Tuesday, February 16, 2010

Bersih Sungai Gombak

Sempena Hari Wilayah - Madarsah Tarbiyah & Kumpulan Hijau UIAM & DBKL dan Masyarkat Kg Bandar Dalam menganjurkan aktiviti membersih sungai Gombak ... Lela pun turut serta .. seperti biasa kerja kerja di belakang tabir je ... ialah ini kampung orang kan mana boleh sibuk sibuk .. kampung bandar dalam sudah dibuka hampir 100 tahun .. penduduk dikalangan penduduk asal yang membuka kuala lumpur ...


Tak sangka madarsah ini sungguh aktif boleh menganjurkan gotong royong yang sangat bermakna .. dan juga para para mahsiswa dari UIA .. ramai betul yang menolong .. bersih terus sungai dikawasan kampung mereka ... kalau lah sungai mereka bersih selalu boleh dijadikan tempat beriadah dan berehat orang kampung .. boleh juga dijadikan tempat tempat jogging dan memancing ikan ... pasti indah kan
sukarelawan dari Kumpulan Hijau - UIA

yang menyedihakan , sungai telah dijadikan tempat pembuangan sampah dan juga dijadikan seperti longkang ... mungkin anda tidak percaya apa yang kami jumpa di dalam sungai gombak .. antaranya adalah tayar, motorsikal, katil (hahahahahha) plastik jangan cerita lah ... dan berbagai lagi .. seluar dalam pun ada tau !!! tu lah tabiat orang malaysia kan tidak menghargai sungai yang dijadikan oleh tuhan ...

antara sampah yang dikumpul...

yang best kan .. lepas kami membersih sungai ada budak budak kampung yang terus terjun dalan sungai .. mandi manda dan mencari ikan (dapat pulak ikan ikan tu ... ) dan bonda siti tuan punya event siap memanggil kumpulan keroncong dari para pelukis di jalan Conley, mereka menjadi halwa telinga kami dikala kepenatan .. enak gitu .. lepas zohor ... semua ke surau makan makan cara kampung .. duduk bersila .. menu pucuk paku .. kemudian ada sedikit presentation dari kumpulan hijau untuk anak anak kampung dan akhirnya bersurai ...

best giler ...

ohhh terima kasih sekali lagi kepada bonda siti yang begitu peka dng alam sekitar ... saya sungguh sungguh kagum dengan semangat yang ada terutama penduduk kampung dan surau ini, kalau lah surau surau di seluruh malaysia begitu .. begitu peka dng alam sekitar, anak anak muda alangkah bagusnya ... kampung ini boleh dijadikan contoh dan role model untuk kampung kampung melayu yang lain ... dan berita terkini yang kami dapat kampung ini telah dijadikan kampung angkat kepada kumpulan hijau uia ...

diharap projek ini akan dijadikan acara tahunan dikala kita menyambut hari wilayah ... amin


credit : gambar gambar dari Siti Zainon Ismail.

1 comment:

Unknown said...

Saya terbaca ini dan amat berbangga debgan apa yang diusahakan. Ini adalah satu perkerjaan yang baik. ingin saya anjurkan sekiranya dapat diberi peluang untuk membuat projek pengindahan sungai terutama sekali sungai gombak ini.......suzaly.sayuti@gmail.com