Saya jarang mengikuti gerakan gerakan seperti ini .. cuma menjadi pemerhati senyap saja.
Tapi entah mengapa ... ajakan seorang sahabat menjadi saya menyertai aturcaranya ..
Saya membaca naskah Delima Ranting Senja karya Siti Zainon Ismail ...
bermula jam 10pagi di LRT Putra terus saja ke LRT Taman Jaya ... yang kelakarnya saya bersendirian tanpa teman .. nasib lah ada jiran satu taman yang turut serta .. boleh lah ikut dia .. tak lah malu sangat ..
didalam kumpulan ada lah yang kenal kenal di dalam FB seperti Pak Abdullah dari Janda Baik, Op dan isteri yang kita cuma kenal dari mayya je ...
lepas tu terus ke kedai buku .. cari cari buku beli beli buku dan terus pulang .. salah satu sebab tak de kawan .. lagi satu sebab tak betah dng ramai orang berasak asak .. hehehe mungkin saya dah tua
menuju ke kedai buku di AMCorp Mall
secara peribadi .. this is good efforts dari Gerakan Rakyat Baca@LRT dng menghimpunkan pembaca buku dan ianya telah mencipta satu secara. Membaca menjadi sesuatu yang 'cool'.
memang telah menjadi tabiat dari kecil .. saya membaca didalam kereta. Kini saya mengunakan LRT dan komuter untuk pergi bekerja dan senaskah buku pasti akan ada didalam beg... jika tidak tidur saya akan membaca ..
Bila ada gerakan seperti ini .. saya join untuk dijadikan sokongan anak anak muda.. ya lah masa kita dulu mana ada aktiviti seperti ini ... so kena bagi support .. dan saya kagum dengan pengajurnya yang boleh menganjur dan menarik orang muda untuk meyertai program seperti ini ..
diharap aktiviti seperti ini dapat digerakkan dipelusuk tanah air dan ianya akan menjadi satu
ikutan ...
Picture by : Zalila Isa
1 comment:
Kami berbesar hati atas kesudian Prof Dr Siti Zainon Ismail yang sudi bersama-sama kami dalam Baca@LRT pada 20 Februari lalu. Bertemu beliau di Bookxcess pada Sabtu lalu menjadikan saya dan rakan-rakan lebih yakin untuk bersama-sama rakan-rakan Baca@LRT. Terima kasih sekali lagi.
Post a Comment