Wednesday, August 30, 2006

49th MERDEKA










APA YANG INGIN SAYA MAHUKAN DARI KEMERDEKAAN

a) FREE PENDIDIKAN dari tadika hingga ke Phd
b) FREE PENJAGAAN KESIHATAN
c) FREE AIR & API
d) FREE ROAD TAX

Saturday, August 26, 2006

ME


Syarikat saya sedang mengendalikan satu upacara di sebuah hotel ditengah kota dan ketika didepan pintu lif untuk pulang kepejabat saya terserempak dengan beliau. Terus saya pergi kepadanya untuk bergambar - alasan yang paling jitu dan diterima dek akal yang waras adalah "Saya pengundi di Lembah Pantai dan dia adalah wakil rakyat saya". Dia bekerja untuk saya dan saya tugas kan dia supaya tersenyum didepan kemera saya ketika itu ... POYOnya saya, bukan?..... hehehehehehehe

sms dan mek et

Malam tadi sedang diulit mimpi indah didakap dinginnya malam tiba-tiba aku dikejutkan

Telephone bimbit ku berbunyi garang : "titttt titttttt tittttttt"

Dengan malas aku menyambut telefon bimbit ku ... Darah menjadi gemuruh, pukul 3 pagi sms masuk, takutkan ada kecemasan dari yang jauh mahupun yang dekat

Ku buka dengan mata yang kuyu : "You have 1 massage"

Bila dibuka peti suratnya tertera discrean biru : "Peluang keemasan untuk mengambil gambar bersama pasangan pengantin! Sertai Peraduan Peminat Sejati Siti. Hantar CT ke 28600. 15sen/msj dihantar, 50sen/msj diterima"

aku menumpah beribu patah perkataaan dalam beribu bahasa... F*C*, B@bi, P*K* etc tut tut tut tut .....

Suamiku bertanya mengapa aku menyumpah dimalam buta tak kala malaikat sedang turun mencatit pahala...

Ku kata kan kepadanya .... :"Mari lah YANG kita bergambar berdua...agar nanti malaikat mencatat pahala kita berdua..."

Saturday, August 19, 2006

KEMENANGAN VS KEKALAHAN

::KEMENANGAN HIZBULLAH::


tentera yahudi berundur dari lubnan

ini kemenangan yang ditunggu-tunggukan ...

Yahudi sebenarnya kalah dalam peperangan ini. Saya bersyukur tapi kita tidak perlu leka dan gembira dengan kemenangan yang kecil ini. Kita perlu bersedia tidak tahu bila lagi mereka akan menyerang ... Mereka datang dari segala pelusuk benua menunggu peluang terbuka luas. Saya juga bergembira dengan langkah OIC yang pro-aktif. Ia kita belum ada kekuatan untuk menghantar bala tentera dari negara bersekutu OIC tetapi sedikit sebanyak kita sudah membuka satu lembaran baru dengan menghantar pasukan & bantuan kemanusiaan. Inilah yang lebih manis, kerana negara tercinta ini yang membuka langkahnya.

Mungkin ada yang mencebik... tapi setiap yang besar perlu sesuatu yang kecil... sebelum membuka kampung perlu ada yang menebas hutan membuat jalan. "Rom is not built in a day" itu kata yang saya pegangan.

BACA = Hizbullah gives rent money to owners of destroyed houses

Saudi kata hizubullah itu syiah... saudi kata orang sunni tidak boleh menolong pengikut syiah ... tapi lihat apa yang hizubullah lakukan.


::KEMENANGAN AMANI::


Kemenangan Amani, kekalahan kita. Saya rasa ramai yang telah mengulas ... dan saya secara peribadi merasa terhina. Ini kekalahan melayu islam... bangsanya sudah malu pada bahasa mereka sendiri... saya juga hasil kacukan minang, jawa, cina, hindustan dan keling .... begitu juga dengan sedara mara saya ... berdarah campuran mat salleh dan arab ... tapi kami masih menggunakan bahasa melayu untuk berkominikiasi, mengamalkan adat istiadat melayu dan memakai pakaian melayu dengan sopan.
nenda sering berpesan ... dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

"And no matter how much they rant about how "kurang ajar" she was on the night of FFM19, as far as I'm concerned she was nowhere near as kurang ajar as the people who crucified her.I mean, for goodness' sake, they even cursed her father and mother. Call me old-fashioned, but insulting someone's parents does not figure in my book as decent civil behaviour.And she's only 20. How old are these people again?" Yasmin - director of gubra

hahaha ... lihat komen MAKnya membuat saya ketawa... kerana mudanya amani lah, pak menteri menegur dan kerana amani masih dibawah umurlah ... ibu dan bapaknya perlu mengajar cara dan adat dimana mereka menumpang...

::TUN vs PAK LAh::

Dari segi perang saraf ...kemenangan berpihak kepada PAK LAH. Mungkin selepas ini TUN akan berperang secara terbuka dan membedil seperti Yahudi membedil Lubnon ... kita tunggu dan lihat... apa bila gajah berperang ... pelanduk ditengah yang mati ... kalau Tun sayang kan bangsa tun tak akan lakukan ini semua ... apalah ada pada jambatan indah itu. Udah-udah lah tun ... buat kan amal, buat kerja kemanusian ... pi lubnon lagi bagus ... tak pun ke negeri keling dihujung sana...

Tuesday, August 15, 2006

makan-makan di jinbara, kg kemesah- part II





















kami makan makan sambil bergossip ... last last kami beli ais krim ...lihat betapa gembiranya mereka dapat askrim freeeeee....

permandangan di jinbara, kg kemesah

kulat di celahan batu ...

pertemuaan dua sungai

ditepi kali ...damai dan redup
pepatung terbang rendah ..sangat jinak
ikan menari riang...

Saturday, August 12, 2006

kami bukan seperti dulu...

BACA: 9 JUTA - HARTA SEPENCARIAN

a. The houses – two semi-detached units of two-and-a-half storeys – were bought for a total of RM1.8mil during their marriage.

b . Hussin also ordered Khalid, who is popularly known as Datuk K, to also allocate funds to his ex-wife for her annual vacation, monthly alimony, insurance, medical bills and maintenance costs as well as household needs.

c. home at Bukit Antarabangsa here be given to one of their four sons. said Khalid could choose any of his sons to own the house in Bukit Antarabangsa upon him reaching maturity age. “Datuk K also has to settle the remaining loan for that house before transferring ownership to the son,” he said.

d. On mutaah (compensation/ gift for a wife to start a new life after a divorce), he said both had a private discussion over the amount, which she agreed to. It is learnt that the gift was estimated to be worth more than RM1mil.

BACA : SHE GETS WHAT SHE WANTS

Kami wanita bukan sebodoh dulu. Kami bukan duduk didapur dan menangisi apa yang akan dan telah terjadi. Kami sama-sama membangunkan ekonomi keluarga kami. maka jika ingin meninggalkan kami, tinggalkan kami dengan harta-harta kami sekali. Kepada gadis-gadis diluar sana ini satu pengajaran jangan ingat kamu telah mencuri cinta suami kami dan kamu akan dapat hartanya sekali. Maka kepada gadis diluar sana ... ingat ini baru permulaan dalam alam perkahwinan .. dan ingat kepada lelaki yang ingin menceraikan kami "kami bukan lagi seperti dulu ..."

Wednesday, August 09, 2006

hujung minggu


bulan ini dan minggu ini penuh dengan keperlbagaian ... tempat keje baru, suasana baru, rakan baru , azam baru dan citarasa baru dan ianya menjanjikan dunia yang lebih ceria dan cerah.

sabtu aku di mid valley ... lama benar tak kesana ... hanya sebab tugas aku kesana kalau ikut kan hati takakan aku kesana ... manusia bagai kan semut ... membuat aku sesak nafas ...




singgah di indonesia fair - cuci cuci mata ... nak beli memang tengah kering (awal bulan pun kering ya)... terpegun dengan lukisan diatas ... kalau ada duit memang ku beli lukisan ini...memang cantik utk diletakkan di dinding rumah ku...tapi yg dapat hanyalah bergambar ... mana tahu nanti ada yang nak sponser tolong beli kan :))


....bersambung

Friday, August 04, 2006

musafir islam


telah lama saya mengidamkan buku ini... ada 2 edisi sebenarnya, satu lagi berharga RM250 tak termampu untuk membelinya... membuat saya tertelan air liur. Saya cuma mampu yang ini ...itu pun tertarik tarik.

Sejak akhir bila saya kedai buku saya mendapati banyak buku-buku luar telah dialih bahasakan seperti buku ini. Ini adalah satu perkembangaan yang sihat untuk sesebuah bangsa yang ingin berjaya. Untuk mempercepatkan proses menjadi bangsa kelas pertama ...kita perlu membaca banyak buku dari tulisan bangsa-bangsa yang besar dari situ kita dapat mengenal mana yang baik dan mana yang buruk.

Semoga lebih banyak lagi buku yang bermutu di luar sana akan dialih bahasakan ... biar mahal sedikit tetapi nilai keilmuaannya tidak ternilai dek intan dan permata. Dan saya baru saja melihat-lihat isi kandungannya ... membuat saya bertambah kagum dengan zaman silam ... entah bila saya akan jadi pengembara sepertinya ...

TIDAK BERSETUJU CUTI BERSALIN 84HARI

Baru baru ini saya membaca tentang cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menambahkan cuti bersalin kakitangan awam kepada 84 hari daripada asalnya 60 hari tentulah menggembirakan pekerja sektor awam.

Tetapi sebelum keputusan muktamad dibuat, perlulah diambil kira kepentingan pihak-pihak lain terutamanya orang ramai sebagai pelanggan.

Saya merasakan ini hanya untuk meraih populariti dan tidak memikirkan tentang bangsa dan negara. Tahukan bahawa kakitangan awam terutama golongan wanita adalah pekerja yang paling tidak mempunyai nilai industri. Betapa jika ramai kakitangan tidak bertugas akibat ramai yang bercuti. Di manakah laungan untuk meningkatkan produktiviti sektor awam selama ini?

Lihatlah di sekolah-sekolah yang katanya bilangan guru mencukupi, tetapi guru wanita asyik cuti bersalin. Jika ditambah lagi cuti bersalin daripada 60 ke 84 hari (cuti sekolah tak dikira lagi ) , jawabnya semakin ramailah anak kita yang kelasnya asyik tiada guru.

Saya percaya jika syor cuti baru ini diterima, makin banyaklah kelas tidak ada guru terutama di bandar yang mempunyai terlalu ramai guru wanita.

Di sekolah dan pejabat kerajaan terdapat ramai kakitangan wanita yang masih muda dan akan bersalin setiap tahun. Kakitangan awam inilah yang banyak mendapat faedah cuti ini. Tetapi kesannya ialah kepada pelanggan sektor ini.

Saya sendiri merasa pelik apakah betul-betul cuti ini perlu sampai 84 hari? Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ... perlukan kita membayar gaji pekerja awam yang sudah terkenal dengan pemalas dan tidak pro aktif utk bercuti bersalin ... saya takut balik dari cuti sudah mengandung lagi ... jika mereka mahu cuti yang lebih ... ambil saja cuti tanpa gaji dan jika banyak bicara berhenti saja. Kerajaan perlu bertindak tegas ... pekerja awam nampaknya sudah naik lemak ... inilah yang dikatakan bertongkat ... sudah lah kerja penuh dengan budaya rasuah, tidak cekap dan tidak pro aktif tetapi masih mahu kenaikan gaji dan bonus seperti pekerja swatsa.

Apa yang selalu saya lihat ada kakitangan awam mahupun swasta masih dalam pantang bersalin 40 hari sudah boleh pergi membeli-belah. Saya berpendapat, tidak adil kepada rakyat yang membayar cukai pendapatan dan terpaksa menanggung pekerja yang gemuk dan pemalas. Negara memerlukan pekerja awam yang pro-aktif dan bekerja sepenuh hati bukan hanya 41/2 seminggu dan asyik meeting, seminar dan bercuti diluar negara.

Kerajaan telah pun menjadikan Sabtu sebagai cuti umum. Saya kira di negara kita ini sudah banyak cuti awam dibandingkan dengan negara lain. Kalau tidak percaya lihatlah dalam diari bagi membandingkan cuti awam negara kita dan lain-lain negara dan negara kita belum pun mencapai negara maju seperti USA dan negara Eropah. Dikala ini bukan masa untuk berlazatan ... dikala ini masa untuk bekerja dan bekerja. Kami rakyat dan pekerja swasta tidak boleh bergerak sendirian untuk memajukan bangsa malaysia. Tugas ini perlu dipikul oleh kakitangan awam.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat janganlah mementingkan isu gender ini dengan melupakan tanggungjawab sebenar kepada rakyat. Jika mereka ingin bercuti ... ambillah cuti tanpa gaji ataupun berhenti saja kerana ramai diluar sana yang lebih layak dan berdaya maju.