Saya tidak pernah menyambut perayaan HARI IBU. mungkin kerana saya sudah tidak mempunyai ibu dan saya juga bukan seorang ibu menjadikan saya tidak peka dengan perayaan ini.
Tetapi secara kebetulan Ahad yang lalu saya pulang kekampung suami dan kami sama sama bersama ibu beliau ... ya orang kampung mana lah tahu akan perayaan ini. Ibu suami saya tidak banyak kerenah ... cuma yang dipinta agar kami selalu pulang kekampung tidak kira apa jua perayaaan .. dia cuma ingin dekat dengan anak anak nya dikala tuanya. Tidak payah untuk membawa beliau ke kedai makan yang mahal mahal ataupun membeli baju yang beratus ribu .. yang cuma diingini masak dirumah, bercerita tentang ayam itik dan pokok sudah membuat beliau bahagia ... hidup ini mudah tetapi kita yang sering meyukarkan kehidupan kita ya...
Dan dia akan meyembelih seekor ayam kampung buat kami tanda kasih dan sayang ... sesuatu yang amat sukar untuk mendapat kan ayam kampung di kota batu ini .. dan mengirup kuah lomak dari kelapa yang dituai sendiri memaniskan lagi kehidupan kami sekeluarga ..
Semoga kita semua mendapat keberkataan kasih seorang ibu ...
No comments:
Post a Comment