Tuesday, August 28, 2007

SEKETUL AYAM GORENG


Sekarang barulah saya tahu bagaimana perasaan Sultan Mahmud yang sanggup membunuh isteri Laksamana Bentan yang telah mencuri seulas nangka diraja. kalau dulu saya merasakan apa yang dilakukan oleh Sultan adalah sesuatu yang zalim.. setelah perkara yang sama terjadi kepada saya... barulah saya menyedari bahawa sultan memang patut melakukan perkara tersebut.

Ketika di pejabat hari sudah hampri ke waktu makan... saya yang ingin ke bank terlalu inginkan ayam goreng...entah mengapa hampir ke semua kedai saya singgah makannya tidak menguja nafsu saya... yang saya ingati adalah ayam goreng hidangan didapur pejabat (setiap kali ada traning - ada makanan disedikan dan untuk warga HR dept bahagian kami di peruntukan jua).

"Kakak lela kita ada simpan ayam goreng untuk awak .. di pantry ..." kata rakan pejabat ku

"O K" jawab ku ... oh ini rezeki ketawa ku riang sambil membayangkan aku sedang meratah peha ayam yang berminyak

Sampai dipantry alangkah terkejut bila ku lihat pinggang itu sudah tiada ketulan peha ayam, yang ada cumalah secarit daging seperti untuk memberi makan kepada anjing. Rupanya peha ayamku sudah dikebas orang yang berotak monyet.

Bagaimana seorang muslim yang memakai tudung litup yang sudah berumur hampir separuh abad tidak mempunyai sikap Amanah??? Tidak boleh aku membayangkan perasaan ku ketika itu ... Dengan muka selambanya dia mengacukan lebihan makanan itu kepada aku sambil memoncongkan mulut katanya
" kalau nak jamah jamah lah ... "
Kalau aku seorang sultan ketika itu pasti sudah putus kepalanya dari badan atau kalau baranku ditahap 180/100 sudah pasti akan ku campakan nasi itu kemukanya... tetapi aku tetapi bersyukur yang aku dapat menahan amarah ku tetapi sesabar mana pun, aku masih mempunyai maruah dan harga diri ... ku ambil nasi itu terus ku buang ke dalam tong sampah di hadapan muka mereka ...

Berbalik kepada cerita Sultan Mahmud pasti buah nangka bukanlah apa sangat, setakat buah nagka melambak di serata jajahan takluknya tetapi pokok itu ditanam dengan tanganya sendiri dan kita ketahui Sultan Mahmud tidak mempunya zuriat atau dalam bahasa kasar - beliau seorang yang MANDUL!!! maka bila pokok yang ditanam menghasilkan buah yang cantik pastilah dia ingin mengrasmikan nya dahulu dan saya pasti jika isteri Laksamana Bentan meminta izin dari Sultan .. pasti baginda berbesar hati untuk memberikan nangka itu kepadanya. Begitu juga dengan saya ... jika monyet monyet itu meminta kepada saya dengan baik pasti saya dengan hati yang gembira akan berkongsi bersama mereka.

Memang betul kata boss saya ... sesetengah manusia tidak suka meminta kerana takut air muka mereka jatuh tetapi mereka tidak takut mencuri. Tetapi saya bersyukur kerana saya sabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Tuhan menduga saya agaknya ... untuk melihat dimana tahap kesabaran saya dan keego diri saya. Saya telah melepasi satu halangan untuk tidak meletakkan ego dan amarah saya beraja di hati dan yang pasti kini saya tidak akan mempercayai mereka kerana baru suruh menjaga seketul ayam pun mereka sanggup mencuri dan menipu bagaimana hendak diberikan tanggungjawab yang lebih berat seperti menjaga pembendaharaan negara atau pembendaharaan allah?

No comments: