Tuesday, June 27, 2006

tokonang juo (terkenang jua...)


mohd zaki amir md derus potret II, 1964
beliau melukis potret gadis duduk atas kerusi. Figura ini diolah baik kecuali tanganya. Cantik tetapi keras, muka merah tanda watak yang ditempa kesusahan, terbalut oleh skaf yang juga merah. Kainnya juga merah yang menyarankan pembawaan watak: bila keputusan telah dibuat, dia bertindak serta merta. Dengan duduknya yang lurus ternyat dia enggan berlembut, enggan berkompromi, bertentang mata dengan lelaki, tiada gentar : itulah gadis Nogori yang merancang dan mengira.
Pameran Pelukis-Pelukis Negeri Sembilan
Khamis, 30 Mac 2006
Balai seni Lukis Negara
catatan...
Saya mendapat jemputan dari seorang kenalan untuk pergi menikmati hasil buah tangan anak-anak nogori, rasa terharu bila melihat anak-anak Negeri Sembilan di beri tempat yang tinggi di Balai Seni Lukis Negara. Setidak-tidaknya kita melangkah setapak dari kota rimba ke kota batu agar dapat kita gah berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan yang lain.
Melihat dan menghayati beberapa lukisan dari luahaan rasa pelukis... hati saya terpikat dengan lukisan diatas ... itulah gadis sejati bagi saya ... tak gentar dek gertak.
Banyak lukisan yang dipamerkan dan secara peribadi tak mampu rasanya untuk membuat membelinya cuma yang dapat menatap seketika agar terubat segala kehendak untuk memelikinya tetapi mungkin doa saya didengari oleh yang ESA, semalam saya menerima bungkusan yang dibalut rapi dari seorang sahabat dan bila dibuka, hati saya menjerit kesukaan manakan tidak beliau menghadiahkan senaskah buku cenderhati dari pihak balai seni lukis, segala lukisan dipamerkan dibukukan dan akhirnya saya memiliki lukisan yang dipamerkan. terima kasih teman ...

No comments: