Semalam aku berjumpa dengan tok dipuncak gunung ... sudah tiga purnama kami tak bertemu... rindu benar rasanya, berjumpa dengan tok, saya terus dipeluk dan diciumnya, mungkin rindu seorang ayah kepada puterinya...
Seperti biasa ada saja "hadiah" dari tok untuk ku bila kami bertemu ... kali ini tok memberi aku setongkol kayu geharu dan sebuah buku yang masih dibalut kemas. Ku capai dulu buku yang berkulit kuning dengan rasa kagum.
Sambil tersenyum simpul (ala-ala puteri melayu) aku bertanya , "Untuk sapa nie tok?"
Seperti biasa ada saja "hadiah" dari tok untuk ku bila kami bertemu ... kali ini tok memberi aku setongkol kayu geharu dan sebuah buku yang masih dibalut kemas. Ku capai dulu buku yang berkulit kuning dengan rasa kagum.
Sambil tersenyum simpul (ala-ala puteri melayu) aku bertanya , "Untuk sapa nie tok?"
Tok menjeling : "Sapa lagi kalau tak si-Radzi ?"
Aku menduga lagi : "Ohhhh... freee ke nie ?"
"Yalah...hadiah tu..sebagai pembakar semangat mungkin ?" tok dah malas nak melayan kerenah ku
"mmmm..." aku tersenyum malu.
Melihat kulit buku sudah membuat aku merasa kagum dan terharu, kuning pastel mungkin menandakan warna diraja dan dihiasi dengan tulisan arab. Razdi juga seperti ku sedang.mencari erti dan diri.
Perkenalan aku dan raziee sungguh istimewa . Aku sering mendengar tentang beliau melalui tok. Beliau seorang wartawan yang ingin mencari apa itu islam dan melayu. Aku juga tahu yang beliau sering ke rumah pak ali dan ke surau dipuncak gunung berjumpa dengan tok. Aku mengikuti perkembangannya melalui tok. Tetapi aku sering bersifat negitive tentang beliau. Aku takut beliau sebenarnya perisik yang dibayar bertopengkan nama melayu untuk mencapai kepentingan peribadi. Tok bercerita tentang pengalaman Razdi memanjat Gunung Nuang seorang diri dan bagaimana beliau tersesat 9 jam dipuncak Nuang. Kami tidak pernah berjumpa dan aku seperti biasa tidak mengambil endah apa yang diceritakan kepada ku. Tok sering berkata ada seorang anak muda sering datang melawat beliau dan Pak Ali membawa laptop. nampak canggih .... gitu... dan dikatakan si raziee mula mencari siapakah "LELASARI" .. si-raziee mula bertanya tentang aku kepada Tok dan ini membuat aku tidak selesa.
Bak kata orang dulu "ikan dilaut asam didarat, bertemu dibelangga" takdir menentukan dan akhirnya kami berjumpa di puncak gunung ... orang nya putih kecil dan manis sekali ... sedang kami makan-makan dan minum-minum dibawah limpahan cahaya bulan puranama disulami dengan bauan bunga sundal malam ...beliau akhirnya bertanya ...
"adakah lela ini sama dengan lelasari yang saya cari?" bunyinya seakan tidak sabar
"ohh bukan ... saya bukan lelasari... saya cuma gadis biasa saja " aku pandang dengan wajah yang curiga
dia tersenyum dan aku membalas dengan pertanyaan , "mmmm... kenapa mencari lelasari?"
dan kami berbalas senyuman ... "tak cuma mahu bayangkan bagaimana rupa si puteri itu"
dan perbualan itu terhenti disitu ... beliau bagai mahu bertanya dan bertanya tetapi aku tidak ingin menari dengan tariananya.
Hampir setahun kemudian kami berjumpa sekali lagi di surau ditepi kali dan beliau menunjukkan saya draf terakhir buku tulisan beliau, membuat saya kagum dan mencemburi apa yang telah dihasilkan ... yang paling saya kagumi adalah semangat beliau yang merantau seorang diri dinusantara... lebih saya kagum bila beliau adalah seorang penganggur boleh merantau begini jauh. Saya yang bekerja ini pun belum dapat menjejakkan kaki ke Aceh...
Kali terakhir bertemu saya menumpang kan beliau turun kekota lumpur... kami berpisah tanpa ada perjanjian .. jika jodoh kami panjang berjumpalah satu hari kelak.
Dan ketika membaca hasil buah tangan beliau membuat saya tersenyum sendirian .. saya bukan saja kagum dengan apa yang sudah beliau kecapi tetapi kagum bagaimana beliau boleh menongah arus. Beliau bukan saja menulis tetapi menerbitkan buku itu dengan hasil duit nya sendiri... dari mana dia mendapat sumber sehingga kini masih menjadi tanda-tanya dan mungkin beliau handal dari saya ... mengetahui sudah sapa lelasari yang sebenarnya..
No comments:
Post a Comment