Sunday, April 25, 2010
Pilihan raya kecil Hulu Selangor
Pemecah Berita: Pergaduhan terjadi jua akhirnya.. berparang tetak menetak, melayu dan melayu bergaduh (sg buaya, batang kali, kkb) .. yang lain gelak gelakakn kita , yb ampang pkr - zuridah ditumbuk dibatang kali tak macho betul lah org umno pukul perempuan mana pi teluq.. huhuuuu.huuu warga tempatan coollll je ... lepas mengundi pi melawat orang meninggal .. lepas mengundi pi kenduri kampung ...lepas mengudi pi mandi air terjun .. lepas mengundi bukak gerai air batu lepas mengundi jual petai dan jering ... yang gaduh gaduh kecoh kecoh cuma orang luar ... berpuluh bas bas membawa hantumelancung dihulu selangor berkeliaran di batang kali & kuala kubu baru .. jam 3 petang pondok panas umno sudah kesunyian .. gerlia umno sudah mula keluarkan parang dan pedang mencari mangsa di batang kali , sg buaya, kuala kubu baru ... abang fru yang macho macho sudah bersiap sedia utk menangkap mat rempit dan gerlia umno .. tapi mungkin abg fru yang segak akan tersalah tangkap atas arahan ... huhuuu .. helikopter sudah mula berpusing pusing ... najib sudah tak nampak muka .. mat sembab sudah hilang dibatang kali ... cina 100% pkr, india dah jelak dng mic , undi melayu .. hahahahha entah lah ... masjid penuh sesak dng pelancung politik .. mandi , sembayang, makan makan .. feista rakyat dihulu selangor ... besok hulu selangor kembali seperti seperti biasa ... tinggal sampah, siapa yang menang , RAKYAT tetap sama .. makan sehari sekali .. perlu pergi mencari sesuap nasi ... orang asal masih mencari petai dan jering ... siapa yang untung .. bn menang pkr menang gunung ganang ku tetap di tarah ... bukit hijau ku akan menjadi oren, harimau di tembak gajah dilapah sungai tetap keroh pokok saka ku beribu tahun dijadikan balak ... itulah nasib anak bumi ku yang tidak pernah dibela ...
::: SEPETANG DIHULU SELANGOR ::
Hulu Selangor sesak dengan pelancung politik - aktiviti homestay telah bermula... campur 5000 abang abang polis yang macho macho, FRU yang ganas ganas ayu ... orang luar datang dan pergi, kecoh kecoh perangat perabih tabur dan kutip .. yang coollll penduduk tempatan dan orang asal .. sapa bagi mereka terima tapi undi itu rahsia kata meraka .. wahhh bijak bijak dua dua mereka rembat... warga perlu celik politik ... huhuuuu Pilihanraya kecil P049 250410
Saturday, April 17, 2010
Pisang Emas
Pisang Emas dibawa belajar
Masak sebiji diatas peti
Hutang Emas Boleh ku bayar
Hutang budi ku bawa mati
Masak sebiji diatas peti
Hutang Emas Boleh ku bayar
Hutang budi ku bawa mati
# Pisang Emas di tuai kebun Nyang Simbab - Kg Chenor - Kuala Kelawang, Jelebu, N9 .
Tidak rugi berbudi pada tanah .. nah ini lah hasilnya. Fresh frm the farm. Sangat berbeza jika buah yang dibeli dikedai .. rasanya wangi dan segar .. mak mertua suka benar bertani bermacam macam tanaman ditanam dan segalanya menjadi .. bak kata org tua tua .. sejuk tangan.
kali ini mak pesan setandan pisang emas untuk dibawa pulang ke kota .. ha tak sempat untuk dibuat cucur pisang ... tak sempat masak sempurna setandan saya sudah makan sebiji demi sebijik .. saya memang hantu pisang ... dan ianya sesuatu yang bahagia mendapat buah yang fresh ditanam dengan kasih sayang ...
Saturday, April 10, 2010
AKU TIDAK PERNAH MATI
"aku tidak pernah mati cuma tiada disisimu"
"aku kan hidup didalam tubuh kamu kerana darah mu dan darah ku adalah sama"
itulah pesan emak di hari hari terakhir sebelum dia meninggalkan kami untuk menemuai TUAN yang penyayang.
Dan dengan pesan itu aku menjadi kuat ... untuk tidak mematikan emak dan ayah didalam dunia fana ini aku berusaha untuk mewarisi apa yang mereka ada.
masih ku ingat emak sangat pandai memasak asam pedas.. dan kini aku dan intan sedaya upaya untuk tidak menghilangkan tradisi memakan dan memasak asam pedas untuk keluarga kami .. agar anak cucu emak akan gemar dan pandai memasak asam pedas.
Emak seorang yang sangat berjimat cermat ... tidak boros seperti ayah .. ketika kewangan keluarga kami merundum .. cepat cepat emak bertani di tanah sekangkang kera .. tapi TUHAN yang maha pemurah lagi maha meyayangi tetap memberi rezeki kepada emak sayur emak hidup subur dapat kami sekelurga merasa lobak, kubis dan terung ... kadang kala kekacang sehingga dengan sebatang kelapa berbuah lebat boleh emak berjual untuk duit belanja sekolah si kecil intan. Kesusahan emak tidak pernah diceritakan kepada sesiapa .. dihari hari mendung kadang kala emak cuma makan ikan bilis tidak bergoreng dengan nasi panas ... atau melihat kami kegembiran memakan bubur nasi panas dimalam hari dan rupa rupanya emak dan ayah tidur didalam kelaparan ...
Dulu ku ingat ayah kelaut kerana hobi .. rupa rupa nya ayah ku seorang nelayan untuk menyara kami sekeluarga .. bila ayah bawa balik ikan dan makanan laut sebahagiannya akan emak jual ke jiran jiran untuk mendapat duit dapur untuk membesarkan kami sekeluarga....
Walaupun emak tidak sekolah tinggi tetapi ilmu emak mengalahkan kami berempat .. hati emak cekal dan tabah .. membesar kan 7 anak bukan lah sesuatu yang mudah. Hanya bermula dengan menjual 3 keping kain batik emak tabah menghadapi hari hari kehidupannya. Emak pandai berkira kira .. walaupun cuma bersekolah darjah satu.
Kini Emak telah pergi dialam bahagia .. tidak ada lagi sakit dan perit disana .. dan kami waris waris emak akan mengekalkan tradisi hidup emak agar sentiasa hidup mekara didalam tubuh kami ini...
Sempena 8 tahun ketiadaan emak disisi kami ...
Al Fatiah
7 April 2010

Friday, April 09, 2010
menari tari
akhirnya semua telah selesai .. hahahah .. kami berlatih selama hampir sebulan untuk membuat membuat pertunjukan dipentas sempena makan malam anjuran office pada 2 April 2010.
Dengan dana dan peralatan yang cukup terhad .. kami guna apa yang ada .. dan inilah hasilnya. hebat diatas pentas .. untuk menari cuma 4 min.. masa dan tenaga aduh hai .. ya perlu diingatkan untuk mengumpulkan 16 org dari berbagai department yang tidak mempunyai jadual kerja yang sama .. adalah satu yang amat sukar. kadang kala seperti menjaga anak anak kecil yang mempunyai berbagai kerenah ...syukur semua nya berjalan dng lancar. Kami juga tidak mempunyai juru tari professional semua direka sendiri ... begitu juga dng solekan dan pakaian semuanya mengunakan akal yang agak terhad ... sesuatu yang boleh dibanggakan melihat anak anak muda bersatu menjayakan sesuatu projek.
Ramai yang merasa amat mudah untuk melakukan ini .. apa susah cuma 4 min diatas pentas ... ada suara sumbang yang bergema ... untuk menjayakan sesautu produksi bukan kerja yang enteng .. musik perlu diedit , pakaian perlu di cari , tarian perlu sekata ... gerak tari perlu nampak umh!! belum lagi fikir mengenai emosi dan ada yang cuba untuk menjadi jaguh ... ahhh semuanya satu pengalaman yang sangat berharga .. kemenangan bukan lah sesuatu tetapi ilmu dan pengalaman yang ditimba memaniskan sesuatu persahabatan.
dan alangakah bagusnya kalau lah dapat digabungkan tenaga anak anak muda ini melakukan projek amal .. ha aku berangan terlalu jauh nampaknya .
Saturday, April 03, 2010
sehari di saloon rambut
uban uban yang perlu dilindungi ...
rambut dah panjang dan tidak teratur ..... kalau ikutkan masa tidak memang tak sempat dah nak membetulkan rambut .. tapi terpaksa mencuri juga masa masa yg tersisa...saya sangat suka kekedai rambut .. terasa dimanjakan dan dibelai .. jika punya banyak wang dan masa kalau boleh tiap minggu nak ke saloon untuk memanjakan diri ... ha .. tunggu saya kaya ya ...
Subscribe to:
Posts (Atom)