Tuesday, March 30, 2004

AKU

Diam bukan bermakna aku bodoh
Diam bukan bermakna aku kalah
Senyum bukan bermakna aku suka
Angguk bukan bermakna aku setuju
AKU adalah AKU

::
Di satu petang yg dingin sambil menikamti milo panas di office tiba-tiba aku dikejutkan dng satu persoalan dari seorang rakan sekerja….persoalaan mudah sahaja …adakah dia seorang moden atau kekampungan ???…

Aku tersenyum kelu, mudah didengar payah ditafsirkan, bagaimana utk mendesfinasikan seseorang itu moden atau tidak , dimanakah letaknya nilai kemodenan seseorang itu, modenkah kita hanya kerana kita berpendidikan barat atau bekerjaya atau kaya-raya atau mengikuti nilai-nilai kehidupan barat.

Atau adakah hanya kerana bertudung litup dan mengikut nilai-nilai tradisi lama itu kita di cop kekampungan???

No comments: