Monday, July 31, 2006

BAKAWALI







tok pernah cerita dengan lela tentang bunga bakawali. Tok kata bunga bakawali bunga pelik... pokok yang tak de batang berbunga dihujung daun. Tak ramai orang yang boleh lihat bunga nie kembang kerana ianya cuma kembang dimalam hari. Cerita tok lagi kalau bunga ini kembang harumnya mewangi seluruh kampung dan ketika itulah tuan puteri dari kayangan akan turun kebumi. Tupasal tak ramai yang boleh tunggu bunga bakawali kembang kerana ramai yang akan tertidur...

Rumah mak mertua lela ada pokok bakawali ... berbunga tapi tak pernah lihat lela dapat melihatnya kembang begini. Abang ipar lela pun ada tanam bunga ini ... 7 kuntum bunganya dan mekarnya serentak ... abang lela kesukaan ketika itu ... dan lela tanya ada puteri tak yang turun ... jawapannya tentulah tidak ... kalau tak kak lela akan jadi janda :)

Lela dapat gambar ini dari jiran ... tak tahu dari mana dia ambil ... tapi indah betul rupanya bunga bakawali nie ya seperti teratai bentuknya... lela tanya jiran ada tuan puteri dari kayangan yang turun tak ... katanya pun "tidak" ... mungkin tuan puteri kayangan itu telah menjadi arwah kot ...

Cerita Tok lagi ... bunga bakawali bunga yang pelik jadi boleh dibuat benda yang pelik juga ... bila mekarnya bunga ini ... letakkan batu permata, minyak cendana biarkan ianya terperap sehingga bunga itu kuncup dan layu ... batu permata itu akan menjadi benda yang pelik jua ... yang nie lela tak pernah buat lagi ... sebab nak tanam pun tak hidup-hidup lagi apatah lagi nak berbunga dan kembang seperti gambar diatas ... inilah salah satu keajaiban tuhan ...

No comments: