Friday, March 26, 2010
Pesta Buku Antarabangsa 2010
sengaja saya ke PBAKL pada hari ini... secara kebetulan pula saya bercuti .. tak payah lah mengharungi lautan manusia esok hari .. secara amnya hari jumaat dan waktu sembayang maka tak ramai sangat pengunjung ... agak lega dan sejuk dng penghawa dingin ... seperti suami saya yang tidak akan mis ke pc fair begitulah juga saya .. tidak miss untuk ke acara tahunana nie. konon hati ingin melihat jika ada buku buku terbitan terbaru yang hebat hebat .. mmm tapi nampaknya semua tinggal angan angan .. pesta kali ini ibarat melambakan buku yang tidak terjual pada tahun lalu ... bagaikan stok clearan gitu.
jalan jalan pergi ke beberapa kedai buku dan publisher yang ternama tapi nampaknya tidak ada yang berkenan dihati .. dan setelah 4 jam disana cuma inilah saja yang saya bawa pulang - 2 cd tentang kesenian tradisional negeri melaka dan lagu lagu bongai n9 dan senaskah buku mengenai persamaan adat sultan di malaysia dan jepun . Yang kurang menarik minat saya.
Congrats kepada Jabatan Kebudayan & Keseniaan yang telah membuka booth dan menjual naskah naskah yang baik untuk rujukaan semua. Bukan senang dan agak sukar sebenarnya nak mencari buku atau pun cd tentang masyarakat melayu di kedai kedai diseluruh negara .. harapan saya agar tahun depan lebih banyak lagi buku buku dan cd dihasilkan oleh Jabatan ini.
lagi satu booth yang menarik hati saya adalah buku terpakai di seberang sungai . Dikala musim gawat booth ini adalah satu alternative yang agak menarik .. Ramai juga pengunjungnyer ...
Sunday, March 21, 2010
di kaki gunung nuang
kadang kala kita perlu hidup didalam hutan rimba untuk mencari apa yang telah kita hilang.
amat berbeza sekali jika hidup di hutan batu ...
amat berbeza sekali jika hidup di hutan batu ...
Tuesday, March 16, 2010
rezeki si tupai
inilah rupa apabila buah sudah ditebuk tupai
pulang kekampung dihujung minggu .. emak merungut .. buah buah nya habis dimakan dek tupai dan kera. Kelapa dan terbaru nagka emak di tebuknya .. kalau mak sultan mahmud pasti disula semua kera kera di hutan jelebu :)
mak mengadu penat nak menjaga kebun ... kami sabarkan emak .. kata kami kepada emak .. kesian kera dan tupai dihutan sudah tidak ada pokok dan buah .. maka mereka masuk kekampung mencari makan .. tak pe lah mak .. tuhan itu maha pemurah .. walaupun mereka menebuk kita masih merasa berbagai buahan yang lain .. mereka cuma tebuk satu dan dua .. dan rezeki allah masih cukup untuk kami sekampung ..
ibu tersenyum riang juga .. ya kita patut berkongsi makanan dengan mereka ... kasihan situpai dan kera .. hutan dimusnahkan untuk dijadikan kampung .. dan tiada siapa yang peduli ... kita terlupa kita diturunkan kedunia nie untuk menjadi kalifah kepada semua makhluk allah di muka bumi ini .. amin
Saturday, March 06, 2010
si baby putih
si baby putih tidak pernah hidupnyer dikurung ....berkongsi bilik air dan katil yang sama. Dia adalah sebahagian dari kami . Sejak pindah kerumah baru ... sibaby tidak betah dan selesa... pada awalnya kami biarkan dia keluar untuk hidup seperti kucing biasa ..
tapi sudah sepuluh tahun hidup seperti manusia mana betah bergaul dng kucing kucing diluar .. yang lebih tangkas dan hebat ... ya umur siputih kami jua sudah hampir sedekad. Maka bergaduh lah sang jantan untuk melihat sapa yang gagah pasti baby kami terkulai ... luka sudah kering .. tapi masih ada nanah dan kuku yang sudah tercabut ... kepala dan telinga nya pula sudah dijangkiti kurap menjadikan muka nya comot .. kini siputih sudah menjadi kelabu :) ...
kami terpaksa sangkarkan sibaby kerana dia semakin gila memancutkan urien nya ... ha ... kasihan pula melihat baby dikurung ya seumur hidup tidak pernah tidur dalam sangkar yang kecil bersama tempat taik dan makanan begitu dekat... sedang kan memang baby tidak akan berak di bilik air yang sama jika beraknya tidak dibuang lagi ... (nasib lah kami punya 2 bilik air) .. ditempat baru ini baby tidak biasa lagi dan menjadikan najis baby bertaburan ...
maka kami membuat keputusan untuk membeli sangkar biar baby tidur dng selesa sehingga dia pulih seperti sediakala dan selesa dng persekitaran yang baru ... atau mungkin siputih kecil ini masih rindukan rumah diatas kayangan .. :)))
Monday, March 01, 2010
25 Febuary 2010
Hari jumaat yang indah sekali ... bercuti merehatkan badan ... ucapan bertalu talu masuk ke muka buku ku dan jua sms ... ha amat terharu sekali .. bermula dari rakan sekerja di pejabat .. berkongsi kek pada petang 24 Feb sehingga ke harilah kehari ini kami masih lagi meraikan.. syukur kepada tuhan yang telah mencipta ku dari setitis air mani ...
kami di batu keras cafe - bersama beberapa teman rapat
Subscribe to:
Posts (Atom)