Saturday, May 01, 2010

DIKAMPUNG PUTAR ALAM

Hj Malon ketua kampung di kampung seputar alam. Di kampung ini penduduknyer suka benar membeli kereta, bukan sebijik ada yang sampai 10 bijik .. ada kereta tuan punya tanah, ada kereta orang sewa tanah, ada kereta orang sewa tanah punya boss. Kira kira berbagai bagai jenis kereta boleh di lihat dikampung putar sealam. tak payah pi kedai kereta jalan jalan pusing pusing kampung boleh dah tengok kereta mana yang berkenanan dihati.

Tiba tiba datang seruaan dari kerajaan mengatakan tapak tapak kereta akan disewa..maka berbolon bolon lah warga kampung seputar alam ketakutan .. takut tak dapat parking kereta ... takut kereta mereka tak berbumbung nanti kena hujan dan paneh.. nanti takut ada yang merompak kereta mereka ... ada pula yang lebih advance cita rasa mereka takut kalau sedara mara datang entah setahun entah kan tidak, mana nak parking kereta , anak tiri datang mana nak letak kereta , sepupu sepapat datang mana pula nak di letakkan kereta walaupun cuma 15min datang melawat, mereka pun mahu memohon tapak kedua ketiga kalau boleh 100 - warga putar alam memang tamak tak .. mungkin 5 tahun lagi boleh sewa tangan atas tangan ... ramai juga warga yang tidak bekerja tetap, berniaga atas kayang maka sudah nampak lobang lobang duit dari kampung putar alam ... maka kecoh lah warga warga pening lalat duduk berbincang ...

yang paling ketakutan ketua kampung itu sendiri ... Pak Malon pun berniaga juga ... menyewa kan tanah kepada gadis gadis cun yang kaya raya yang dan jika tidak dapat tapak kereta pasti sewanya ditinggalkan.. buapak buapak yang membuka kampung satu ketika dahulu tak setuju cara pak malon yang ingin engkar arahan raja.. maka pak malon pun mencari kuncu baru :- seorang arab , seorang jawo dan seorang minang untuk berlawan dengan buapak buapak nyer ... ala ala one malaysia lah .. tetapi semua ada kepentingan sendiri wang wang wang sudah nampak didepan mata, balai raya , tapak parking, projek baik pulih , kebun sampai penjabat pengurusan boleh anak bini bekerja sama .. kroni yang pasti .. wang akan datang ... maka pak malaon mengeluarkan dana dan kuncu mereka mula memasang canang ... yang tak pernah ambil tahu dan tahu ala kadar mula merasa kampung sudah tergugat...maka kecoh dalam gelap .. bagai kan orang buta diberi lampu suluh.

Maka warga kampung seputar alam pun bermusyakarah lah, ada di secara haram ada halal surat layang sudah bertaburan .. ada yang tidak setuju mengapa Pak Mail kitab buruk mendapat 6 parkng lot, mengapa buapak pak mail pula dapat depan pejabat pos berbumbung ada pulak yang berkidmat dengan kerajaan (Jabatan Masyarkat Budiman - JMB) boleh dapat 3 lot sedang kan anak baru berumur 15 tahun. mana pula pergi wang pungutan tapak , dewan dan bulan dimakan buapak .. hahahahah ... hahahah . Mereka ibarat orang ingin berperang tidak membawa senjata... mencari didalam terang ... Warga kampung terlupa membaca sejarah siapa yang membuka kampung, siapa yang menjadi duri dalam daging dan siapa pula menjadi gunting dalam lipatan ... terlupa mereka tapak kereta itu dianjugerahkan oleh raja atas jasa jasa berkhidmat mereka ...

Bagi warga kampung yang merasa kan mereka warga kelas ke 3 mula menunjukkan belang .. bertidak balas ... ingin hak yang sama rata ... one kampung kononnya ...mereka terlupa penyewa tanah tetap penyewa tanah... orang yang berhutang dengan balai kampung tidak boleh mengundi dan bersuara .. Warga kelas 3 mula bersetongkol dengan penduduk yang tak tahu apa apa atau ada yang pernah ada masalah dengan kuncu kuncu pak mail ...

tertidas dan yang ingin menjadi juara mula meranmencanang kan itu dan ini .. warga yang tidak tahu ujung dan pangkal mula membuat berbagai andiaan ... sehingga kalau dulu susah senang, menagis ketawa bersama membuka kampung seputar alam , balak ditebang bersama sama kini hanya kerana untuk meletakkan kereta yang tidak bernyawa mereka sudah sanggup mengeluarkan surat layang pak belalang ... semuanya salah dan bermasam muka ..

Pak malon sudah dapat 6 parking sudah tamat perjuangaan nya maka lari lah diri ke Sarawak untuk bermain dengan cucu yang entah halal atau haram ... kampung menjadi kecoh hingga kawan bermasam , lawan bertepuk tangan ...

tapi kini yang atas pagar sudah nampak sama kawan dan siapa suka makan talam ....

No comments: