Jangan kau tangisi lagi, awan yg berlalu
Jangan kau tangisi lagi, bayu yg menghembus pilu
Jangan kau tangisi lagi, sinar mentari tak secerah dulu
Kerana kau tidak pernah menghargainya......
::
Sudah dua hari hujan rahmat membasahi kota lumpur ini, dikala kita asyik merungut kerananya, secara tidak kita sedari itulah rahmat dari Allah. Kita juga seakan lupa dan tidak bersyukur atas kenikmatannya sehinggalah kerahmatannya ditarik balik dari kita.
Ketika itu menangis air mata darah pun tidak berguna lagi walaupun yg “patah pasti berganti” tetapi ia tetap tidak akan sama kerana yg baru itu entahkan kaca ataupun permata.
No comments:
Post a Comment