(A) KEMISKINAN KEPERANGAI TINGGI DAN MULIA
- Kemiskinan orang melayu mengelilingi mereka pada segala sudut.
- Lucah dengan menjamu kesedapan syahwat dan hawa nafsu kebintangan dan hendak bersedap-sedap.
- tidak mempunyai iman yang teguh dan percaya kepada kekuatan ghaib dan guna-guna semata-mata.
- ajaran guru agama yang kolot.
- Tidak mempunyai kepercayaan pada diri sendiri.
- Kekurangan sifat-sifat yang tinggi seperti :- Teguh cita-cita (perseverance), tanggungjawab sendiri (sense of responsibility), kewajipan yang patutu dilakukan (sense of duty), menepati masa (sense of punctuality), Kerja kuat (industrious), rela berkorban (self sacrifice), kebajikan umum (public spirit), hubbl-wathan, cinta tanah air (love for one's country)
(B) KEMISKINAN ILMU PENGETAHUAN
- Walaupun sudah 800 tahun memeluk agama Islam, orang Melayu masih mengelirukan pengaruh taklid dengan ajaran tauhid.
- Agama dan bidaah dicampuradukkan di kampung melayu.
- Ajaran agama hanya terbatas kepada membaca Qur'an, sembahyang, puasa dan haji.
- Ilmu pengetahuan ditolak bulat-bulat.
- Perbezaan besar antara sekolah Cina , Inggeris dengan sekolah melayu dan agama.
(C) KEMISKINAN CITA-CITA TINGGI DAN KEMAHUAN UNTUK MAJU
- Ajaran guru agama bersifat katak bawah tempurung.
- Kurang percaya pada diri sendiri, usaha diri sendiri dan bukan usaha orang lain.
- Bercita-cita kecil hanya ingin menjadi kerani atau peraih atau pemborong kecilan.
- Sesuatu bangsa tidak akan besar sekiranya perniagaan dan perusahaan tidak dijalankan oleh bangsa itu sendiri.
(D) KEMISKINAN HARTTA DAN KEKAYAN
- Kekurangan perangai yang mulia tinggi, ketiadaan ilmu pelajaran, kehampaan bercita-cita tinggi.
- Nama saja negeri melayu tetapi bilangan yang mempunyai kekayan dan tanh perniagaan sangat sedikit.
- Menganggap harta itu tidak berfaedah, kekayaan hanyalah daki dunia dan Cina adalah bangsa kafir yang tidak memikirkan akhirat.
-Kemajuaan sesuatu bangsa ialah tahu menggunakan waktu dan bangsa yang tidak mengetahu nya boleh dianggap bodoh.
- Bangsa melayu hanya megah kepada darjat kebesaran dan darah yang keturuan dan asala-usul. Kekayaan material tidak dipentingkan. Buat apa berdarah raja tetapi meminta kepada cina utk memsponser majlis hari jadi.
:Nota:
Pendeta Za'ab terkenal sebagai seorang intektual Melayu yang ulung. Beliau seorang pakar bahasa, pujagga dan seorang yagn tahu bahasa Arab dan mendalami aga Islam. Sejak muda beliau sangat kritis terhadap keadaan masyarakatnya dan sering mengadakan polemik dalam penulisan beliau . Beliau menyedari ahwa kemunduran orang mealyu bukan hanya kerana orang putih tetapi salah orang melayu itu sendiri .
rujukan: pendeta za'ba dlm kenangan - abdullah hussain & khalid m.hussain
No comments:
Post a Comment