Saturday, October 31, 2009

HUJAN II

ha .... hujan turun
titik titik rahmat
dari syurga

mari menikmati rahmat hujan
minum kopi hitam hangat
tidur di tilam kekabu berdua mesra
cicip sup di tepi jalan disaluti rintik rintik hujan
atau
jamah sepotong kek coklet
pemberian jiran ...

itulah nikamat tuhan
yang tidak terhingga
membasahi bumi
menyejukan alam

HUJAN

Dua tiga minggu ini langit tidak secara dan mentari tidak seterik selalu. Baju diampian tidak segaring selalu. Aku rindu bau baju yang diangkat dari ampian dijemur di laman panas mentari . Segar dan enak bila didakap.

Payung telah siap sedia didalam beg. Setiap petang pulang dari kerja hujan turun mencurah curah. Di office dingin dan beku ditambah dengan udara sejuk penghawa dingin. Musim hujan sudah tidba nampaknya .. lebih awal dari masa kecil ku.

Bila hujan tiba teringat bagai mana sang nelayan tidak dapat turun kelaut. Bagai mana petani pokoknya di takungi air ... Ha bagai mana rumah rumah di tepi sungai takut takut dinaiki air.... yang pasti di kota urban ini ... itu semua tidak dirasai .. cuma terasa agak sukar untuk kesana kesini didalam musim musim begini .. semua nya basah dan lekit ... tapi yang pasti kota lumpur sedikit sejuk dan nyaman. udara dari puncak titiwangsa kekadang kala datang menyapa dibalik balik tingkap yang terbuka...

Thursday, October 29, 2009

Tanpa kereta di kota raya

percaya atau tidak ... saya di kota lumpur tidak menggunakan kereta... yes i can live in this urban city without a car ... saya menggunakan keretapi laju untuk bergerak atau mengunakan motorsikal .. ia lebih mesra alam dan mengurangkan jam di jalan jalan raya .... ramai mat salleh dan warga asing dikuala lumpur lebih selesa mengunakan pengangukatan awam ...

ke tempat kerja pun saya menggunakan keretapi laju ... ya tak payah bayar tol ... tak payah bayar minyak dan tak payah bayar road tax ... jika mahu balik kampung sewa saja kereta .. lebih murah dan bergaya gitu .. huuuuuu

Tuesday, October 27, 2009

Suara Anak Temasik


Dilaman Istana Kg Gelam

hati hati seberang jalan
maklum mata kurang awas
sudah berzaman duduk terkebil
masih mencariufuk garisan

satu tapak maju, dua langkah surut
teraba-raba takut tersandung batu, terpijak duri
tak beranai berlaga mata dengan matahari
takut penyakit tambah mudarat nanti

orang sudah lama jejek bulan
Si Potek masih tertenggek baigaikan pungguk
sekadar menikmati limpahan chaya
tidak mampu rendung jauh dari itu

kalau dihisab dari janji Demang Lebar Daun
usia sudah masuk beribu kurun
dikira pula tarihk merdeka negara
genaplah sudah 40tahun
Si Potek masih mengukur bayang sendiri
demi penakatan, hidup untuk hari ini

ini penyakit sultan hussein dan temenggong
syahadan tanah sekangkang
ditukar menjadi 8000 kupang
didarab 12 bulan

di perut boat quay
senyuman Raffles
masih terpahat di tuguh hitam putih
di muzium Sentosa
tawa Farquhar
masih sayup bergema
antara patung patung lilin

Si Potek pun tetap diingati
siap bagai siaga
lengkap dengan songkok dan kain pelekat
terukit dari logam gangsa
terus kaku berdiri depan hotel fullerton
selamanya mendengar perintah penjajah

salahkan indera mata
yang tidak dapat lihat
langkah masa dari satu tandatangan
tangis bangsa dari satu perjanjian
lenyapnya nama zuriat di surat wasiat

dan darah keringat anak anak
mengali bak sungai singapura
mencari titik permulan
adakah di tapak tugu penjajah
atau hujung dayung nelayan?

NORIDAH KAMARI
SINGAPURA

Sunday, October 25, 2009

hujung minggu yang indah ...

ya sudah beberapa minggu hujung minggu ku agak kesibukaan... maka minggu ini ku bertapa saja di rumah...

mengemas, membaca, memasak dan menonton..dan rintik rintik hujan menjadikan hujung minggu kali ini agak dingin dan nyaman ... tidur di cadar yang baru di tukar amat indah rasanya ... kalau lah begini sepanjang hidupkan enak sekali ... ha poket perlu wang maka perlu keluar mencari rezeki .. bilalah agaknya boleh aku duduk dirumah ... dan bersantai tanpa memikirkan untung dan rugi ... bermimpi mungkin ...

ke pasar membeli barang barang dapur untuk di masak dan membeli vcd untuk ku tonton dimasa sanggangku - aku nonton film dari indon .. cerita nyer mudah - kebebasan seorang perempuan .. ha suami ku kata cerita nyer berat .. ya aku suka memberat kan kepala ..hahahahah




kemudian apa lagi ya .. ku mandi anak kami .. hahah dan dia kesejukaan diwaktu waktu ini .. merekngkuk tidur di atas katil .. huhuuu


baby baru selesai mandi .. jilat jilat bulu kering kan badan.

Wednesday, October 21, 2009

JEJAK MELAYU DI PULAU TEMASIK

Geylang sipaku geylang
Geylang sirama rama
Pulang mari lah pulang
Marilah pulang bersama-sama

:: Lagu dodoi ayah ketika menidurkan sikecil lela. MakNgah selalu bawa lela ke Geylang untuk makan makan . Nenek Bibik membuka gerai makan di Pasar Geylang kini waris waris nenek bibik meneruskan perniagaan gerai kuih muih di pasar Geylang ...



rojak singapura ... sungguh sedap dan enak .... walaupun rupa sama seperti dijual di kuala lumpur tapi rasanya ada perbezaaan .. setiap kali ke temasik, ini menunya, ditambah dengan brani, mee singapura dan martabak singapura ... yang pasti orang temasik memang pandai bab masak memasak.

diother side of Singapore...

kita selalu mengandaikan orang singapura canggih belaka... bangunan yang tinggi, ekonomi yang lebih canggih dari malaysia, warga kelas pertama... tidak .... disebalik kegawatan ekonomi dan go green mungkin , rakyat singapura sudah banyak menggunakan basikal untuk sebagai salah satu cara pengangkutan murah dan cepat...

Wajah baru Islam di Singapura ...

saya suka melihat ini... moden tidak perlu kubah emas yang penting pengisiaan nyer ... semoga islam akan lebih makmur di singapura...

Istana Kg Gelam

Tanda Melayu pernah menjadi tuan , tapi kini menjadi hamba di tanah sendiri ... akibat kerakusaan dan kebodoahan pemimpin yang gilakan duit dan perempuan.






Friday, October 16, 2009

Hidup Bersama



Gengam erat tangan ku
Akan ku pimpin mu
ke taman bahagia
Akan ku jaga kasih kita
hingga kehujung nyawa

16/10/1998 to 16/10/2009

Friday, October 09, 2009

recycle bottles



rumah , banyak betul botol kicap , mayo, budu dan cencaluk yang tak pakai ... nak jual kat re-cycle centre tak laku .. sayang lah pulak nak buang , tapi simpan macam tak tahu nak buat apa .. nak lukis botol botol tak reti lah pulak - tangan keras semacam ...

tiba tiba terjumpa gambar gambar diatas ... menarik juga idea mereka nie kan ... sweet and simple ... maka apa kata hari raya nie kita guna bottle recycle untuk dijadikan tempat letak bunga ... tak yah beli pasu pasu yang mahal maha...heheheheh huhuuuu

Sunday, October 04, 2009

bila tetamu datang berkunjung

masih ingat ketika awal perkahwinan kami ... bila hari raya jarang benar tetamu datang berkunjung .. boleh dikira dengan jari

tahun ini agak berbeza ... syukur ramai jiran jiran datang berkunjung ... membawa anak anak yang kian membesar membuat rumah kami agak meriah ..

walaupun memenatkan tetapi inilah hari raya ... rumah seakan berseri seri terdengar suara gelak dan ketawa .. sambil mengup date diri masing masing ... sambil bercerita tentang projek gitu dan gini ... ha indah sekali ...

masak ku simple simple sahaja ... tidak pandai memasak yang sedap sedap .. yang paling mudah dan enak tentu lah sup dan nasi impit atau kekadang mee goreng dan bihun goreng ... di sulam dengan kuih kuih raya dan gula gula .

dari dulu kami mengamalkan tidak membuat rumah terbuka kerana rumah kami sentiasa terbuka untuk para tetamu selama sebulan .. cuma yang perlu call saja .. takut takut kami keluar ... ya mungkin jiran dan rakan sudah memahami .. mereka tak lagi bertanya bila mahu buat open house atau bila mahu di jemput datang kerumah ... cuma datang dan kami hidang kan apa yang ada ..itu lebih bagus kan ... lagi pun hari raya bukan untuk menu dan makan .. lebih kepada mengeratkan tali persaudaran ..

kepada semua .. selamat berziarah ...

Saturday, October 03, 2009

Syawal 1430

syawal datang lagi .. tapi tahun ini agak meriah

tahun ini dapat pulang ke port dickson di rumah ibu (umah no 48) bermalam raya disana, melawat pusara ayah dan ibu, selepas sembahyang kami ke alor gajah melaka, ke rumah nenek di kampung baru .. sudah hampir 11tahun tidak beraya hari pertama di kg baru. Masa ayah ada .. setiap tahun kami akan berpagi raya di kampung baru bersama nenek ... ha ayah terlalu sayang kan ibu dan kampungnya sanggup meninggalakan isteri demi nenek dan kampung halaman...

setelah nenek tiada kami beraya di port dickson saja ... ya lelaki minang bagai mana sayangkan kampung halaman harta ibu dan bapa nyer hanya untuk waris perempuan ... berharta ketua lah mereka bila papa merantau lah kamu bersama isteri kamu ... menjadi anak dagang...

kemudian ku terus pulang ke jelebu rumah suami ku ... beraya di jelebu bagai kan beraya bersama keluarga .. ya sudah 11 tahun ... orang jelebu lebih mengenali aku dari saudara mara ku sendiri mungkin agaknyer ... masih ingat lagi di awal awal perkahiwnan kami ..bila aku pergi menziarahi kaum kerabat suami ku pasti mereka bertanya ... kamu ini orang luar kan .. hahah ya muka ku tidak sepeten muka muka orang jelebu asli dari gunung belantara... kulit ku tak sematang dan rupa ku tak semelayu mereka mungkin maka aku selalu dicop orang luar .. ha biarkan saja ... tapi setelah lama mereka lebih akrab dengan aku .. sehingga jika tidak melihat aku di pagi raya .. seluruh kampung akan tahu aku ke melaka tidak beraya di jelebu ... kewujudan ku telah di rasai di bumi jelebu.

tahun ini cuti agak panjang maka dapat lama sedikit di kampung .. .kami beraya sakan dan masak sakan juga ... ya dapat bercerita panjang dengan ibu mertua .. dapat mengambil gambar banyak banyak dan dapat kerumah saudara mara yang jarang ketemu ...

ya semoga tahun hadapan raya ku akan lebih bermakna lagi ...