadika yang terdekat dengan rumah pengasuh kerana jika terjadi apa apa kemalangan atau mizan demam , senang meminta pertolongan pengasuh atau pun anak anak mereka yang sangat baik hati... Emak mizan kerja nya buruh kasar maka tidak punya masa sanggang seperti ibu bapa yang lain , Ayah mizan pula kerja sangat jauh jika terjadi apa apa ianya akan mengambil masa yang lama.

2 : saya ingin kan mizan bersekolah tadika yang mempunyai suasana yg selesa , saya tidak mahu menghantar beliau di sekolah tadika dirumah kedai tanpa pandang dan pemandangan. saya mahu mizan bermain lumpur dan berlari di tadika (mesti cikgu nya pengsan)

3 : saya mahu mizan belajar secepat mungkin ilmu agama, seperti alif ba ta, tulisan jawi dan membaca doa doa pendek .. ya anak lelaki perlu di terapkan pendidikan agama sebanyak mungkin ... tetapi tadika di tempat kami tidak menawarkan agama dan barat sekali gus ...

4. maka saya membuat keputusan utk menghantar beliau ke dua tadika pagi (english medium dan di petangnya pula ke PASTI )

5. saya terpaksa melupakan impian saya utk menghantar mizan ke sekolah cina kerna saya terpaksa memilih antara Agama dan Kecinanan ...



Friday, November 21, 2014

Bunga Dan Wanita



Wanita dan bunga tidak pernah berpisah ... seri nyer sering manis dan menawan

sirih junjung warisan melayu

Thursday, September 04, 2014

Mizan Demam

mizan demam, sebenarnya mizan amat amat jarang demam ....

semalam di kedai makan , mizan bermain dng rakan rakan sebaya - anak towkey kedai , mereka main lari lari sambil bermain lopak air lumpur ... ayah nyer menjerit melihat mizan penuh dng lumpur .. tapi saya biarkan saja .. ya biarkan saja ... biar dia merasa lumpur dan selut :) kata saya kepada ayah mizan dan towkey kedai.

Pulang ke rumah terpaksa mandi kan mizan yang penuh dengan selut .... maka hari ni mizan selsema dan demam ....

Beli ubat di farmasi ... dan pujuk mizan makan ubat ...

ya mizan sudah dewasa ... mizan sudah boleh makan ubat dengan sudu ... tidak lagi picagari :) dan tidak lagi menangis nangis utk memasukan ubat ke dalam mulut

mama sedap ... macam gula gula :)


Monday, September 01, 2014

Nota Nota sudah selesai dikaji

Tapi masih ada tanya yang tidak pernah selesai , "Kenapa politikus cepat mabuk, muntah darah, maki hamun, sanggup mati dibunuh dan membunuh?"

Sebarang teori sudah tidak digunakan lagi .  Inilah sistem amali yg dijadikan amalan.

ah aku kalah atau tewas ... tidak mungkin !

-ooo---

Nasib bangsa, nasib bangsa, sipakah bangsa yang paling derita. bangsa ini dihina sedemikian rupad duka lara sejak zaman dulu kala.  Sejak nenek moyang kami di caci oleh segala penjajah yang benar benar ingin menjajah kekayaan bangsa kami.

Aku sudah lelah berjuang, ini nestpa tanah air , satu satu kawan ku gugur .

Sudah puluhan tahun aku berterik ...

tuntui ilmu ugama , hantar ulamak ulamak kita keseluruh negara ... biar anak anak bangsa diterapkan dengan ilmu keugamaan ... biar hidup subur ugma menjadi aidin ...