Tuesday, August 28, 2007

SEKETUL AYAM GORENG


Sekarang barulah saya tahu bagaimana perasaan Sultan Mahmud yang sanggup membunuh isteri Laksamana Bentan yang telah mencuri seulas nangka diraja. kalau dulu saya merasakan apa yang dilakukan oleh Sultan adalah sesuatu yang zalim.. setelah perkara yang sama terjadi kepada saya... barulah saya menyedari bahawa sultan memang patut melakukan perkara tersebut.

Ketika di pejabat hari sudah hampri ke waktu makan... saya yang ingin ke bank terlalu inginkan ayam goreng...entah mengapa hampir ke semua kedai saya singgah makannya tidak menguja nafsu saya... yang saya ingati adalah ayam goreng hidangan didapur pejabat (setiap kali ada traning - ada makanan disedikan dan untuk warga HR dept bahagian kami di peruntukan jua).

"Kakak lela kita ada simpan ayam goreng untuk awak .. di pantry ..." kata rakan pejabat ku

"O K" jawab ku ... oh ini rezeki ketawa ku riang sambil membayangkan aku sedang meratah peha ayam yang berminyak

Sampai dipantry alangkah terkejut bila ku lihat pinggang itu sudah tiada ketulan peha ayam, yang ada cumalah secarit daging seperti untuk memberi makan kepada anjing. Rupanya peha ayamku sudah dikebas orang yang berotak monyet.

Bagaimana seorang muslim yang memakai tudung litup yang sudah berumur hampir separuh abad tidak mempunyai sikap Amanah??? Tidak boleh aku membayangkan perasaan ku ketika itu ... Dengan muka selambanya dia mengacukan lebihan makanan itu kepada aku sambil memoncongkan mulut katanya
" kalau nak jamah jamah lah ... "
Kalau aku seorang sultan ketika itu pasti sudah putus kepalanya dari badan atau kalau baranku ditahap 180/100 sudah pasti akan ku campakan nasi itu kemukanya... tetapi aku tetapi bersyukur yang aku dapat menahan amarah ku tetapi sesabar mana pun, aku masih mempunyai maruah dan harga diri ... ku ambil nasi itu terus ku buang ke dalam tong sampah di hadapan muka mereka ...

Berbalik kepada cerita Sultan Mahmud pasti buah nangka bukanlah apa sangat, setakat buah nagka melambak di serata jajahan takluknya tetapi pokok itu ditanam dengan tanganya sendiri dan kita ketahui Sultan Mahmud tidak mempunya zuriat atau dalam bahasa kasar - beliau seorang yang MANDUL!!! maka bila pokok yang ditanam menghasilkan buah yang cantik pastilah dia ingin mengrasmikan nya dahulu dan saya pasti jika isteri Laksamana Bentan meminta izin dari Sultan .. pasti baginda berbesar hati untuk memberikan nangka itu kepadanya. Begitu juga dengan saya ... jika monyet monyet itu meminta kepada saya dengan baik pasti saya dengan hati yang gembira akan berkongsi bersama mereka.

Memang betul kata boss saya ... sesetengah manusia tidak suka meminta kerana takut air muka mereka jatuh tetapi mereka tidak takut mencuri. Tetapi saya bersyukur kerana saya sabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Tuhan menduga saya agaknya ... untuk melihat dimana tahap kesabaran saya dan keego diri saya. Saya telah melepasi satu halangan untuk tidak meletakkan ego dan amarah saya beraja di hati dan yang pasti kini saya tidak akan mempercayai mereka kerana baru suruh menjaga seketul ayam pun mereka sanggup mencuri dan menipu bagaimana hendak diberikan tanggungjawab yang lebih berat seperti menjaga pembendaharaan negara atau pembendaharaan allah?

Sunday, August 26, 2007

LELA DISANA SINI ...

minggu nie minggu yang agak sibuk bagi kita. Kita kena handel satu event utk department. kena jadi Project Manager utk perlawanan persahabatan - bowling . dah lah kita tak pernah main bowling ... seram sejuk lah jugak ... sebab dah lama tak handel project tapi syukur lah ... ramai yang menolong dan semua nya hadir untuk memeriahkan aturcara tersebut ... walaupun hari khamis ..tapi kedatangan sangat memuaskan ... walaupun 3 malam lela tak tidur sebab risau takut-takut tak boleh handel... tetapi syukurlah semuanya berjalan dengan lancar ... boss pun puji ... dia sangat berpuas hati dengan segalanya ... katanya lela telah lakukan yang terbaik .. sampai dia offer buat lagi lah pulak ... hehehehheeh naik kan lagi gaji kitaLAH boss !!! hahahhahaha

semalam lela pi derma darah lagi ... tapi yang tak syok nyer .. misi tu tak reti cari urat .. dah lah pagi nie tangan lela lebam lebam .. sakit la pulak tu. rasa macam serik lah pulak nak pergi derma darah lagi ... dah lagi bagi darah free, buat pulak tangan kita macam nie ... tu yang geram nie dng orang kerajaan ... ambil mudah buat keje ... dok sapu minyak gamat nampak macam lebam nyer makan membesar... gue dah jeranlah nie.


Dah lama betul lela tak pi tengok teater, seingat lela kali terakhir adalah teater puteri hang li po di istana budaya four year ago if i not mistaken lah. so bila diana mengoffer lela ke kl pac (freee!!!) lela tanpa berfikir panjang terus bersetuju ... so pada 21 Aug, Rabu 8.30 kami berenam ke Sentul West (tempat yang sangat menarik!!! kalau org kaya pasti gue beli apartment disana) pi tengok Tuanku the Musical ... yang boleh lela katakan cerita memang hampeh ... biasalah dok salahkan melayu melayu melayu ... bila malaysia dah best baru lah kaum lain nak mengaku mereka pun anak malaysia. nak sama taraf lah nak sama hak lah... masa menuntut kemerdekaan dulu ada ke bangsa cina dan india dan mat salleh nak bantu .. ketawa kan lagi adalah ... kini cakap lah org melayu tamak orang melayu perkauman ... pi dah ... sepatutnya orang orang yang buat cerita nie perlu di buang kedalam laut ... mereka sendiri gagal mengupas inti pati kemerdekaan itu sendiri...

Sunday, August 19, 2007

terima kasih kepada semua

terima kasih kepada semua yang telah menjadikan MALAYSIA negara yang indah dan aman untuk diduduki. Tanpa mereka pincang lah Malaysia.

1. petani
2. nelayan
3. askar,
4. polis,
5. bomba,
6. jururawat,
7. tok siak,
8. imam-imam,
9. para tafiz,
10. pelayan resoteran,
11. pembaca berita,
12. guru,
13. kerani,
14. juru teknik,
15. penyambut tetamu,
16. penebar roti canai,
17. pembacuh teh tarik,
18. penyembelih kerbau, lembu dan ayam,
19. bidan kampung,
20. pemandu lori,
21. pemandu teksi,
22. pemandu lrt,
23. mat despacth,
24. pengutip sampah,
25. tukang kebun,
26. buruh kasar,
27. menghantar surat khbar
28. pelukis pelan,
29. pekerja hak asasi manusia,
30. pak pak jaga,
31. juru jual,
32. pedementrik,
33. tok mudim
34. penoreh getah,
35. pengutip kelapa sawit,
36. pelombong biji dan emas,
37. peneroka
38. tukang masak,
39. ustaz di sekolah pondok,
40. kastam,
41. kelasi,
42.wartawan,
43. pelawak,
44. pesawah,
45. penulis,
46. pelukis,
47. penyair,
48. pembuat batik
49. penenun songket
50. seluruh rakayat malaysia.

Friday, August 17, 2007

50 THINGS MALAYSIA BEST




Kadang kala kita terlupa betapa bertuahnya di bumi bertuah ini. Disini saya listkan 50 perkara yang menjadi kesukaan saya sebagai anak malaysia.



lamb stik, apple jus di Station 21 jolly green bangsar

Makanan
1 Nasi lemak
2 Kopi Tongkat Ali
3 Roti canai
4 Teh tarik
5 Kajang Satay
6 Ramly Burger
7 Char koay teow
8 ABC (air batu campur)
9 Rojak

Expressions
10 Assalamulaikum
11 Brudder
12 Ta pau
13 Cin-cai
14 Aiyo
15 Malaysia Boleh
16 Lah
17 Good Morning

Personalities
18 Tunku Abdul Rahman
19 Tun Abdul Razak
20 Tan Sri P. Ramlee
21 Dato Lat
22 Keluarga Haji Sidek
24 Mat Rempit
25 Sudirman

kuala lumpur city centre

Buildings & Places
26 Masjid Negara
27 Penang Bridge
28 Istana Sri Menanti
29 Petronas Twin Towers
30 Mount Kinabalu
31 KL International Airport
32 Chow Kit Road
33 Stadium Merdeka
34 Dataran Merdeka
35 24-hour Mamak stall
36 Pasar malam

Culture and Others
37 Petronas
28 Proton Saga
29 Guthrie
40 Mercy
41 Balik kampung
42 Open house
43 Baju kurung
44 Rumah Melaka
45 Baba-Nyonya
46 Malaysian hospitality
47 “Malaysian time”
48 Window shopping
49 MyKad or identity card
50 Vision 2020

Tuesday, August 14, 2007

KIBARKAN JALUR GEMILANG



Ya!! kita didalam bulan MERDEKA. Semangat saya sentiasa membara bila tibanya bulan August. Selalunya saya tidak menyambut hari kemerdekaan malaysia kerana bagi saya orang melayu belum merdeka 100%. yang saya tahu cuma 31 august adalah hari cuti .. saya boleh berlibur bersama keluarga... ya saya akan menghayati erti kemerdekaan dengan cara saya yang tersendiri. Selalunya saya akan tido lewat kerana menonton tv atau dvd ... kemudian saya akan bangun lewat ... ada masa dan duit (ya gaji sudah keluar) saya pergi shopping atau makan makan bersama suami ... besoknya kerja semula ... itu saja . Paling kuat pun saya akan membaca sejarah sejarah pahlawan negara ... dan itu akan membuat saya lebih sedih ... kerana bagi saya mereka dipersiakan oleh anak bangsa.
entah mengapa tahun ini hati saya tiba tiba memberontak ingin kibar kan JALUR GEMILANG dirumah ( tentu menarik jika kibar kan jalur gemilang di tingkat 15 di banjaran titiwangsa kan?) Tengahari saya sanggup ke kedai mencari Jalur Gemilang (ya saya sanggup ambil cuti untuk pergi membelinya). Yang kelakarnya niat murni saya tidak diketahui oleh suami kerana pasti dia akan mencebik dan mentertawakan niat saya. Semasa membayar suami saya nampak saya meletak dikaunter ... dan mukanya mencuka ...
"kenapa awak beli benda nie?? " suami menjeling
"saja suka suka ...tak boleh ke?" sambil tersenyum kambing
"dulu awak yang marah org kibar kan bendera kata macam org gayat" suami memerli sambil tersenyum
"Entah lah ... tahun nie 50 tahun Malaysia Merdeka .. bukan senang nak sambut 50. Entah tahun depan saya dah tak de... lepas tu kita sambut 75tahun ... entah ada entah tidak saya diwaktu itu ..." sambil buat muka kesian...
balik saja dirumah saya terus pasang jalur gemilang mengadap ke MRR2. jalur gemilang berkibar megah ... saya tersenyum puas ... tiba tiba suami datang kepada saya ...
"besok kita beli lagi dua letak di depan pintu lif?" membisik ditelinga saya
wahhhhh ... saya gembira ... semangat 50 tahun kini membara di menara lelasari ... huhuhuuhhuu

Saturday, August 11, 2007

sektor awam pemalas???

nampaknya sektor awam sudah mula menunjukan taring ... MALAS ... dulu cakap gaji kecik ... bila dah naik gaji, mintak pulak hari sabtu cuti... dapat sabtu nak cuti bersalin sampai 4 bulan ... lepas tu nak pulak 1/2 hari bekerja di bulan puasa... saya nak tanya satu soalan kepada warga awam ... nak keje ke ??? kalau tak nak keje berhenti je ... ramai lagi yang menganggur ... boleh tolong gantikan ...

dari dulu orang goment nie dah di cop warga yang tak productive ... masuk ke pukul 8... pi baca surat khbar kemudian pukul 10.00 makan pagi ... kul 1.00 makan tengahari.. pukul 3 minum petang balik kul 4 ... belum masuk sembahyangnya, belum masuk ceramahnya ... belum masuk telephone nyer belum masuk jumaat kerja setengah hari ... dan belum masuk seminarnya ...

nie belum lagi cerita pasal mutu perkhidmatan ... warga kerja sektor perbank pun dah start tunjuk mutu kerja macam sektor awam ... adakah kerana mereka ada union tu yang mereka naik lemak??? bila kerja dah teruk services macam taik ... rakyat mula tidak percaya kepada bank malaysia .. jadi jangan salah kan rakyat bila memilih bank bank luar yang lebih canggih dan servicesnya world class....

Friday, August 03, 2007

SAUTU PETANG DIBUKIT GASING



Sebenarnya dah lama rakan-rakan office dok ajak pi brisk walking di bukit gasing selepas waktu pejabat. Tapi lela selalu mengelat - mula mula tak de baju tak de kasut trak tak de itu dan ini ... last last dah tiap hari kena push tak tahu macam mana nak menolaknya ... dan akhirnya dua hari lepas yang lepas (Khamis) lela terpaksa mengikut (to give my face lah... dah tak tahu apa nak bagi reson lagi) jelah office mate mengeluarkan peluh di bukit gasing. This is my first time trakking at bukit gasing. Lela pernah dua tiga kali ke kawasaan ini tetapi bukan untuk berjogging . Wah tak sangka betul tempat nie boleh tahan curam nyer. Tapi nampaknya skill dan stemina 10tahun yang lalu masih mantap. huhuuhuhu
Masa anak dara dulu - antara kegiatan waktu lapang adalah memanjat gunung. Antara gunung yang pernah lela tawan - Mt Datuk, Mt Nuang, Mt Ledang, Mt brincang. Tapi lepas kawin gantung kasut ... sebab suami tak minat - katanya buang masa dan tenaga. hheheheheheh dan ekonomi tidak membenarkan. So baru dalam 8 bulannye je lela start bersenam semuala.. my yoga class every Monday, lepas tu pi gym 3 kali seminggu on my lunch time dan sekarang nie brisk walking setiap khamis di Bukit Gasing (larat ke tak larat nie ...entah lah ).
Menarik juga berjalan menghirup udara segar sambil melihat kehijauan di bukit nie. lela ikut trail yang mudah. Mendaki cuma ambil masa 15min turun 15 min .. so lela brisk walking selama 30min tanpa berhenti. Hebat? hahahahha
Minggu depan kami nak ikut trail yang mencabar 45min mendaki 45min turun ... 1hour 30min semua nya ... tak tahulah larat ke tak ... huhuhuuuhuuu sejak dah tua tua nie badan pun dah berat...macam tak larat nyer ... nampaknya lela dah ada kaki lah balik panjat bukit ... heheheheh mungkin next year kalau ada rezeki lela nak pergi mount kinabalu ... boleh ke? harap harap lah ... apa apa pun sebelum berangan lebih jauh ... bukit gasing perlu di terokai ... baru boleh cerita yang lain lain ... tapi yang kelakar ... lepas habis jalan jalan keluar peluh ... kami lepak di kedai mamak - Mamak ! tosai satu , teh tarik satu !!!! heheheheheheheh