Friday, August 04, 2006

TIDAK BERSETUJU CUTI BERSALIN 84HARI

Baru baru ini saya membaca tentang cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menambahkan cuti bersalin kakitangan awam kepada 84 hari daripada asalnya 60 hari tentulah menggembirakan pekerja sektor awam.

Tetapi sebelum keputusan muktamad dibuat, perlulah diambil kira kepentingan pihak-pihak lain terutamanya orang ramai sebagai pelanggan.

Saya merasakan ini hanya untuk meraih populariti dan tidak memikirkan tentang bangsa dan negara. Tahukan bahawa kakitangan awam terutama golongan wanita adalah pekerja yang paling tidak mempunyai nilai industri. Betapa jika ramai kakitangan tidak bertugas akibat ramai yang bercuti. Di manakah laungan untuk meningkatkan produktiviti sektor awam selama ini?

Lihatlah di sekolah-sekolah yang katanya bilangan guru mencukupi, tetapi guru wanita asyik cuti bersalin. Jika ditambah lagi cuti bersalin daripada 60 ke 84 hari (cuti sekolah tak dikira lagi ) , jawabnya semakin ramailah anak kita yang kelasnya asyik tiada guru.

Saya percaya jika syor cuti baru ini diterima, makin banyaklah kelas tidak ada guru terutama di bandar yang mempunyai terlalu ramai guru wanita.

Di sekolah dan pejabat kerajaan terdapat ramai kakitangan wanita yang masih muda dan akan bersalin setiap tahun. Kakitangan awam inilah yang banyak mendapat faedah cuti ini. Tetapi kesannya ialah kepada pelanggan sektor ini.

Saya sendiri merasa pelik apakah betul-betul cuti ini perlu sampai 84 hari? Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ... perlukan kita membayar gaji pekerja awam yang sudah terkenal dengan pemalas dan tidak pro aktif utk bercuti bersalin ... saya takut balik dari cuti sudah mengandung lagi ... jika mereka mahu cuti yang lebih ... ambil saja cuti tanpa gaji dan jika banyak bicara berhenti saja. Kerajaan perlu bertindak tegas ... pekerja awam nampaknya sudah naik lemak ... inilah yang dikatakan bertongkat ... sudah lah kerja penuh dengan budaya rasuah, tidak cekap dan tidak pro aktif tetapi masih mahu kenaikan gaji dan bonus seperti pekerja swatsa.

Apa yang selalu saya lihat ada kakitangan awam mahupun swasta masih dalam pantang bersalin 40 hari sudah boleh pergi membeli-belah. Saya berpendapat, tidak adil kepada rakyat yang membayar cukai pendapatan dan terpaksa menanggung pekerja yang gemuk dan pemalas. Negara memerlukan pekerja awam yang pro-aktif dan bekerja sepenuh hati bukan hanya 41/2 seminggu dan asyik meeting, seminar dan bercuti diluar negara.

Kerajaan telah pun menjadikan Sabtu sebagai cuti umum. Saya kira di negara kita ini sudah banyak cuti awam dibandingkan dengan negara lain. Kalau tidak percaya lihatlah dalam diari bagi membandingkan cuti awam negara kita dan lain-lain negara dan negara kita belum pun mencapai negara maju seperti USA dan negara Eropah. Dikala ini bukan masa untuk berlazatan ... dikala ini masa untuk bekerja dan bekerja. Kami rakyat dan pekerja swasta tidak boleh bergerak sendirian untuk memajukan bangsa malaysia. Tugas ini perlu dipikul oleh kakitangan awam.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat janganlah mementingkan isu gender ini dengan melupakan tanggungjawab sebenar kepada rakyat. Jika mereka ingin bercuti ... ambillah cuti tanpa gaji ataupun berhenti saja kerana ramai diluar sana yang lebih layak dan berdaya maju.

No comments: