Saturday, March 06, 2010
si baby putih
si baby putih tidak pernah hidupnyer dikurung ....berkongsi bilik air dan katil yang sama. Dia adalah sebahagian dari kami . Sejak pindah kerumah baru ... sibaby tidak betah dan selesa... pada awalnya kami biarkan dia keluar untuk hidup seperti kucing biasa ..
tapi sudah sepuluh tahun hidup seperti manusia mana betah bergaul dng kucing kucing diluar .. yang lebih tangkas dan hebat ... ya umur siputih kami jua sudah hampir sedekad. Maka bergaduh lah sang jantan untuk melihat sapa yang gagah pasti baby kami terkulai ... luka sudah kering .. tapi masih ada nanah dan kuku yang sudah tercabut ... kepala dan telinga nya pula sudah dijangkiti kurap menjadikan muka nya comot .. kini siputih sudah menjadi kelabu :) ...
kami terpaksa sangkarkan sibaby kerana dia semakin gila memancutkan urien nya ... ha ... kasihan pula melihat baby dikurung ya seumur hidup tidak pernah tidur dalam sangkar yang kecil bersama tempat taik dan makanan begitu dekat... sedang kan memang baby tidak akan berak di bilik air yang sama jika beraknya tidak dibuang lagi ... (nasib lah kami punya 2 bilik air) .. ditempat baru ini baby tidak biasa lagi dan menjadikan najis baby bertaburan ...
maka kami membuat keputusan untuk membeli sangkar biar baby tidur dng selesa sehingga dia pulih seperti sediakala dan selesa dng persekitaran yang baru ... atau mungkin siputih kecil ini masih rindukan rumah diatas kayangan .. :)))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Aduh kesian ya baby. sabar ya....bucuk Melor jgua telah bawa diri, kerana di rumah sudah datang 2 hero baru, yang galak...cuma Jingga bertahan kerana tetapa didalam rumah. Jungga sudah perkasa juga, walau pernah bertengkaman dengan belang liar.... baby putih cepat cembuh ya
Post a Comment