Selalu benar kita dengar ayat ini dari Pak Lah...apakah maksud nya???
Bagaimana untuk mengukur kita ditahap yang mana? Soalan ini pernah aku tanya pada seseorang...dan katanya ...semua kita perlu ada kayu pengukur / "bench mark" untuk mengukur kearah mana sebenarnya tahap kita ...siapa kah yang akan menjadi kayu pengukur itu?
Kita perlu mengukur dari jalur keturunan kita ...
Sebagai contoh ...NENEK, EMAK DAN AKU
Nenek mempunyai 2 ekar tanah dan tidak berpelajaran ...
Emak pula hanya bersekolah setakat darjah 2, memiliki tanah 10 ekar, 1 biji rumah berharga 80,000 di Port Dickson & sebiji kereta pada umur nya 45 tahun....
Dan Aku, STPM, memiliki sebiji rumah di KL berharga RM170,000 & sebiji kereta pada umur 27 tahun ....
Ini bermakana keturunan kami telah melepasi kayu pengukur kerana aku telah Cemerlang dari ibuku dan Gemilang dari nenek ku ...tetapi aku belum lagi berbilang ....disitulah itulah bench mark kita ...
dan keluarga ku juga telah menuju ketahap cemerlang ..kakak ku yang sulung hanya spm, yg no 2 politeknik, aku STPM dan adik bongsu ku ijazah di um ...tetapi belum gemilang dan terbilang ....mungkin anak-anak kami...(ini sebagai contoh lahirah sahaja...dari keislaman keluarga kami masih jauh kebelakangan)
Jangan jadi seperti sesetengah org ...moyangnya seorang raja...mempunyai satu negeri dibawah jajajahannya...sampai keanak...pelajaran hanya setakat ijazah....jual semua tanah....sampai kecicitnya kena berkerja dng cina .....
Dari kayu pengukur nie lah kita dapat menjadi bangsa yang cemerlang dan terbilang ...dengan izin allah ....
No comments:
Post a Comment