Tuesday, March 16, 2004

WARKAH UTK PUTRIKU ...









Malam tadi kau berbicara kepadaku, katamu telah tiba masanya engkau meninggalkan kota ini, pencarianmu selama lima tahun di kota ini telah berakhir dan engkau perlu berililah ke peringkat yang lain pula. Setelah 17 tahun bergelumbang utk menimba ilmu…aku bangga akhirnya engkau berjaya melepasi halangan pertama. Yg pastinya halangan kedua akan lebih banyak onak dan durinya …kalau dulu engkau perlu bergelut dng rakan, guru, bercengkang mata menghadapi exam, berhujan panas mendaki bukit bangsar utk ke kelas dan kadang kala terpaksa pula menjamah Maggie utk mengenggam sekeping ijazah tetapi kini kau harus belajar untuk berpolitik demi sesuap nasi. Puteri ku, yg pasti engkau akan bertemu dng ramai pelakon dan penglipurlara untuk mewarni kehidupanmu nanti.

Kakmu ini tidak punya syarikat untuk kau terajui, tidak juga harta berkotak untuk dibekalkan…apa yg dapat kak mu berikan cumalah kata-kata azimat utk dikongsi bersama.

Berat hati ini untuk meninggalkan kamu bersendirian didearah hening ini, walaupun kau terpaksa berkelekik disana nanti tetapi semangat MEREKA pasti bersamamu untuk kau julang. Lupakan segala nyanyian duka yg pernah kita lalui duhai putriku. Yang pasti hari kebangkitan kita telah bermula dihari ini walaupun jauh dilubuk hati ini aku terlalu gusar utk meninggalkan kamu sendirian tetapi kau perlu menari bersendirian agar kau akan menjadi setabah dan sekuat MEREKA disana. Hanya yg dapat kakmu lakukan hanyalah memerhatikanmu dari jauh sambil berdoa ke Ilahi …

No comments: