masih ingat ketika awal perkahwinan kami ... bila hari raya jarang benar tetamu datang berkunjung .. boleh dikira dengan jari
tahun ini agak berbeza ... syukur ramai jiran jiran datang berkunjung ... membawa anak anak yang kian membesar membuat rumah kami agak meriah ..
walaupun memenatkan tetapi inilah hari raya ... rumah seakan berseri seri terdengar suara gelak dan ketawa .. sambil mengup date diri masing masing ... sambil bercerita tentang projek gitu dan gini ... ha indah sekali ...
masak ku simple simple sahaja ... tidak pandai memasak yang sedap sedap .. yang paling mudah dan enak tentu lah sup dan nasi impit atau kekadang mee goreng dan bihun goreng ... di sulam dengan kuih kuih raya dan gula gula .
dari dulu kami mengamalkan tidak membuat rumah terbuka kerana rumah kami sentiasa terbuka untuk para tetamu selama sebulan .. cuma yang perlu call saja .. takut takut kami keluar ... ya mungkin jiran dan rakan sudah memahami .. mereka tak lagi bertanya bila mahu buat open house atau bila mahu di jemput datang kerumah ... cuma datang dan kami hidang kan apa yang ada ..itu lebih bagus kan ... lagi pun hari raya bukan untuk menu dan makan .. lebih kepada mengeratkan tali persaudaran ..
kepada semua .. selamat berziarah ...
No comments:
Post a Comment