Saturday, April 10, 2010

AKU TIDAK PERNAH MATI

"aku tidak pernah mati cuma tiada disisimu"

"aku kan hidup didalam tubuh kamu kerana darah mu dan darah ku adalah sama"

itulah pesan emak di hari hari terakhir sebelum dia meninggalkan kami untuk menemuai TUAN yang penyayang.

Dan dengan pesan itu aku menjadi kuat ... untuk tidak mematikan emak dan ayah didalam dunia fana ini aku berusaha untuk mewarisi apa yang mereka ada.

masih ku ingat emak sangat pandai memasak asam pedas.. dan kini aku dan intan sedaya upaya untuk tidak menghilangkan tradisi memakan dan memasak asam pedas untuk keluarga kami .. agar anak cucu emak akan gemar dan pandai memasak asam pedas.

Emak seorang yang sangat berjimat cermat ... tidak boros seperti ayah .. ketika kewangan keluarga kami merundum .. cepat cepat emak bertani di tanah sekangkang kera .. tapi TUHAN yang maha pemurah lagi maha meyayangi tetap memberi rezeki kepada emak sayur emak hidup subur dapat kami sekelurga merasa lobak, kubis dan terung ... kadang kala kekacang sehingga dengan sebatang kelapa berbuah lebat boleh emak berjual untuk duit belanja sekolah si kecil intan. Kesusahan emak tidak pernah diceritakan kepada sesiapa .. dihari hari mendung kadang kala emak cuma makan ikan bilis tidak bergoreng dengan nasi panas ... atau melihat kami kegembiran memakan bubur nasi panas dimalam hari dan rupa rupanya emak dan ayah tidur didalam kelaparan ...

Dulu ku ingat ayah kelaut kerana hobi .. rupa rupa nya ayah ku seorang nelayan untuk menyara kami sekeluarga .. bila ayah bawa balik ikan dan makanan laut sebahagiannya akan emak jual ke jiran jiran untuk mendapat duit dapur untuk membesarkan kami sekeluarga....

Walaupun emak tidak sekolah tinggi tetapi ilmu emak mengalahkan kami berempat .. hati emak cekal dan tabah .. membesar kan 7 anak bukan lah sesuatu yang mudah. Hanya bermula dengan menjual 3 keping kain batik emak tabah menghadapi hari hari kehidupannya. Emak pandai berkira kira .. walaupun cuma bersekolah darjah satu.

Kini Emak telah pergi dialam bahagia .. tidak ada lagi sakit dan perit disana .. dan kami waris waris emak akan mengekalkan tradisi hidup emak agar sentiasa hidup mekara didalam tubuh kami ini...

Sempena 8 tahun ketiadaan emak disisi kami ...
Al Fatiah
7 April 2010

No comments: