Monday, March 22, 2004

10 PETUA UNTUK MENGELEMORKAN BLOG ANDA

ramai diantara kita masih belum menemui formula bagai mana untuk mempopularkan blog masing-masing ....disini saya bermurah hati memberi beberapa petua utk blogger baru agar blog mereka mendapat hit diantara 400 ke 500 pelawat sehari....

PETUA 1
Blog anda mesti bermake-up...trend sekarang warna sweet ala-ala sweet seventeen gitu...tak kiralah anda berumur sikitar 40an tetapi blog anda mesti berwajah kegadisan.

PETUA 2
Blog anda mesti mengambarkan anda seorang yg high tech...seperti "doodle board", sms board, vote board dan apa-apa saja asalkan nampak anda pakar dalam bidang it dan menuju kearah kemodensasian ....

PETUA 3
Selepas telah mereka cipta blog anda ....tulisan anda perlu berwawasan, mesti double meaning, cerita yg akan boleh membuat pembaca berfikir ...jangan terlalu menceritakan kisah harian seperti gosok gigi, cuci muka dan tido balik. walaupun kekadang ko tak tahu apa yg ko tuliskan tu.

PETUA 4
Kalau boleh lakarkan cerita sedih seperti maut yg akan menjelang tiba (kita sendiri tidak tahu bila ajal dipanggil???), kisah tentang bagai mana sukarnya menjadi seorang pegawai kerajaan yg mempunyai terlalu ramai pekerja bahawanan yg memerlukan tunjuk ajar (macam lah aku tak tahu keje kat gomen tu dok melepak je), cerita betapa pahitnya diuniversiti ko, pelajar yg putus cinta dan gambar -gambar yg menarik seperti tengah mabok di pub, gambar yg sudah tiada kemaluan seperti berpeluk dng b/friend atau putus cinta ...ceita layar lara yg boleh menagih simpati pembaca ....

lihat imej ini

PETUA 5
Blog yg cantik dan tulisan yg menarik sahaja tidak belum tentu anda popular...apa yg anda perlu ada publisiti that's the key, bagaimana nak cari publisiti utk blog anda

- perlu meronda dan membaca blog org lain
- perlu sign guest book ..agar nama anda nampak disetiap blog
- perlu selalu melawat blog yg telah terfopular
- mesti ada publisiti murahan seperti .....mengiakan blogger senior
- dan lain-lain

PETUA 6

Anda perlu selalu up-date blogger anda walaupun anda tidak punya cerita kerana e-mail anda akan penuh kerna peminat ingin membaca up-date anda ....ada yg akan menjadi sawan dan gila jika tidak dapat membaca up-date anda ...rindu....kononnya ....ketika ini


PETUA 7

yang penting anda perlu ada kroni dan anda perlu melebarkan networking anda.

PETUA 8

anda perlu banyak masuk "pilihanraya" and ask your kroni to vote for u...bila blog anda sudah menang beberapa award ini bermakna nilai anda akan dikira secara pukal

PETUA 9

kena tanya dan sentiasa up-date diri anda dng cara terkini dan sensasi..mana blog yg dah terpopular tu anda perlu mengunakan nama samaran dan merosakkan imje blogger tadi ....hetam sampai rosak emosi, karya dan harga diri blogger yg baru naik melonjak naik namanya ....mencantas dari awal agar pokoknya tidak tinggi mencecah awan.

PETUA 10..

Jika anda ingin tahu sama ada blog anda masih mempunyai pengikut dan kroni sekali-sekala anda perlu mengancam peminat anda utk menutup blog atau tidak mahu menulis...jika ramai yg memujuk dng kata-kata yg manis ini bermakna ada masih fofularrrrr....

No comments: