Dipagi Sabtu yang gemilang, cahaya mentari keemasan, udara segar memungkinkan segalanya berjalan lancar. Aku terpaksa melunaskan janji untuk menemani mama ke rumah kak yati di Jalan Ampang. Hampir 3 tahun kami tidak bertemu beliau. Kali terakhir ketika majlis pernikahan Renee di Masjid Wilayah Persekutauan. Tidak banyak yang dapat kami bualkan ketika itu dan aku seperti biasa kalau boleh tidak mahu terlalu merapatkan diri dengan saudara-saudaraku. Entah mengapa ku cuba pujuk hati yang luka ini tapi ianya masih belum pulih sepenuhnya.
Mama sering kali mengatakan aku seorang yang degil dan keras kepala ... bukan aku tidak ingin pergi berjumpa dan berbaik-baik dengan saudara sedara sedaging tetapi aku tidak sanggup menghadapinya secara bersendirian ... memang tiada alasan bagi akal yang waras untuk mendorong sesorang manusia untuk hidup bercerai-berai dan saling memusuhi terutama bagi aku yang sebatang kara ini. Walaupun mama seorang mualaf hati nya mulia mungkin lebih mulia dari kita yang lahir dalam keislaman. Ego mengutamakan kepentingan diri sendiri membuat kan aku menjauhkan jarak perhubungan ini. Dan islam juga menentang keras terhadap sikap buruk kerana ianya memutuskan hubungan rasa persaudaran yang memadukan jiwa segenap kaum muslimin. Rasul pernah bersabda:
Dalam hal saling bersaudara, salaing berkasih sayang dan saling bercinta kasih, kaum muslimin adalah ibarat satu tubuh. Jika salah satu diantara anggota badannya mengeluh kerana saki maka seluruh tubuh merasa demam dan tidak dapat tidur. (Al-Bukahari)
Atas dasar inilah aku cuba juga untuk pergi melawat dan bertanya khabar. moga-moga satu hari nanti hubungan aku dengan yang lain akan bertambah mantap dan segar.
Kak Yati dan aku mempunyai satu hubungan nostaligia yang tidak mungkin boleh dipadam dengan hanya sekelip mata. Kami berdua "dua pupu"... dan dia anak yatim yang dijaga oleh nenda dan dia lah menjaga ku semasa kecil. Aku terhutang budi kepadanya, sebagai seorang yang pernah menjaga makan dan minumku diwaktu kecil dan muka kami juga seakan-akan seiras. Maka sudah menjadi tanggungjawabku untuk sekali sekala datang menjenguk beliau bertanya khabar dan bercerita. Kerana tugas itu sudah terletak dipungukku, jika kedua ibu dan ayah masih hidup pasti mereka akan menziarahi kak yati... jadi ini sudah menjadi tanggungjawab aku sebagai anak yang sulung utk pergi menziarahi rakan, saudara kepada arwah ... ianya semacam satu wasiat yang tidak bertulis... (bukan senang menjadi lela)
Wajah Kak Yati seceria mentari pagi, senyumnya segar dan mekar bak mawar merah mekar kembang. Mungkin kerana , dia gembira bila darah dagingnya datang menjenguk dan aku bahagia melihat beliau gembira. Singgah dirumahnya sebentar, aku mengajak mama dan kak yati ke Central Market ...
kata ku kepada mereka, "Hari ini Lela belanja" dan mereka tersenyum riang.
Ketika kami sedang makan tengah hari sambil bercerita kisah silam dan mama hanya mendiam kan diri kerana dia tahu aku rindukan kemesraan itu. Kak Yati bertambah rancak bercerita ... dalam kehangatan dia bercerita, akhirnya aku ternampak dihujung matanya ada sinar kelabu dan mendung yang tidak dapat disembunyikan dan ianya telah membuat aku menjadi terlalu hiba. Rupanya selama nie dia juga tidak bahagia. Ceritanya sama seperti cerita mama dan ibuku dan aku tahu untuk mengubah apa yang sudah berlaku bukannya mudah... aku tidak boleh menolong kerana tangan dan kakiku terikat... diakhir pertemuan aku berjanji kepadanya yang aku akan cuba untuk sering bertanya khabar dan membawanya berjalan-jalan sambil makan-makan (kopaklah aku ...) kerana itu saja yang aku mampu lakukan ketika ini...aku tidak boleh mengubah keadaan sekelilingnya kerana aku tahu dia juga tidak mampu menghadapi perubahan yang drastik.
Kak Yati pulang keasalnya dan aku sungguh-sungguh mendoakan dia untuk tabah buat seketika lagi...aku dan mama pulang kerumah... mama masih menuntut janji ... bubur ayam perlu ditanak, huhuhuuu rupanya mama rindukan bubur ku. Sambil menghirup bubur panas kami menonton AF ... cerita kisah duka kak yati, kisah ibu dan kisah mama ... membuat aku terfikir betapa aku bahagia mempunyai suami yang baik dan menyayangiku dan yang lebih penting ... aku bersyukur suami ku menghormati aku sebagai seorang isteri dan wanita. Untuk seorang wanita penghormatan sebagai seorang isteri dan ibu hadiah yang paling berharga dan tidak ternilai. Kami cuma mahu dihargai bukan untuk dianggap sebagai pemuas nafsu kepada suami dan hamba kepada anak-anak. Kami perlu dihargai sebagai seorang isteri, menantu dan ibu daripada suami, ibu mertua, ipar duai dan yang terpenting anak-anak yang kami kandung selama 9 bulan 10 hari.
No comments:
Post a Comment