Friday, January 21, 2011

HOBI BARU





My first attempt at crochet. I am teaching myself from a book and as you can see it's not going so weel. I think I have even invented a new non-stitch.

I have now re-read the instructions in the book and am on attempt number two....wish me luck

Monday, January 10, 2011

Saya sering menganggap diri saya seorang yang kuat . Dari dulu saya sering mengingatkan diri saya bahawa saya tidak perlu sesiapa untuk terus hidup. Saya boleh lakukan segalanya tanpa bantuan sesiapa..

tetapi ketika ini ... saya amat amat lemah sekali dan amat amat memerlukan sokongan ... nasib suami, bos dan rakan rakan amat amat memahami keadaan diri yang sebegini.

Demi masa depan .. saya terpaksa kuat ...

Sunday, January 02, 2011

makan malam diawal tahun baru


tahun baru tiba ... masih banyak perkara yang tertunggak yang perlu diselesaikan ... azam kali ini untuk melunaskan segala yang tertunggak ...

seperti tahun tahun yang lalu ... diawal tahun baru kami pergi makan bersama sama untuk meraikan hari jadi kak sulong kami lahir diawal january ... maka kami mengambil kesempatan cuti tahunan baru kami berkumpul beramai-ramai ...

dan seperti biasa makan bersama keluarga amat amat mengembirakan ... melihat yang keletah si-kecil mayya dng aksi mencuba makanan yang tidak pernah dia gambarkan .. melihat rekasi si-bunga ea mencuba menahan kepedasaan membuat kami tertawa .. bagaimana anak anak orang melaka sudah tidak betah untuk mengigit cili padi dan gelagat si -macho hanif duduk kekeyangan membuat saya dikeliling dengan kasih sayang.
ya jarang benar saya bersama keluarga .. terlalu sibuk dengan aktiviti dipejabat membuat saya sering ketinggalan dng aktiviti keluarga dan apabila bersama ianya amat amat mengembirakan ... ketika ini wang tidak penting ... gelak tawa anak anak buah dan senyuman manis kak dan adik tidak ada harga yang boleh dibayar dng wang ringgit mahupun masa...


Thursday, December 30, 2010

hujung tahun 2010

hujung tahun tiba lagi datang bersama gerimis dan langit kelabu.

tahun tahun mendatang akan menjadi satu titik permulaan sesautu yang baru dalam hidup kami ... ohhh moga moga tuhan akan bersama sama ku untuk menikmati hari hari mendatang ini...

Dan kita menang bola piala Suzuki menentang Indonesia malam tadi .. hadiah yg paling indah sepanjang 2010. kalau indonesia ingin mengayang malaysia dengan berbagai isu tertunggak .. agak manis apabila pasukan harimau malay dapat mengayang mereka di padang ... ia lebih bermaruah dan manis sekali ... tahniah moga moga dapat kita merasa piala asia pula ...

Monday, December 27, 2010

Kata orang cinta mesti berkorban

Mengapa dadaku mesti bergoncang
Bila kusebutkan namamu
Sedang kau diciptakan bukanlah untukku
Itu pasti tapi aku tak mau perduli ...
Sebab cinta bukan mesti bersatu
Biar kucumbui bayanganmu
Dan kusandarkan harapanku

Thursday, December 23, 2010

malam tadi saya mimpikan arwah nenda ... memeluk saya dengan kasih sayang ..

dua minggu lepas, malam jumaat saya mimpikan emak & ayah dan semua keluarga yang telah pergi ... mengadakan kenduri .... mereka masak nasi brani 9 periuk untuk saya .. dan saya amat amat terharu dengan kasih sayang mereka ..

saya sangat sangat merindui mereka ketika ini ... semoga mereka bahagia didunia sana .. entah bila saya dapat bertemu mereka ...

Saturday, December 18, 2010

musim hujan tiba lagi .. sejuk beku dan dingin membuat diri tidak betah dengan cuaca yang tidak menentu ...

ya saya perlu kuat untuk melawan arus ... moga moga saya berjaya .. dan akhir tahun sudah tiba .. banyak yang perlu di nilai kembali ... selamat datang tahun baru .. moga moga tahun depan semakin cerah segalanya...

Wednesday, December 08, 2010

TINGGAL KENANGAN

Pernah ada rasa cinta
antara kita kini tinggal kenangan
ingin ku lupakan semua tentang dirimu
namum tak lagi kan seperti diriMU
oohhhh Bintangku...

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
Kini kucuba mencari pengantimu
Namun tak lagi kan seperti dirmu
ohhh Kekasihku...

Monday, December 06, 2010

apabila suara rakyat tidak didengari ...

#DEMO BANTAH KENAIKAN HARGA AIR DISELANGOR - MASJID NEGARA 5 Dec 2010

apabila pemimpinku matanya buta, telinganya pekak dan mulutnya beribu ...
dan apabila rakyatku tangannya diikat, mulutnya disumbat .. inilah jadinya .. mereka turun kejalanan apabila suara mereka tidak lagi didengari...

suara rakyat akan sentiasa menjadi suara keramat!!!

Sunday, December 05, 2010

memanjakan diri



atas tekanan kerja maka boss bermurah hati mengeluarkan sedikit token untuk kami ...


selalunya boss ajak pergi makan makan makan .. tapi kali ini saya minta untuk dimanjakan... ya diri perlu direhatkan agar nanti boleh bergerak dng lebih laju lagi ..


terima kasih kerana memahami kami .. sayang boss .. he he he