Monday, March 15, 2004
ulasanku
Org Malaysia terutamanya Melayu memang gemar mengudi :((
Yang terbaru nie mengundi calon artis popular pulak. Nie yg kita nak komen sikit tentang artis yang mengambil bahagian malam tadi.
ANITA SARAWAK
-------------------
Biasalah artis mulut besar...memang voque tapi suaranya malam tadi hancur tak leh follow the muzik mungkin tak biasa bawak lagu macam tu kot. Atau mungkin sepatutnya dah kene bersara. Tapi memang aku akui dia adalah lebih layak digelar diva berbanding kak pah.
ZAINA ZAIN
-------------
Suaranya sedikit sumbang tetapi apa yang ingin aku katakan 10 jari diangkat untuk badannya ...ibu kepada 2 org anak menjadi idolaku untuk menguruskan badan ku yg telah menjadi bebola ikan ini...
NURUL & AJAI
--------------
Pasangan yang paling perasaan di malaya nie. Depa dok ingat dia je lah yang sorang ada laki, ala-ala romantis lak kononnya..tapi rumah tangga tak tahu macam mana???
ROY & FRAN
-------------
Fran - pakaiannya memang kekampungan, kakinya yang kecik dan badannya pulak wooppppppiiiiii....tak sanggup nak ceti dah lagi
Roy - Hidungnya bertambah mancung dan mamat nie bertambah hensom.
ERRA & YUSRI
---------------
Walaupun aku memang tak minat minah nie dari dulu lagi tapi aku terpaksa tabik spring kat dia, pandai bawa diri, tak meleweh & tergedik dan tak pulak tunjuk dialah couple of the year...Abg Yusri kita pun dah bertambah macho sekarang nie ...misai cari makan kot ...good job erra
TOO PHAT & YASSIN
---------------------
Satu revolusi muzik di malaya...campuran semua muzikkkk, superb..aku bangga ada jugak org kita buat lagu macam nie...macam nie lah baru boleh jual kat luar...taklah malu. Bukan saja jari tangan & kaki ku terangkat tetapi telinga & ponggongku jua dan beribu-ribu helai rerambut ku ternaik sekali.....:))
AFLIN & FRIENDS
------------------
Joke bodoh yang dlam maknanya. 10 jari utk nya
MISAH / CT / KAK PAH
------------------------
Misah - Mungkin nak tunjuk power yg dia boleh lawan kak CTnya , tapi sayang seribu kali sayang dia telah memalukan dirinya sendiri, nasihat aku tolong jangan bawa lagu CT kalau belum betul-betul sedia...kejongganganya terserlah bila dia membawa lagu BUKAN CINTA BIASA , nafasnya yang tersemput-semput membuat aku terkedu....TOLONGGGGGGGGGG...MAK LAMPIRRRRRRR.
CT- Power gilerrr pompan nie. Vokalnya tidak perlu diperkatakan lagi. Tapi yg paling aku suka tengok memek mukanya yang bersahaja (itulah sebenarnya membezakan CT dng yang lain) walaupun membawa lagu high pitch dia tidak perlu meneran-neran (zaina zain), membengkokkan badannya (misah) & menghentak-hentakkan kakinya (erra) dan yg paling penting penghayatan lagunya superrrrrr. ini baru bintang ...5 untuk nya
KAK PAH - Alahaiiiii kak pah apalah teruk sangat, langung tak buat homework, macam mana boleh lupa lirik, inikah artis contoh? dah lah tu nyanyi macam kat karokeee session je , setakat lagu misah bebudak pun boleh bawak.
BERITA HARIAN
-----------------
Pihak BH tidak boleh sewenangnya mengelarkan Misah Omar dan Kak Pah dng gelaran diva, ramai lagi yg layak sebagai contoh Anita Sarawak dan Zaina Zain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment